10 November 2010

Hikmah di atas musibah..


Setiap manusia yang hidup di muka bumi ini pasti tidak akan terlepas dari ujian dari Tuhan yang mencipta segala kejadian. Sesungguhnya Allah itu Maha Adil kerana tiada sesorang pun akan terkecuali dari ujianNya.

Kenapa Tuhan menduga kita?
Sebab Tuhan sayangkan kita jadi dia perlu menduga kita sejauh mana rasa sayang kita pula padaNya. Allah beri kita ujian dari yang mudah sampailah yang sesusah-susahnya. Namun ujian yang diberikan ada setimpal dengan kemampuan yang ada pada diri seseorang untuk menghadapinya. Jadi kenalah kita hadapinya dengan rasa sabar, tenang dan tabah. InsyaAllah di mana ada usaha pasti ada hasilnya.

Ujian Tuhan terbahagi kepada 2 yang utama iaitu Ujian Kesusahan dan Ujian Kesenangan.

Bila kita diuji dengan kemiskinan, kita mohon pada Allah kuatkan azam untuk bangkit membela nasib keluarga, bangkit mencari nafkah walaupun sesuap nasi untuk keluarga.

Bila kita diuji dengan kesakitan, kita meraung2 pada Allah supaya sembuhkan panyakit kita agar kita dapat sempurnakan sujud padaNya.

Tapi bila Allah uji kita dengan kesenangan, kemenangan, kemewahan, kita terlupa yang kita ini masih tetap diuji olehNya. Inilah ujian yang paling susah untuk kita hadapi.

Seharusnya, dan yang sepatutnya senantiasa mengingatinya walau apa juga keadaan kita kerana…?

Kerana Dia, kita wujud di bumi ini.
Kerana Dia, pencipta kita berserta seisi alam ini.
Kerana Dia, segala2nya.

Setiap ujian Allah kepada kita ada hikmahnya..oleh kita hendaklah sentiasa berdoa kepada Allah..agar diberi kemudahan dalam menempuh ujian yang melanda..semakin tinggi iman seseorang semakin besar ujia yang diberikan..jgn berputus asa pada tuhan..

Dalam musibah ada hikmah..
Ternilai lawan atau kawan..
Terungkai mana kawan mana sahabat..

Dalam derita ada bahagia......
Dalam gembira mungkin terselit duka...

Tiada siapa yg tahu melainkan ALLAH s.w.t. jadi..

Bersabar dan redha diatas segala yang berlaku..
InsyaALLAH....ada ganjarannya disisi ALLAH s.w.t.

1 comment:

Alin said...

Apapun yg terjadi kt kena Redha dengan ketentuaNYA...walaupun kadangkala kita tidak kuat

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...