Showing posts with label Terimalah.. Sayangilah.. Cintailah pasanganmu seadanya.... Show all posts
Showing posts with label Terimalah.. Sayangilah.. Cintailah pasanganmu seadanya.... Show all posts

01 November 2011

Jom nilai diri..

Kenapa perlu iri hati aka dengki pada kebahagian orang lain?
Adakah kerana .......?
  • Kamu sendiri belum rasa bahagia.
  • Kamu dah tak rasa bahagia.
  • Kamu tak bersyukur pada kurniaan Tuhan.
  • Kamu tak yakin dengan sidia.
  • Kamu memang suka dengki kat orang (habit).
  • Kamu seorang yang perasan (ingat orang yg dok dengki).
  • Kamu ada jawab lain. (nyatakan)
Jawab dengan jujur ya... :P

15 September 2011

Bekas kekasih hubby jadi tokmoh?!

Assalamualaikum..

Al-kisahnya petang semalam ni..
Borak2 ngan ipar duai semua kat meja makan umah mertua..
Entah camna terdengar jelas nama bekas kekasih hubby..

" %!^@ dah jadi tokmoh la ni.. boleh berubat macam2 "
takpasti plak siapa yang bersuara tu.. kak ipar ka adik ipar..
Yang pasti aku terdengar nama %!^@.

" %!^@..?!" tanya aku sambil tersengih.. padahal control rasa..heh3
" Ya la %!^@.. kenapa?" tanya ipar2 aku serentak..
Mungkin confius tgk tindakbalas aku waktu tu kot..
Aku cuma senyum dan cakap xda apa2..
Then hubby terus bersuara, " Dia ni xleh dengar nama tu.. alergik..he3"
Semua gelak kat aku..
Aku pun gelak sama..
Padahal dalam otak aku ni ligat ja dok pk..hu3

%!^@  tu kekasih hati hubby sebelum aku..
Hubby ngan %!^@  bercinta 4 tahun.. lama tu..
Memang hubby dah ajak kahwin
Mak mertua pun memang dah nak pergi bawa cincin
Tapi %!^@  xnak.. Entah kenapa aku xtau..

Lepas 2 tahun hubby break off dgn %!^@, Baru kami kenal..
Dalam masa kami berkawan, pernah terjumpa %!^@ kat kedai makan..
Taklama pastu %!^@  kahwin.. kawin plak ngan sepupu hubby..
Nak wat camna.. jadi sedara jugak la..
Apa2 kenduri or raya mesti jumpa punya..
Yang xbestnya masa kak ipar pergi kenduri %!^@..
Kak ipar dengar %!^@ kata kat tetamu yang hubby ada org len
Macam kata aku perampas ja..
Padahal hal aku 2 tahun lepas dia break off ngan hubby baru kami kenal..
Yang xbest jugak masa mula2 dok kat umah mertua..
Mak mertua asyik penggil aku ni ngan nama dia.. Eee xsukanya

Tapi yang lepas biarlah lepas kan.. Kami dah ok..
Hubby pun terkejut bila kami berjumpa siap leh peluk cium lagi..
Ha3 cam tak caya ja.. Bekas kekasih suami jadi sedara..

Kini aku masih lagi berdoa pada Tuhan..
Agar dia xbuka balik buku lama..
Agar jodoh kami makin kuat sampai ke syurga.. Insyaallah..

22 February 2011

Sulaman Kasih

Kenapa hilang diri beberapa hari..
bukan hilang la.. tapi sibuk dengan urusan dunia realiti..

Balik Penang la jumaat hari tu..
Sabtu adik perempuan selamat diijabkabulkan dengan pilihannya sendiri
Opps zaman sekarang ni semua pilihan pasangan sendiri dah..
Kalau ada pun.. jarang2 la kita dengan dengan pilihan orang tua..

Walau apapun pilihan itu..
Semoga ikatan kasih kekal buat selamanya..



15 February 2010

WANITA & LELAKI

WANITA : Siapa yang paling kamu cintai di dunia ini?
LELAKI : Kamu!!!
WANITA : Menurut kamu, saya ini siapa?
LELAKI : (Berfikir sejenak, lalu menatap WANITA dengan pasti). Kamu, tulang rusukku!

Kerana Allah melihat bahawa Adam kesepian. Saat Adam sedang lena tidur, Allah mengambil rusuk Adam dan menciptakan Hawa. Semua LELAKI mencari tulang rusuknya yang hilang dan saat menemukan wanita untuknya, tidak lagi merasakan sakit dihatinya...

Setelah berkahwin, pasangan itu mengalami masa yang indah dan manis untuk sementara. Setelah itu, pasangan muda ini mulai tenggelam dalam kesibukan masing-masing dan kelelahan hidup yang ada. Hidup mereka menjadi membosankan. Kenyataan hidup yang kejam membuat mereka mulai menyisihkan impian dan cinta satu sama lain. Mereka mulai bertengkar dan pertengkaran itu mulai menjadi semakin panas. Pada suatu hari pada akhir sebuah pertengkaran WANITA lari keluar rumah. Saat tiba di seberang jalan, dia berteriak "Kamu tidak cintakan saya lagi!!!". LELAKI sangat membenci ketidakdewasaan WANITA dan secara spontan juga berteriak "Saya menyesali perkahwinan ini! Kamu ternyata bukan tulang rusukku!!!"

Tiba-tiba WANITA terdiam, dan berdiri kaku untuk beberapa saat. LELAKI menyesali akan apa yang sudah dia lafazkan, tetapi seperti air yang telah tertumpah tidak mungkin untuk diceduk kembali. Dengan berlinang air mata, WANITA kembali ke rumah dan mengambil barang-barangnya, bertekad untuk berpisah. "Kalau saya bukan tulang rusukmu, biarkan saya pergi. Biarkan kita berpisah dan mencari pasangan sejati masing-masing".

Lima tahun berlalu. LELAKI masih belum lagi berkahwin, tetapi berusaha mencari khabar akan kehidupan WANITA. WANITA pernah ke luar negeri tetapi sudah kembali. Dia pernah berkahwin dengan seorang asing dan bercerai. LELAKI agak kecewa bila mengetahui WANITA tidak menunggu, sepertinya. Dan di tengah malam yang sunyi, dia meminum kopinya dan merasakan sakit dihatinya. Tetapi LELAKI tidak sanggup mengakui bahawa dia merindukan WANITA.

Suatu hari, mereka akhirnya bertemu kembali. Di airport, tempat di mana banyak terjadi pertemuan dan perpisahan, mereka dipisahkan hanya oleh sebuah dinding pembatas.

LELAKI : Apa khabar?
WANITA : Baik... kamu sudah menemui tulang rusukmu yang hilang?
LELAKI : Belum.
WANITA : Saya akan terbang ke New York dengan penerbangan berikut. Saya akan kembali 2 minggu lagi. Telefon saya kalau kamu berkesempatan. Kamu tahu nombor telepon saya kan?Tidak ada yang berubah.
WANITA tersenyum manis, berlalu di hujung lafaz "Selamat tinggal..."

Satu minggu kemudian, LELAKI menerima khabar WANITA adalah salah seorang korban Menara WTC. Malam itu, sekali lagi, LELAKI meneguk kopinya dan kembali merasakan sakit dihatinya. Akhirnya dia sedar bahwa sakit itu adalah kerana WANITA, tulang rusuknya sendiri yang telah dengan bodohnya dia patahkan.

Kita menempiaskan 99% kemarahan walau kepada orang yang paling kita cintai. Dan akibatnya adalah penyesalan. Seringkali penyesalan itu datang di kemudiannya, akibatnya setelah kita menyedari kesalahan kita, semua sudah terlambat.... Kerana itu, jagalah dan sayangilah orang yang dicintai dengan sepenuh hati... Sebelum mengucapkan sesuatu berfikirlah dahulu, apakah kata kata yang kamu ucapkan akan menyakiti orang yang dicintai? Kira merasakan akan menyakitinya, sebaiknya jangan pernah dilafazkan. Kerana semakin besar risiko untuk kehilangan orang yang dicintai. Jadi berfikirlah, apakah kata-kata yang akan dilafazkan sebanding dengan akibat yang akan diterima??

11 February 2010

"Mengapa mendambakan isteri sehebat Khadijah
Andai diri tidak semulia Rasulullah s.a.w.
Tidak perlu isteri secantik Balqis Andai diri tidak sehebat Sulaiman
Mengapa mengharapkan suami setampan Yusuf
Seandai kasih tak setulus Zulaikha
Tidak perlu mencari suami seteguh Ibrahim
Andai diri tidak sekuat Hajar dan Sarah"
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...