08 March 2010

:: Winter Sonata ::

You will never come back to me
and you can't do it
please stop to doing so,
you comfort me like this..
if i can't see you again,
really wanna forget
all about you that hold me
whenever i wanna laugh, you make me cry..
You keep me from doing even one thing as i want
whenever i miss you, i break down like this
Even though i try to forget, i cannot do it..
I don't realize loving someone is so hard like this

Awak...
Saya cintakan awak..
Saya masih menyintai awak
Dan saya akan terus menyintai awak selamanya
Kenanglah saya dalam ingatan awak
sebab saya jua akan kenang memori kita bersama hingga ke akhir hayat

07 March 2010

:: Autumn in My Heart ::

" I want to be reborn as a tree, because a tree can put its roots down next to their one true love, so that I never have to be separated from anyone again"

"You can't make someone love you no matter how hard you try. But making yourself someone to loved is effortless."

"The greatest pain that comes from love is loving someone you can never have."

" I hate to see the one I love happywith somebody but i surely hate it more to see the one I love unhappy with me.."

"The hardest part of loving someone is knowing when to let go, and knowing when to say goodbye."


05 March 2010

Kisah Pembalasan Isteri Curang

Kisah ini saya petik dari suatu laman web…
Kisahnya benar² menyentuh hati. Buat wanita yang bergelar isteri, jadikan kisah ini sebuah pedoman. Buat lelaki, kisah ini boleh disampaikan buat mereka yang berkenaan.
...........................................................................................
“Akhirnya setelah dua tahun menghilang diri, Normah kembali ke rumahnya. Seperti dahulu, dia masih cantik bergaya. Lenggoknya masih gemalai, pinggang masih ramping, gincu masih merah dan mekap masih tebal. Jika berselisih, aroma pewanginya masih kuat menusuk hidung. Namun bezanya, Normah kelihatan tidak begitu ceria. Zahirnya dia begitu anggun tapi wajahnya terlukis warna yang muram dan lesu. Tutur katanya perlahan dan tidak bermaya seperti orang keresahan.

“Kenapa awak balik? Pergilah ikut jantan. Awak tak ada pun saya boleh jaga anak-anak kita ni!!” jerkah suaminya, Halim sebaik melihat Normah pulang dengan menjinjing sebuah beg besar.

Normah tidak menjawab kerana dia tahu, itu memang salahnya. Dia cuma berdiri di pintu dan menundukkan muka. Halim sebaliknya terus membelasah isterinya itu dengan kata-kata keras. Sudah lama geram itu menggelodak di hati, lalu inilah masa untuk melepaskannya.

Normah masih terpaku di muka pintu. Dikesat air mata yang bergenang. Tiada sepatah perkataan pun di balasnya kata-kata Halim itu kerana hajatnya pulang bukanlah untuk bertengkar. Hasratnya Cuma satu, untuk pulang ke pangkuan suami dan anak-anak.

Jika diikutkan hati memang hendak dihalaunya Normah, tapi disebabkan anak-anak, Halim menahan juga kemarahannya. Dibiarkan Normah masuk ke rumah yang telah lebih dua tahun ditinggalkannya itu.

Bagi Halim, kepulangan Normah tidak membawa apa-apa erti lagi dalam hidupnya. Malah ia cuma memulakan semula kekalutan yang sudah dirungkaikannya, mengeruhkan hidup yang mula jernih dan memarakkan semula api yang telah dipadamkan.

Dua tahun dahulu, Normah meninggalkan Halim dan dua anaknya, Iffa, 5, dan Aina, 2.Yang ditinggalkan hanyalah sekeping nota menyatakan yang dia ingin hidup bersama kekasihnya.

” Saya rasa kita dah tak ada persefahaman lagi. Saya mahu hidup bahagia dengannya” demikian antara lain nota yang ditinggalkannya untuk Halim.

Kesalnya dia dengan tindakan Normah tidak terkata. Halim akui sejak akhir-akhir ini Normah sudah berubah. Kalau dulu layanannya begitu baik, sekarang mula dingin. Pantang silap sedikit, mulalah naik angin. Kata-katanya pula, selalu saja diiringi sindiran. Sudahlah begitu, sering pula Normah meminta barang-barang mewah di luar kemampuan Halim. Itulah yang menghairankan Halim.

Lama-kelamaan, Halim terhidu pula berita Normah menjalin hubungan sulit dengan lelaki berada. Dia ada bertanya tentang hal itu, namun Normah lantas menafikannya. Walaupun Halim menekannya dengan cerita dan bukti-bukti, tapi Normah tetap tidak menidakkannya. Malah dituduh pula suaminya cemburu buta. Nah, sekarang terbukti sudah kebimbangannya itu. Tapi apa yang boleh dilakukan, nasi sudah menjadi bubur.

Sejak Normah meninggalkannya, hidup Halim tidak terurus. Terpaksalah dia membesarkan anaknya itu sendirian. Dialah ibu dialah bapa. Dengan gajinya sebagai penyelia kilang yang tidak seberapa dan menyewa pula di sebuah rumah di pinggir Kuala Lumpur, tentulah sukar untuk dia menguruskan hidup.

Kalau kanak-kanak lain selalu bertukar pakaian, anak-anaknya dengan baju dua tiga pasang itulah. Makan yang mewah jauh sekali, kecuali apabila dia mendapat gaji. Rutin hidupnya, awal pagi menghantar anak-anaknya ke rumah ibunya dan malam menjemput mereka pulang. Dialah yang memasak dan mengemas rumah. Kadangkala adik perempuannya turut membantu menguruskan keluarganya.

Memang hidupnya sukar, tapi Halim belum tergerak untuk berkahwin lagi. Baginya, biar susah macam mana pun, semua halangan itu akan dirempuhinya. Tambahan pula Normah masih tidak diceraikan.

Halim juga mahu membuktikan kepada Normah bahawa tanpa wnita itu, dia boleh menguruskan keluarga. Dan juga, kalau kemewahan yang menyebabkan Normah meninggalkannya, Halim ingin buktikan bahawa tanpa wang yang banyak sekalipun dia boleh hidup bahagia.

Ternyata tanpa Normah, Halim mampu membesarkan anak-anaknya seperti ibu bapa lain. Iffa dan Aina juga kian lama kian melupakan ibu mereka. Malah melihat gambar pun mereka benci. Bukan Halim yang menghasut tapi kerana Normah sendiri yang bengis terhadap anak-anak.

Kerana itulah, kepulangan Normah membangkitkan semula kemarahan Halim. Tambahan pula Halim mendapati ada sesuatu yang tidak kena dengan perut Normah. Ia membuncit seperti sedang hamil. Bagaimanapun dia tidak mahu bertanya kepada wanita itu.

“Tempat awk di sana!” kata Halim menunjukkan Normah ke arah sebuah bilik kecil. Di dalamnya ada sebuah tilam bujang yang kusam. Bertompok sana, bertompok sini. “Nak alas, cari sendiri,” kata Halim, lalu menyindir “itupun kalau awak ingat kat mana nak cari….” Normah ditinggalkan sendirian.

Malam itu, Normah tidur seorang diri dalam bilik sempit dan penuh barang-barang. Sementara Halim tidur bersama dua anaknya di bilik lain. Bila anak-anaknya pulang, Normah cuba membelai mereka tapi Iffa dan Aina segera menjauhkan diri. Dipujuk dengan bermacam-macam cara pun tidak berkesan. Terpaksalah Normah membawa diri ke dalam bilik dan menangis teresak-esak.

Begitulah keadaan mereka setiap hari. Normah menjadi orang asing di dalam rumahnya sendiri sementara Halim meneruskan hidup seperti biasa. Mereka tidur berasingan dan setiap pagi, anak-anak dihantar ke rumah ibunya tidak jauh dari situ.

Ternyata telahan Halim tepat. Dari sehari ke sehari dilihatnya perut Normah semakin membusung. Lain macam bulatnya. Setelah didesak dan dijerkah berkali-kali, Normah terpaksa mengaku dirinya berbadan dua.

“Aku dah agak. Patutlah awak balik…nak suruh aku jadi bapak pada budak tu, kan? Nak jadikan aku pak sanggup?” Halim melepaskan paku buah keras. “Bukan macam tu bang, saya…” tapi belum pun sempat Normah menghabiskan cakap, Halim memintas ” Saya apa?! Saya tak buat benda tak senonoh tu? Budak tu anak aku? Tolong sikit….bila masa aku sentuh badan kamu tu? Hah?”

Bagi menutup malu, Normah memakan makanan yang tajam, pedas dan berasid untuk menggugurkan kandungannya, tetapi gagal. Perutnya terus-menerus membesar. Gagal cara itu, dia pergi ke klinik swasta pula. Bagaimanapun doctor tidak mengizinkan kerana risikonya terlalu tinggi. Kata doktor, kandungannya sudah besar dan jika digugurkan, ia boleh mengundang maut.

Semakin hari jiwa Normah semakin tertekan. Perut kian memboyot sedangkan anak dan suami pula tidak menghiraukan kehadirannya. Dia menjadi melukut di tepi gantang dalam rumah sendiri. Suami menjauhkan diri bila hendak mengadu dan anak pula tidak menganggapnya ibu untuk mereka bermanja.

Tidak ada jalan lain, Normah meminta Halim menghantarkan dia ke rumah ibunya. Tentu saja Halim tidak membangkang. Memang itu yang dia mahukan. Namun sambutan ibu bapanya juga mengecewakan.

“Dua tahun kamu tinggalkan suami dan anak, tiba-tiba baru dua bulan balik perut kamu dah besar macam ni. Huh…memang patut pun Halim buat macam ni. Kamu derhaka pada dia!” kata bapa Normah, Haji Shafie bila mendapati anaknya itu hamil.

Dari sehari ke sehari tekanan perasaannya tambah menebal. Ia kian merundung bila tumbuh pula cacar di badannya. Dari kecil ia membesar, dan dari sebiji-sebiji ia merata memenuhi badan. Di dalam cacar itu, menguning nanah busuk dan jelik baunya. Pada waktu yang sama, Normah mengidap darah tinggi pula.

Tekanan perasaan yang melampau itu menyebabkan Normah dibawa oleh ibu bapanya berjumpa dengan pakar jiwa. Bermacam-macam ubat dan rawatan diberikan tapi ternyata begitu sukar untuk dia dipulihkan. Disebabkan badannya terlalu lemah, doktor mencadangkan supaya Normah bersalin melalui cara pembedahan apabila usia kandungannya mencecah tujuh bulan lebih sedikit.

Pada waktu yang ditetapkan, Normah dimasukkan ke wad. Seminggu sebelum dibedah, dia mula meracau-racau dan meraung. Bermacam-macam dijeritkannya tanpa hujung pangkal. Dimaki hamunnya emak dan ayah serta jururawat yang datang. Kemudian Normah menangis pula hendak balik dan melihat anak-anak.

Dalam keadaan yang kritikal itulah ayahnya, Pak Cik Shafie menelefon Ustaz Zubir dan menceritakan keadaan anaknya itu secara ringkas. ” Pak cik tak mahu nak salahkan sesiapa. Dua-dua ada buat silap. Tapi sekarang ni pak cik minta ustaz usahakanlah ubat anak pak cik tu,” katanya. Daripada suaranya itu ustaz tahu dia sedang menahan sebak.

“Saya di Sarawak sekarang ni pak cik. Dua hari lagi saya balik. Tapi buat sementara ni, usahakan baca Yasin dulu. Bila saya balik nanti, saya terus ke sana,” jawab Ustaz Zubir. Sekembalinya ke Semenanjung Ustaz terus menziarahi Normah. Keadaannya sama seperti yang diceritakan oleh bapanya. Mengerang kesakitan, meracau, meronta-ronta, dan bercakap tidak keruan. Keadannya ketika itu memang menyedihkan kerana dalam keadaan perut memboyot dia meraung seperti hilang akal.

Namun timbul pertanyaan di fikiran ustaz Zubir selepas dibacakan Yasin, keadaan Normah bertambah buruk. Keadaanya ibarat mencurah minyak ke api, makin disiram makin besar maraknya. Ibu bapa dan adik beradik Normah menangis milihat keadaan dirinya.

“Pak cik mana suami dengan anak-anaknya?” Ustaz Zubir bertanya bila melihat suami dan anak-anak Normah tidak menziarahinya.

” Itulah yang saya nak cakap pada ustaz. Saya dah pujuk, rayu dia datanglah tengok anak saya ni. Kata saya, walau besar mana pun dosa anak saya, kalau dia menderhaka sekalipun, tapi dalam keadaan macam ni bukankah elok kalau dia di ampunkan? Tapi dia tak mau. Jengah pun tidak,” kata Haji Shafie kesal.

“Dia marah lagi agaknya,” Ustaz menyambung.

“Saya tau… kalau jadi pada kita pun kita marah. Saya bukanlah nak salahkan dia, tapi yang sudak tu sudahlah. Anak saya pun bersalah, saya mengaku,” tambah Haji Shafie.

“Kalau macam tu,” tambah Ustaz,” bawa saya jumpa menantu pak cik tu. Insya-Allah kita sama-sama pujuk dia.”

Seperti yang dipersetujui, beberapa hari kemudian Ustaz Zubir dibawa oleh Haji Shafie berjumpa dengan menantunya itu.

“Yang sudah tu sudahlah Lim, ampunkanlah dia. Normah tengah tenat tu,” Haji Shafie merayu.

” Dua tahun dia tinggalkan kami anak beranak. Balik-balik, mengandung…suami mana yang tak marah, ayah ?. Mana saya nak letak muka saya ni ? Dayus, pucuk layu , tak ada punai, tak tau jaga bini, macam-macam lagi orang hina saya…’ tambah Halim melepaskan segala yang terbuku di hati. Bermacam-macam lagi di rungutkan hingga tidak sanggup kami mendengarnya.

” Ayah faham perasaan kau. Ayah tau Normah yang salah, derhaka pada kau , tapi dia tengah tenat sekarang ni,” Haji Shafie merayu lagi , Halim tidak menjawab sepatah pun Nafasnya saja yang turun naik manakala muka merah padam menahan marah.

Bila keberangannya semakin reda Ustaz Zubir menasihatkan Halim supaya melupakan perkara yang telah berlalu itu. “Mengampunkan orang lain lebih baik daripada membalas dendam . Isteri awak menderita sekarang ini pun sebab dia sudah sedar dengan kesalahan dia, jadi eloklah awak maafkan,” kata Ustaz.

Lalu Ustaz mengeluarkan hadis dan firman Allah berkaitan …Ternyata Halim sudah berpatah arang berkerat rotan . ” Saya tak akan jenguk dan saya tak akan ampunkan dia. Isteri durhaka ! ” katanya.

Sampailah hari Normah di bedah , Halim langsung tidak menjengukkan mukanya. Iffa dan Aina juga di larang daripada menjengah ibu mereka. Bagaimanapun , di sebabkan keadaan Normah yang tenat, makan minum tidak menentu , bayi yang di lahirkannya meninggal dunia beberapa hari kemudian. Normah pula sejak sedar daripada pembedahan semakin teruk jadinya.

Setiap hari, terutamanya tengah malam dan senja dia akan meracau. Yang mengaibkan , racauannya kini mendedahkan segala pelakuan jelik yang di lakukannya selama meninggalkan Halim dan anak-anak.

Antaranya, Normah menceritakan yang dia telah mengikut lelaki hingga ke Siam dan kemudian hidup seperti suami isteri. Selepas berpisah dengan lelaki itu, dia bersekedudukan pula dengan lelaki lain. Tidak kurang dengan tiga lelaki telah dia berzina.

“Abang..ampunkanlah saya. Saya derhaka, saya jahat, saya malukan abang…maafkanlah saya…”dia terus menangis dan meratap.

Setiap hari bermacam-macam rahsia di dedahkannya; tentang tempat-tempat maksiat yang pernah dia pergi bersama teman lelaki, kawan-kawan lain yang sama saja perangai dengannya juga kekecewaannya bila dipermainkan lelaki-lelaki terbabit.

“Abang, Iffa, Aina…marilah tengok emak . Emak tak jahat lagi,. Emak nak jadi baik. Emak nak jadi lawa, pandai, suka masak, kita pergi sungai…” ratapnya lagi bercampur dengan kata-kata yang melalut.

Tidak dapat hendak di gambarkan bagaimana malunya Haji Shafie dan isterinya setiap kali Normah menelanjangkan keburukannya sendiri. Berbagai-bagai cara mereka lakukan supaya Normah berhenti meracau seperti menutup mulut, memujuknya diam dan kadangkala turut sama bercakap supaya orang-orang di sekeliling tidak mendengar , tetapi usaha itu tidak berhasil.

Setelah hampir sebulan Normah mendedahkan kecurangannya, keadaan wanita itu bertambah parah. Tekanan darahnya menurun dan kerap tidak sedarkan diri. Badannya yang kurus makin melidi kerana Normah tidak mahu menjamah makanan. Yang di lakukan sepanjang hari hanyalah menangis dan meminta ampun kepada Halim. Setelah itu dia kembali terkulai tidak sedarkan diri.

Haji Shafie sekali lagi menemui Ustaz Zubir.

“Ustaz pujuklah menantu saya tu. Mintalah dia datang jenguk Normah dan ampunkan lah kesalahan dia. Memang anak saya bersalah , tapi dalam keadaan sekarang, Cuma keampunan suami saja yang boleh selamatkan dia,” kata haji Shafie. Isterinya sejak tadi saya tengok tiada berhenti-henti mengesat air mata .

” Kalau begitu, mari kita pergi jumpa Halim,” kata Ustaz Zubir.

Puas kami memujuknya . Alhamdulillah, setelah berbagai-bagai alas an di beri, akhirnya Halim bersetuju. Bagaimanapun saya lihat dia seperti terpaksa saja. Langkahnya berat dan nampak kurang ikhlas.

” Sudahlah Lim, lupakan yang lepas-lepas. Buangkan dendam, gantikan dengan kemaafan. Insya-Allah, semua pihak akan dapat keberkatanNya,” kata Ustaz Zubir semasa Halim hendak memasuki kereta. Dia cuma tersenyum tawar.

Demi terpandang saja Halim datang menjenguk, Normah dengan suara yang amat lemah memohon maaf kepada suaminya itu.

“Sa..sa..ya der…haa..ka pada abaaaang..” katanya antara dengar dengan tidak. Sambil air mata jatuh berlinangan , dia mengangkat tangannya untuk meminta maaf, tapi terlalu sukar. Ibunya cepat-cepat membantu.

“Yalah…”jawab Halim perlahan lantas menyambut tangan Normah. Reaksinya masih tawar. Dia belum benar-benar ikhlas.

Petang itu kami bersama-sama membacakan surah Yasin dan ayat-ayat suci al-Quran untuk Normah yang kelihatan semakin teruk. Bagaimana pun bila Normah meminta ampun sekali lagi, saya lihat Halim semakin ikhlas menyambutnya. Ustaz Zubir tersenyum. Mungkin hatinya sudah sejuk melihat penderitaan Normah.

Lebih kurang pukul 5.00 petang Ustaz Zubir meminta diri kerana ada urusan penting. Sebelum pulang dia berpesan; ” Lim, sekarang ni awak saja yang boleh selamatkan Normah. Dia harapkan sangat keampunan daripada awak. Selepas itu, serahkan kepada Allah. Kalau sembuh, alhamdulillah, kalau tidak biarlah dia pergi dengan aman “.

” Terima kasih ustaz,” balas Halim.

Seminggu kemudian Halim datang ke rumah Ustaz Zubir dan memaklumkan bahawa Normah telah meninggal dunia. Bagaimanapun, dia membawa juga kisah yang menginsafkan mengenai pemergian Normah.

“Ustaz,” Halim memulakan ceritanya, “Malam tu Cuma tinggal saya dan anak-anak saja duduk di tepi Normah. Ibu dan bapa dia ke kantin untuk makan. Bila saya bacakan Yasin , saya tengok air mata arwah mengalir setitik demi setitik. Saya tau dia benar-benar insaf dengan kesalahannya dulu, curang pada saya, derhaka pada suami, tinggalkan anak-anak.”

“Sampai di ayat salamun qaulam mirrabir rahim, saya ulang tiga kali. Setelah habis, saya usap dahi arwah. Saya lakukannya dengan ikhlas sebab tidak sampai hati tengok hati dia menderita.”

” Setelah menciumnya tiga kali tiba-tiba dia nazak. Nafasnya di tarik dalam-dalam tapi nampak susah sangat. Sekejap kemudian nafasnya laju, tapi lepas itu lambat betul. Saya cemas. Dah dekat ke?”

“Tiba-tiba Aina menangis Entah apa yang di gaduhkan dengan kakaknya saya pun tak tau . Kuat betul dia menangis sampai saya tak sanggup nak dengar. Berbelah bagi juga sama ada antara anak dan isteri yang tengah sakit, tapi bila fikirkan tangisan budak itu mengganggu pesakit lain, saya terus ambil Aina dan pujuk dia. Susah pula nak pujuk dia hari tu sampai terpaksa dukung dan bawa ke luar wad.”

“Namun bila kembali ke wad, saya dapati Normah dah tidak bernafas lagi.”

“Luka memang berdarah lagi, ustaz, tapi bila dia meninggal tanpa ada sesiapapun di sebelahnya, menitis juga air mata saya. Yalah, kalau orang lain pergi dengan baik, ada orang tolong bisikan syahadah, bacakan Yasin, dia pula pergi macam tu. Agaknya itulah balasan untuk isteri yang derhaka .”
........................................................................................
Ya Allah Tuhan yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang..
Aku mohon padamu Ya Allah..
Kau tabahkanlah hati hambamu ini bagi menempuh dugaanMu
Kau kuatkanlah cinta di hatiku agar aku sentiasa mencintaiMu,
suami dan anak-anakku
Berikanlah petunjuk Ya Allah agar aku sentiasa kekal di jalanMu

 

04 March 2010

Kebahagiaan rumahtangga sebenarnya....
terletak di tangan kita.
Percaya atau tidak,
kebahagiaan itu sebenarnya....
ada dalam diri sendiri.
Carilah kebahagiaan dan ketenangan itu.

03 March 2010

Jaane Dil Mein - Muhhse Dosti Karoge

Jaane Dil Mein Kab Se Hai Tu
I don't know since when you're been in my heart
Jab Se Main Hoon Tab Se Hai Tu
Ever since I was here, since then you were there
Mujhko Mere Rab Ki Kasam
Upon my god's vow
Yaara Rab Se Pehle Hai Tu x2
Friend, you come before God

Jaane Dil Mein Kab Se Hai Tu
I don't know since when you're been in my heart
Jab Se Main Hoon Tab Se Hai Tu
Ever since I was here, since then you were there
Mujhko Mere Rab Ki Kasam
Upon my god's vow
Yaara Rab Se Pehle Hai Tu x2
Friend, you come before God

Jaane Dil Mein Kab Se Hai Tu
I don't know since when you're been in my heart
Jab Se Main Hoon Tab Se Hai Tu
Ever since I was here, since then you were there
Mujhko Mere Rab Ki Kasam
Upon my god's vow
Yaara Rab Se Pehle Hai Tu
Friend, you come before God

Haan,  yaara Rab Se Pehle Hai Tu
Friend, you come before God

Raahein Chale Na Chale Chalte Hai Yeh Raaste
Whether or not a traveler goes on, these paths go on
Aao Chalo Rut Goon Raaste Mein Kis Waaste
Come let's walk, for what did you stop in the road

Mein To Khadi Hoon Yahin Yaar Mila Jab Se Hai Tu
I have been waiting here ever since I met you, friend

Jaane Dil Mein Kab Se Hai Tu
I don't know since when you're been in my heart
Jab Se Main Hoon Tab Se Hai Tu
Ever since I was here, since then you were there
Mujhko Mere Rab Ki Kasam
Upon my god's vow
Yaara Rab Se Pehle Hai Tu
Friend, you come before God

Haan,  yaara Rab Se Pehle Hai Tu
Yes friend, you come before God

Naadaan Ho Jaate Hai Anjaan Ho Jaate Hain
Let us become naive, let us become unknowing
Ek Dusre Pe Chalo Qurbaan Ho Jaate Hai
Upon one another, come let's sacrifice ourselves

Tu Hai Jahan Main Hoon Wahan Mujhko Pyaara Sab Se Hai Tu
Wherever you are, I am there, to me you are lovelier than all
 
Jaane Dil Mein Kab Se Hai Tu
I don't know since when you're been in my heart
Jab Se Main Hoon Tab Se Hai Tu
Ever since I was here, since then you were there
Mujhko Mere Rab Ki Kasam
Upon my god's vow
Yaara Rab Se Pehle Hai Tu x2
Friend, you come before God

Jaane Dil Mein Kab Se Hai Tu
I don't know since when you're been in my heart
Jab Se Main Hoon Tab Se Hai Tu
Ever since I was here, since then you were there
Mujhko Mere Rab Ki Kasam
Upon my god's vow
Yaara Rab Se Pehle Hai Tu
Friend, you come before God

Haan,  yaara Rab Se Pehle Hai Tu
Yes friend, you come before God

 Buat Rs : Kenangan bersamamu adalah kenangan yang terindah dan istimewa dalam hidupku. Telah ku tempatkan ia di suatu sudut khas di ruang kamar hatiku.

02 March 2010

Ku Tunggu Khabar Darimu

Dua tiga hari lagi...
Aku bakal menerima suatu berita.
Terus terang ku katakan bahawa aku kini takut..
Sudah takut untuk mengharapkan sesuatu yang belum pasti.
Namun hati ini bersuara bermain di minda..
Apakah khabar yang bakal ku terima?
Mungkinkah...
Khabar yang akan mengubah cara hidupku 
Untuk mengorak selangkah kehadapan
Atau...
Aku perlu teruskan hidup ku di sini 
Bersama-sama warna asas dalam meniti hari-hari mendatang
Jauh di sudut hati ini...
Ku berserah padaMu agar diberi kudrat padaku
Untuk menggabungkan warna-warna asas ini 
Menjadi warna-warna indah
Untuk menghiasi segenap ruang syurga idaman.

01 March 2010

Mac Datang Lagi... Selamat Hari Lahir

"Happy Birthday 2 you..
Happy Birthday 2 you.. Happy Birthday 2 you......."

Terima kasih tak terhitung buat Mak..
ibu yang mengandungkan 9 bulan sepuluh hari.. Tanggal 10.03.1980 ku dilahirkan ke dunia ini..
Terima kasih mak, kerana telah bersabung nyawa demi melahirkanku.
Mak, masih segar diingatan ini tatkala genap usia ku ke-20.
 Aku jauh di rantau orang.. Di bumi Darul Iman, ucapan Selamat Hari Lahir yang kau bisikkan di corong telefon buat aku terpaku... buatku terharu.. Rupanya mak sayangkan aku..
cuma selama ini aku fikir aku dipinggir antara adik-beradikku..
sebab aku selalu kena marah..
sebab aku selalu dibandingkan antara adik-beradikku..
sebab aku tu, selalu menyisih.. selalu buat kerja sendiri..
sebab itu juga.. aku manja dan lebih rapat dengan arwah ayah.
Namun, sejak itu aku akui..
 tiada seorang ibu di dunia ini yang tidak menyayangi anaknya.
Terima kasih, mak..
Insyaallah.. selagi ku termampu, akan ku bantu hidupmu..
luahkanlah apa yang kau rasa.. agar lapang di dada..
ku setia di sini untuk mendengar keluhanmu..
andai aku punya rumah sendiri, inginku bawa Mak tinggal di sini..
biar tenang jiwamu.. biar lapang di mindamu..
aku tahu kau tak pernah rehat..
sejak kecik hinggalah ke saat ini.. letih aku tengok..
emm berat mata memandang berat lagi bahu memikul..
Mak.. Kaulah srikandiku..

Mac datang lagi..
Antara bulan yang teristimewa dalam dairi hidupku..
Mac juga bulan istimewa buat mereka yang turut meraikan lahir pada bulan ini..
Selamat hari lahir buat ibu mertuaku
Semoga sentiasa sihat dan peroleh keberkatan dariNya. Mak, bukanlah pintu hatimu sedikit lagi untuk anak menantumu menumpang kasih.
Selamat hari lahir buat Siti Sumira & Wan Norhafizah
Semoga kalian tetap menjadi sahabatku sampai bila-bila. Ku doakan agar kalian sentiasa berada di dalam nurkasihNya.. juga moga ada putera idaman yang mengetuk pintu hatimu.. bukalah hatimu biarlah dia singgah dan menyerikan lagi hidup dan cintamu..
Selamat hari lahir buat kakak iparku, Rozaini & kawan lamaku, Abu Zarin
Sukanya.. kita bertiga berkongsi tarikh lahir yang sama.. Buat Kak Ni, semoga sentiasa bahagia bersama keluarga tercinta dan dimurahkan rezeki olehNya. Buat Abu, apalah khabarmu di waktu ini.. lama sungguh kita terputus khabar.. diharapkan sihat sejahtera hendaknya..
Selamat hari lahir buat Siti Nur Ermiza & Siti Nur Baizura..
Koranglah kawan lamaku.. Kawan dari bangku sekolah..
Kawan lepak-lepak.. Semoga kekal bahagia di samping suami tercinta jua anak-anak tersayang..
Selamat hari lahir buat Rahayu
Terima kasih kerana tak pernah lupakan aku sebagai temanmu. Walaupun perkenalan singkat kita 12 tahun dahulu namun ianya kekal hingga ke hari ini. Semoga persahabatan kita kekal buat selamanya. Ku jua doakanmu agar sentiasa dilimpahkan rahmat dariNya serta berbahagia selalu di samping keluarga tercinta.
Selamat hari lahir buat birasku, Siti Harnani
Kau dah ku anggap seperti adik kandungku.. cubit paha kanan, paha kiri pun berasa sakitnya. Semoga kau tabah dengan segala dugaanNya dan semoga ada sinar nur dariNya dalam menerangi hidupmu agar sentiasa ceria dan bahagia hingga ke akhir hayatmu.
Selamat hari lahir buat Noraini
Teman seperjuang semasa di kolej dulu.. Dah lama tak jumpa dan dengar khabar berita. Semoga dikau sentiasa bahagia bersama pasanganmu.. jua ku doakan agar kalian cepat menimang cahaya mata bagi pelengkap mahligai yang dibina.
Selamat hari lahir buat semua...
Semoga dengan bertambahnya nombor pada usia kita.. menjadikan kita seorang lebih matang dalam meniti hidup ini. Semoga kita menjadi insan yang sentiasa bersyukur dengan nikmatNya dan tabah menghadapi dugaanNya. Bersama-samalah kita berusaha menjadi yang terbaik untuk diri, keluarga, kerja, hidup dan di sisi Allah s.w.t. Amin.

Inilah rahsia bulan kelahiran Mac..
(menurut kajian oleh Yang Berbahagia Dato’ Dr. Fadzilah Kamsah)
  • Mudah didampingi.
  • Berpesonaliti menarik dan menawan.
  • Sangat pemalu dan pemendam rasa.
  • Sangat baik secara semulajadi, jujur pemurah dan mudah simpati.
  • Sangat sensitif pada perkataan yang dituturkan dan alam persekitaran.
  • Suka pada kedamaian.
  • Sangat peka pada orang lain.
  • Sesuai dengan kerjaya yang memberi khidmat kepada orang lain.
  • Tidak cepat marah dan sangat amanah.
  • Tahu membalas dan mengenang budi.
  • Pemerhatian dan penilaian yang sangat tajam.
  • Kecenderungan untuk berdendam jika tidak dikawal.
  • Suka berangan-angan.
  • Suka melancong. 
  • Sangat manja dan suka diberi perhatian yang sangat tinggi. 
  • Kelam kabut dalam memilih pasangan. 
  • Suka dengan hiasan rumahtangga.
  • Punya bakat seni dalalm bidang muzik.
  • Kecenderungan pada benda yang istimewa dan baik. 
  • Jangan terlalu mengikut selera atau perasaan
Buat Rs : Teruslah ajariku bahasa cintamu.. pimpinlah daku untuk jalan ke Firdaus.. Akan ku teruskan usahaku untuk menjadi bidadarimu buat selamanya.. Insyaallah.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...