14 April 2010

PENDAYUNG SAMPAN

Suatu hari, seorang Professor yang sedang membuat kajian tentang lautan menumpang sebuah sampan.
Pendayung sampan itu seorang tua yang begitu pendiam. Professor memang mencari pendayung sampan yang pendiam agar tidak banyak bertanya ketika dia sedang membuat kajian.

Dengan begitu tekun Professor itu membuat kajian. Diambilnya sedikit air laut dengan tabung uji kemudian digoyang-goyang; selepas itu dia menulis sesuatu di dalam buku. Berjam-jam lamanya Professor itu membuat kajian dengan tekun sekali.

Pendayung sampan itu mendongak ke langit. Berdasarkan pengalamannya dia berkata di dalam hati, "Hmm. Hari nak hujan."

"OK, semua sudah siap, mari kita balik ke darat" kata Professor itu. Pendayung sampan itu akur dan mula memusingkan sampannya ke arah pantai. Hanya dalam perjalanan pulang itu barulah Professor itu menegur pendayung sampan.

"Kamu dah lama kerja mendayung sampan?" Tanya Professor itu.
"Hampir semur hidup saya." Jawab pendayung sampan itu dgn ringkas.
"Seumur hidup kamu?" Tanya Professor itu lagi.
"Ya".
"Jadi kamu tak tahu perkara-perkara lain selain dari mendayung sampan?" Tanya Professor itu. Pendayung sampan itu hanya menggelengkan kepalanya. Masih tidak berpuas hati, Professor itu bertanya lagi, "Kamu tahu geografi?" Pendayung sampan itu menggelengkan kepala.
"Kalau macam ni, kamu dah kehilangan 25 peratus dari usia kamu."
Kata Professor itu lagi, "Kamu tahu biologi?" Pendayung sampan itu menggelengkan kepala.
"Kasihan. Kamu dah kehilangan 50 peratus usia kamu. Kamu tahu fizik?" Professor itu masih lagi bertanya. erti tadi, pendayung sampan itu hanya menggelengkan kepala.
"Kalau begini, kasihan, kamu sudah kehilangan 75 peratus dari usia kamu. Malang sungguh nasib kamu, semuanya tak tahu.Seluruh usia kamu dihabiskan sebagai pendayung sampan." Kata Professor itu dengan nada mengejek dan angkuh. Pendayung sampan itu hanya berdiam diri.

Selang beberapa minit kemudian, tiba-tiba hujan turun. Tiba-tiba saja datang ombak besar. Sampan itu dilambung ombak besar dan terbalik. Professor dan pendayung sampan terpelanting. Sempat pula pendayung sampan itu bertanya, "Kamu tahu berenang?" Professor itu menggelengkan kepala. "Kalau macam ini, kamu dah kehilangan 100 peratus nyawa kamu." Kata pendayung sampan itu sambil berenang menuju ke pantai.

Dalam hidup ini IQ yang tinggi belum tentu boleh menjamin kehidupan. Tak guna kita pandai dan tahu banyak perkara jika tak tahu perkara-perkara penting dalam hidup. Adakalanya orang yang kita sangka bodoh itu rupanya lebih berjaya dari kita. Dia mungkin bodoh dalam bidang yang tidak ada kena mengena dengan kerjayanya, tetapi "MASTER" dalam bidang yang diceburi. Hidup ini singkat. Jadi, tanyalah pada diri sendiri, untuk apakah ilmu yg dikumpulkan jika bukan utk digunakan dan boleh digunakan? Kepuasan itu terletak pada usaha bukannya pada pencapaian. Usaha sempurna adalah kemenangan.. .


Rs: Jangan pula kedekut ilmu.. Ilmu lagi kongsi lagi manfaat..

Bryan Adams - Everything I Do, Do It For You

Look into my eyes - you will see
What you mean to me
Search your heart - search your soul
And when you find me there you'll search no more

Don't tell me it's not worth tryin' for
You can't tell me it's not worth dyin' for
You know it's true
Everything I do - I do it for you

Look into your heart - you will find
There's nothin' there to hide
Take me as I am - take my life
I would give it all - I would sacrifice

Don't tell me it's not worth fightin' for
I can't help it - there's nothin' I want more
Ya know it's true
Everything I do - I do it for you

There's no love - like your love
And no other - could give more love
There's nowhere - unless you're there
All the time - all the way

Oh - you can't tell me it's not worth tryin' for
I can't help it - there's nothin' I want more
I would fight for you - I'd lie for you
Walk the wire for you - ya I'd die for you

Ya know it's true
Everything I do - I do it for you

13 April 2010

Kasih Sayang Dalam Sebuah Ikatan

Rasa terpanggil untuk berkongsi dengan korang semua tentang apa yang aku dapat semasa dengar ceramah pada hari sabtu lepas. Tajuk dia tak pasti sebab aku masuk agak lewat dalam dewan ceramah tu.. Nama penceramah tu pun tak jelas aku dengar.. Rupa n penampilan simple tapi Tuan Haji tau.. cara penyampaian dia memang best pandai mengambil hati para tetamu dia dalam dewan tu.. Memandangkan pelbagai golongan yang ada dalam dewan tu, ada kanak2, ibu2, bapa2 dan pelbagai kaum.. so dia cara ceramah dia asal santai n keluarga dalam 1 Malaysia. Tahniah! Walaupun katanya tanpa preparation namun buah bicara mampu memikat hati semua yang hadir.

Dia nak tanya soalan n suruh angkat tangan jer.. DugDap2 hati ni.. Hah! Sudah.. dah la aku ada darah gemuruh.. 1st dia tanya ditujukan pada golongan kanak2 "Siapa yang sayang kat mak dia?". Cayalah ada sorang budak ni tanpa teragak2 dia angkat tangan. Dipanggil ke depan dan diberi pujian.. Syabas adik. Itu tandanya dia dapat kasih sayang dari ibu dia. Cuba kalau yang rasa ragu2 nak angkat tu..  mungkin dia pun ragu2 ngan kasih sayang mak dia, tul tak?

2nd soalan.. "Siapa isteri yang sebelum datang sini, dia salam cium tangan suami dia?" Glupp tertelan air liur. Alamak! Tadi aku kalut2 kejar masa.. terlupa lak nak salam ngan Hubby. Lagipun dia baru jer sambung tido..

3rd soalan.. "Siapa suami yang sebelum keluar tadi, dikucupnya dahi isterinya" Bukk! Kena lagi atas batang hidung.. Nak wat camna hanya mampu mengukir senyum yang tak berapa nak manis.. Dalam hati, isk! kena balik kongsi ngan Hubby ni...

Apa yang dapat saya simpulkan dalam setelah mendengar ceramah itu..
Senyum, peluk dan sesekali ucapkan sayang penting dalam kebahagian dalam sesebuah keluarga itu. Ini semua mengeratkan kasih sayang sesama kita. Ada juga yang kata sayang atau tidak bukan pada ucapan tetapi perbuatan tetapi tidak salah jika diucapkan. Walaupun sesekali diucapkan rasa sayang, Saya sayang Awak.. ini akan menguatkan lagi, mendalamkan lagi rasa sayang yang memang telah sedia ada juga menyinarkan kembali kasih sayang yang kian pudar.

Dalam hubungan suami-isteri.. tak leh nak persamaan dalam segala hal. Sebenarnya kita ditakdirkan bersama bukan kerana persamaan antara kita tetapi sebagai pelengkap bagi pasangan. Jangan cuba menampakkan nilai kasih sayang itu dalam persamaan tetapi kita kena hormati, kena terima perbezaan yang ada. Dengan erti kata lain kita takleh nak paksa dia jadi seperti kita, makan minum apa yang kita suka, pakai apa yang kita suka dan sebaliknya. Jadilah diri kita sendiri dan terimalah dia seadanya. Insyaallah, bahagia.

Kenapa kita hanya berani mengucup orang yang kita sayang bila dia sudah mati? Waktu itu, kita hanya mengucup jasad yang tidak lagi bersatu dengan roh. Teringat pulak pada kata2 ni "Jangan simpan kata-kata cinta pada orang yang tersayang sehingga dia meninggal dunia, lantaran akhirnya kamu terpaksa catatkan kata-kata cinta itu pada pusaranya. Sebaliknya ucapkan kata-kata cinta yang tersimpan di benak mu itu sekarang selagi ada hayatnya." Fikir2kanlah..

Zahirkan sayang itu dengan keikhlasan dalam melakukan setiap sesuatu untuk yang tersayang. Ingat lagi tak masa kita kecil2 dulu.. Mak bekalkan makanan ( cth : nasi putih + telur dadar + letak kicap sikit) untuk bawa ke sekolah. Makanan simple jer tapi kita rasa nikmatnya, lazatnya makanan tu.. sebab apa? sebab mak masak dengan penuh keikhlasan seorang ibu yang bertanggungjawab.

Kerjasama juga perlu dalam memupuk keluarga bahagia. Siapa kata masak, basuh kain, basuh pinggan, menyapu dll tu tugas perempuan(si isteri)? Takda salahnya kalau lelaki (si suami) tolong.. Buangkan ego tu.. Tak jatuhlah martabat seorang suami kalau tolong... Bukankah itu meringankan beban pasangan kita? Tak kasihankah pada dia? Tambahan pula isteri2 zaman sekarang ni kebanyaknya berkerjaya.. Isteri membantu dari segi ekonomi, berat sangatkah si suami untuk ringankan kerja2 isteri di rumah? Fikir sama2 yerk...

Tolonglah jangan ada bosan dengan suami, isteri, anak2.. Jangan sesekali terdetik bosan pada keluarga. Jangan.. Jangan ada rasa yang sebegitu hadir dalam hati kita.. Nauzubillah.. perasaan ini akan hanya menghancurkan rumah tangga. Perasaan ini menandakan penceraian itu semakin dekat.. semakin menghampiri kita..

Ini sahajalah yang saya faham.. yang saya dapat dari ceramah yang didengar tu.. Harap kita sama2 fikirkan dan carilah jalan yang terbaik untuk kebahagiaan keluarga yang telah kita atau akan kita bina.

Rs: Semoga mahligai ini milik kita bersama selamanya.



Aktiviti Hujung Minggu..

Terasa lamanya tak jenguk blog ni.. Streamyx kat umah wat hal la plak.. Puaslah kodek2 wayar2 tu.. Last2 boleh gak.. Leganya.. Sukanya.. Rasa rindu gak bila tak leh nak on-line nii.. Alhamdulillah semua dah kembali seperti sediakala..

Dua tiga hari ni rasa letih sangat.. Makan pun entahlah.. macam tak makan jer.. 
Hari Sabtu, lepas selesai kerja rumah kami satu family pegi Alor Setar. Niat awal nak cari spare part untuk mesin R.O. Tapi biasalah kan.. Kata orang sambil menyelam minum air.. He3.. Hubby plak kalau tak terjumpa kedai badminton, xsah kalau tak beli.. kurang2 shuttle mesti dia tangkap gak.. Pastu singgah Tesco.. Anak2 yg paling seronok.. Rafiq selalu pesan, "Mama, Papa.. beli barang yang perlu saja.. tak perlu tak yah beli..." Ya lah tu.. Sebenarnya dia sendiripun masih belum boleh pikir barang apa yg betul2 perlu tu.. budak baru nak masuk 5 tahun.. biasalah yang dia faham barang yang dia perlu jer lah.. Takpalah nanti2 bila selalu explain kat dia mungkin akan betul2 faham apa maksud yang dia selalu ucapkan tu.

Hari Ahad, Rafiq kena pergi Peraduan Mewarna kat Rumah Kediaman Menteri Besar kat Kangar anjuran Jabatan Perpaduan. Asalnya kami nak pergi satu family tapi last minute kena tukar plan.. Abang ipar n adik ipar ada hal yang lebih penting yang perlu di selesaikan. Hubby pun xjadi pergi. So, akulah jadi driver bawa biras2ku, anak juga anak2 sedara ke Kangar. Katanya agenda start kul 8. Kami sampai kul 8.15, sempat lah daftar. Syakir kena tinggal kat papa sebab dia lewat bangun tido, kesian plak nak kejut pagi2..

Rafiq, Aiman n Farah Zawani.. Cikgu Nurul panggil masuk dewan untuk start mewarna.. Ibubapa plak diminta masuk ke dewan lain untuk sessi ceramah. Best gak ceramah tu.. Banyak yang dapat dikongsi walaupun hanya 1 1/2 jam jer. Lepas mewarna n ceramah, ada makan2. Rafiq makan 3 bungkus nasi lemak. Tapi lepas tu semua keluar balik.. emm xtau la.. dalam 2 hari nii lepas makan mesti muntah.. sayang jer makanan tu.. kesian plak makan teruk2 tapi.. Dulu masa dia kecik2 memang macam tu sampai kurus kering badan dia. Tapi sekarang ni kenapa jadi balik..? Kalau hari ni jadi lagi.. nak paksa pergi klinik gak ni.. Paksa? Memang kena paksa pun.. Bab nak pegi klinik, memang susah nangis takut doktor cucuk kot.. He3 apa ada pada doktor tu yerk? Napa orang nak takut? He3 aku tak takut tapi agak berdebar gak hati ni.. silap2 leh baik camtu jer bila kata kena jumpa doktor.. :p


Nilah gambar2 yang sempat snap masa hari sabtu tu.. 




12 April 2010

Rasulullah SAW dengan sebiji limau.


Suatu hari Rasulullah SAW didatangi oleh seorang wanita kafir. Ketika itu baginda bersama beberapa orang sahabat.

Wanita itu membawa beberapa biji buah limau sebagai hadiah untuk baginda. Cantik sungguh buahnya. Siapa yang melihat pasti terliur.

Baginda menerimanya dengan senyuman gembira. Hadiah itu dimakan oleh Rasulullah SAW seulas demi seulas dengan tersenyum.

Biasanya Rasulullah SAW akan makan bersama para sahabat, namun kali ini tidak. Tidak seulas pun limau itu diberikan kepada mereka. Rasulullah SAW terus makan. Setiap kali dengan senyuman, hinggalah habis semua limau itu. Kemudian wanita itu meminta diri untuk pulang, diiringi ucapan terima kasih dari baginda.

Sahabat-sahabat agak hairan dengan sikap Rasulullah SAW itu. Lalu mereka bertanya. Dengan tersenyum Rasulullah SAW menjelaskan "Tahukah kamu, sebenarnya buah limau itu terlalu masam semasa saya merasainya kali pertama. Kiranya kalian turut makan bersama, saya bimbang ada di antara kalian yang akan mengenyetkan mata atau memarahi wanita tersebut. Saya bimbang hatinya akan tersinggung. Sebab tu saya habiskan semuanya."

Begitulah akhlak Rasulullah SAW. Baginda tidak akan memperkecil-kecilkan pemberian seseorang biarpun benda yang tidak baik, dan dari orang bukan Islam pula. Wanita kafir itu pulang dengan hati yang kecewa.

Mengapa? Sebenarnya dia bertujuan ingin mempermain-mainkan Rasulullah SAW dan para sahabat baginda dengan hadiah limau masam itu. Malangnya tidak berjaya. Rancangannya di'tewas'kan oleh akhlak mulia Rasulullah.

Rasulullah dalam mengenangmu
Kami susuli lembaran sirahmu
Pahit getir pengorbananmu
Membawa cahaya kebenaran

Engkau taburkan pengorbananmu
Untuk umatmu yang tercinta
Biar terpaksa tempuh derita
Cekalnya hatimu menempuh ranjaunya
Tak terjangkau tinggi pekertimu
Tidak tergambar indahnya akhlakmu
Tidak terbalas segala jasamu
Sesungguhnya engkau rasul mulia

Tabahnya hatimu menempuh dugaan
Mengajar erti kesabaran
Menjulang panji kemenangan
Terukir namamu di dalam Al-Quran

Rasulullah kami umatmu
Walau tak pernah melihat wajahmu
Kami cuba mengingatimu
Dan kami cuba mengamal sunnahmu
Kami sambung perjuanganmu
Walau kita tak pernah bersua
Tapi kami tak pernah kecewa
Allah dan rasul sebagai pembela

09 April 2010


Hidup ini sukar diduga
Apa yang bakal mendatang
Apa yang akan ditempuh

Mengapa harus bersembunyi
Mengapa mahu berselindung

Walau jauh mana kita berlari
Walau pelusuk mana kita sembunyi

Jika Ia yang berkehandak
Jika itu takdirNya

Tiada siapa yang dapat menghalang
Tiada siapa yang mampu menepis

Melainkan bertentang mata
Mengadapi segalanya.

08 April 2010

Motor pancit plak..

Jam 4 petang..
CikLi call bagitau perkhabaran yang agak kurang best untuk didengar. Adik Z tepon dia bagitau. Kebetulan Adik Z parking motor sebelah ngan motor aku kat bawah bangunan tempat aku kerja ni. Tayar belakang motor aku pancit la.. CikLi tepon bagitau n sempat lagi dia wish kat aku " Selamat menolak motor ke workshop".

Letak jer tepon, Adik Z plak tepon bagitau n dia offer diri nak tolong tolak motor pegi workshop. Aku menolak mulanya sebab taknak la susah kan orang. Tapi dia plak beria2 nak tolong. Alhamdulillah.. baik sungguh budak ni..

Masa hantar kunci motor. Siap pesan tayar motor tu kena tukar dah toke motor tu kata tak berapa elok dah. Aku sekadar ucap terima kasih. Memang adik ni baik orangnya, suka tolong orang.. bolehlah kalu sapa nak ambik jadi teman..he3


Rs: Masih ada insan yang berhati mulia di bumi ini. Semoga Allah berikan kesejahteraan dan kebahagian bagi insan seperti ini.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...