"Ada satu benda.. yang boleh jadi ubat yang sangat mujarab dan boleh jadi racun yang sangat berbisa.."
"Ianya adalah hati kedua ibubapa kita."
"Bila kita membuat hatinya gembira/bahagia.. dia akan mendoakan kesejahteraan/kebahagiaan hidup kita."
"Tapi bila kita buat hatinya terluka.. maka meranalah/ musnahlah hidup kita di dunia dan akhirat."
Ditambah pula dengan tips untuk mengelakkan menjadi anak derkara dari Dr Fadilah Kamsah..
"Pertama sekali kena taat pada Allah.. kerana jika pada Tuhan pun xleh nak taat.. macamana nak taat pada ibubapa?!"
Renung2kanlah..
Ya Allah, Kau lembutkanlah dan bukakanlah hati mereka yang beku dan tertutup untuk mencintai ibubapa mereka.. dan pelihara hati ini dan kudratku agar aku terus berusaha membahagiakan hati mereka... Amin..
8 comments:
Aminnn...
Amin.
jawapan pada soalan sofya di blog saya....
bukan mata yang belubang ya. Baca betul2, lubang tu pada retina mata.
Sebelum ni dah buat surgery untuk mata kiri, retina koyak, laser treatment tu, sbb retina mata kanan baru ada lubang saja, belum koyak. Kalau tidak confirm kena operate lagi.
Kena baca dari awal catitan saya pasal retinal detachement tu, dari mula saya tahu, sehingga hari pembedahan mata kiri, dan sehinggalah yg sofya baca tadi mata kanan pula di laser...huhu
Kalau mmg sofya nak tahu, cari pada label retinal detachment di blog saya...:)
terima kasih sudi baca entri tadi tu ya
Amin... Semoga kita sama2 mampu menjadi hamba yang baik...
Salam sofya...
maaf ya kalau jawapan saya di atas ada sedikit keras. Ya ke begitu?
Rasanya Sofya tak salah pun bertanya, dan tak perlu minta maaf pada saya.
Saya pun tak expect orang akan baca semua catatan saya pasal retinal detachement tu...
Saya jawab di sini ya untuk Sofya...
Saya dapat tahu bulan Feb lepas di hari jadi saya yg ke 35. Ketika itu asben nak hadiahkan cermin mata baru. Tapi bila buat check-up mata, orang di kedai mata tu kata, mata saya ada problem, so di nasihatkan jumpa pakar dulu sebelum buat spec baru.
Maka dari situlah bermula segalanya....mata di operate dan di laser...
p/s: rasa bersalah pula sampai sofya meminta maaf. Maaf dari saya pula ya...:) Mood orang tgh sakit mata, ada swing sikit...hehe
semoga kita menjadi anak yang soleh dan sentiasa menyenangkan hati kedua ibu bapa kita kak...amin :)
Amin..
Takut jugak kalau 'terjadi' anak derhaka tanpa niat sebab akak ni degil jugak orangnya. Tapi memang sayang mak ketat2!
betul tu... tapi kita sering terlupa
http://www.adzriel.com/2011/08/dari-duniaku-mana-mak.html
Post a Comment