06 May 2011

At Padang Besar

Baru ni adik n wife dia nak pergi Padang Besar
Mak n aku pun join sekali
Anak2 of course la bawa
Papa depa bukan rajin sangat nak ngasuh
Tapi memang papa tak nak ikut
Sebab ada kerja kat sawah


Jom layan Pics ni
Mak dah keletihan berkawad dari atas sampai bawah arked. Jadi duduk kejap berhenti penat. Adik Ipar plak maintain lagi.. Mana adik aku?! Dok pusing cari barang lagi..
Syakir nak juga belon tu.. Dah RM2 sekarang ni.
Rafiq pun teringin gak nak men belon tu.. Tak beli pun men yg adik punya.
Menan keretapi yang syakir nak sangat. Tak larat layan beli juga la.. Tengoklah dah tak sabar2 nak tunggu balik umah. Tang situ gak dia operasi. Rafiq tumpang main. Rafiq plak beli B-Daman yg RM20. Aduh! Korang buli mama ekk, mentang la papa tak ikut.. Sebab malu kat orang korang jerit2 tengah orang ramai jadi mama belikan juga. Masa nak keluar tadi pau papa RM50 ingat nak beli baju kat 2 beradik ni tapi habis ngan menan, air n keropok korang ja la..
Mama tak beli apa ka?
He3 leh caya ka kalau cakap tak beli apa2..

Kena main bowling?!


Semalam dapat call dari Cikgu Fatin
Suruh aku ganti Pengerusi lawan bowling
BOWLING?!
Dah lama aku tak men..
Dah sedekad tau tak men..
Bukan sehari dua..
Memang la men suka2 tapi..
Terkenang plak peristiwa 1st time men bowling

Kira2 sedekad yang lalu..
Sorang akak ni ajak aku keluar lepak2 kat shopping complex
Pastu dia ajak men bowling
Bukan nak tanya aku nak tak,
Dia terus book kasut n bayar untuk aku
Puas gak bersilat kat situ..
Ala2 suka2 ja.. bukan ada orang pun..
Kebetulan bukan hari minggu jadi org tak ramai la

Cubaan pertama aku..
Mak aii berat gak bola ni yer..
Larat dak aku nak baling nii..
Pk aku dalam hati jer lah..

Dengan wajah kontrol konon2 budak comel
Aku pun baling la bola tu...
Suuupp.. konfiden ja aku baling dgn gaya2 ala Shalin Zulkifli

Korang tau apa jadi kat bola tu..?
Longkang?! Tak la..
Strike?! Takkan terror sangat aku..
Hi3 entah macam mana ntah..
Bola tu berdesup..
Pas ke belakang.. Hu3
Malu giler aku masa tu..
Biar tak ramai orang pun
Tapi sure ada mata yang terlihat kan?
Setelah akak tu pujuk2 aku men la juga..
Tapi tak pas ke belakang dah..

Ermm ni nak men pulak...?!
Hish jangan la sejarah tu berulang..
Malu ooo.. Dah la men ngan Jabatan..

05 May 2011

Hanum Manis dah kembali!!

Jom mai Perlis!
Sekarang ni Musim Pelam kat sini..
Kalau tengok, banyak jalan yang dipenuhi orang menjaja mempelam..
Yang famous kat sini pelam harumanis..

Kat Dataran Dato' Syeikh, Kangar
Dah start Karnival Harum Manis
Mulai 04.05.2011 hingga 06.05.2011
Cepat2 sapa yang belum pergi, apa tunggu lagi
Kat sini ada jual macam2 buah mangga
Buah lain pun ada gak..
Durian, nangka, jambu batu..
Ada pameran pertanian..
Ada jual benih pokok..

Semalam aku dah pergi...
Tapi tak sempat nak beli anak pokok Harum Manis..
Semua orang dah booking.. RM10 ja..
Kira murah la tu sebab ada jugak yang jual RM25 tau
Tapi tak da rezeki kot.. xpa mungkin lain kali

Tapi minggu lepas..
Aku pergi kat tempat depa tanam pokok Harum Manis dengan kengkawan
Tempat tu nama Bukit Bintang
Harapan tu nak makan pulut pelam tapi tak start lagi
He3 excited sangat..
Rupa2nya 1hb Mei 2011 baru start leh makan pulut Harum Manis ngan jusnya.

Sempat lagi aku snap foto masa kat situ
Ni view kat pintu masuk
Semua ni pokok Pelam Harum Manis
Inilah rupa pelam Harum Manis
Ini pulak namanya Intan Syafinaz. Mula2 dengar aku pun terkejut . Betul ka? Or saja org tu nak gurau tapi ini memang namanya sempena nama anak Raja Kedah.
Hari selasa baru ni aku pergi plak Bukit Bintang
Tapi kali ni pergi ngan mak ngan adik
Adik nak beli untuk wat beli Putrajaya
Waktu ni dah leh masuk makan Pulut Pelam
Tapi aku tak minat pulut, depa pun pelik nak makan Pulut Pelam
Kami orang Penang tau la kalau Pulut Durian tu
Jadi kami beli 2 Jus Harum Manis
Sori la dah nak habis baru teringat nak snap
Fresh n pure, wangi n murah.. RM 2 ja satu cawan
Memang Pergh! best giler.. Ni dok teringat lagi ni
He3 dah ajak member p situ lagi
Orait bila free nanti kita serbu..
Ermm tak sabar rasanya nak minum Jus Harum Manis sekali lagi..


SEGMEN 6 : Kata-kata yang mengubah diriku!

Kesiannya kat Kak Liza..
Dia buat segmen baru kita tak support
Maaflah akak..
Bukan tak sudi tapi agak busy sikit
Tak caya tengoklah kat blog archive kat sebelah tu
Lama tu blog ni bersawang..
Ni dah start cuci sawang2 kat blog ni biar cantik semula

Sapa yang nak join cepat masih sempat lagi
Dilanjutkan sampai 6hb Mei 2011 ni
Kalau nak join, Klik ja kat gambar atas tu

Sebenarnya aku ni seorang agak sensitif dengan kata2
Tapi sejak makin matang ni kurang la sikit nak terasa
Lebih banyak berfikir bila terima kata2 yg menyentuh hati

Banyak kata2 yg bagaikan tergiang2
di cuping telinga sampai ke hari ni
Semua tu ku terima untuk kuatkan semangat juang hidupku

Pernah suatu ketika
Seorang kawan menegurku supaya jangan berkawan dengan RS
Sebab dia tu kerja pun tak tetap nanti nak makan apa?
Takkan nak makan pasir plak

Seorang lagi kenalan tegurku supaya jangan berkawan dengan RS
Sebab dia loklaq dan takut2 nanti pisang berbuah 2 kali

Entah kenapa aku tak terusik pun dengan kata2 mereka
Persahabatan aku dengan RS ikhlas
Dan aku tak pernah mengharap apa2 darinya
Tapi akhirnya ku tahu jua yg RS ada simpan dlm hati untuk memiliki ku

Sifat RS yang pandai mengambil hati orang tua
Meyakinkan ayah menerimanya
Terima kasih ayah..
Orang yakin pilihan ayah yang terbaik untuk orang..
(hu3 teringat arwah ayah plak..airmata rindu berlinangan)

Beberapa bulan setelah kami dinikahkan,
Aku dikejutkan dengan berita kehamilan ku
Masa tu aku rasa tak bersedia
Sebab waktu tu aku baru ja berhenti kerja
Sebab nak ikut RS tinggal bersama2nya di rumah orang tuanya
Waktu tu dia pulak hanya tolong ayahnya mengerjakan sawah dan sambil2 cari kerja
Alhamdulillah dapat juga kerja kat pejabat gomen biarpun hanya status sambilan (makan gaji hari)

Masa tu la ada sedara perempuan ni cakap
Lazernya mulut dia sampaikan aku kelu tak terkata
Tapi rasanya sampai bila2 aku tak leh lupa

Inilah kata yang terpancul dari mulut perempuan tu
"Hah! Mengandung?! Dah la tak da kerja, Laki pun kerja apa ja..
Entah2 lepas ni makan pasir.."

Sakit hati aku hanya Tuhan ja yang tahu masa tu
Masa tu aku berdoa pada Tuhan semoga kata2 perempuan tak jadi kenyataan dan aku yakin bahawa rezeki kita Tuhan yang tentukan tapi kita kena berusaha

Alhamdulillah..
Walaupun masa tu kami berdua ni
ibarat kais pagi makan pagi kais petang makan petang
RS rajin, kami tak pernah tak la sampai tak makan
Cuma bila teringin sesuatu macam org lain
Perasaan tu terpaksa diketepikan
Ya lah kita kan kena ukur periuk nasi kita besar mana kan?

Alhamdulillah..
Genap umur Rafiq 17 bulan,
Aku dapat kerja kerani kat Gomen

Tapi lepas 4 bulan, aku plak disahkan mengandung anak ke 2
Waktu tu aku risau sgt
Ya lah baru dapat kerja, nak boleh baby plak
Semua tu kan nak pakai duit
Tapi takkan la tergamak nak buang anak yg tak bersalah tu dari rahim kita?
Dia bukan saja rezeki malah amanah dari Allah buat kita
Kata org tua, setiap anak tu bawa rezeki buat ibubapa

Alhamdulillah..
Selepas 4 bulan, RS ditawarkan kerja tetap ngan gomen gak
Tapi bukanlah berpangkat besar hanya gred 11 ja

RS jua ada tolong ayahnya kat sawah
RS pun rajin mencari duit lebih dengan kerja sampingan
Aku cuma tolong sikit2 ja.. setakat yang mampu.

Alhamdulillah..
Kini kami dah ada rumah sendiri
Walaupun tak lengkap dengan pelbagai perabot
Tapi yang asas pun sudah cukup selesa bagi kami jalani kehidupan sendiri

Bukan aku nak bermegah dengan apa yang aku kecapi sekarang ni
Namun terima kasih banyak2 pada dia kerana kata2 itu
Dari situ kami tekad untuk memperbaiki hidup kami
Dari kata2 tu kami belajar sesuatu
Bahawa jangan sesekali hanya tahu berserah pada takdir dan keadaan tanpa berusaha memperbaiki kelemahan diri.

Mana you ni...

Pernah tak bila korang contact suami/isteri/tunang/kekasih
tapi tak dapat2 tak boleh2..
Dah sms tak jawab..
Bila call off pulak..
Tak kira la bila siang ka malam.
Tapi bila malam lagi2 la kan perasaan tu..

Kalau saya..
Bila dia call saya tak dapat waktu bercinta tu..
siapla kena marah2 sayang
(belum dapat kot jadi tak berani nak marah betul2 nanti melapas plak...he3)
Selalu sangat saya tak jawab sms dia sebab selalu xda kredit
Selalu juga tak jawab call..
bukan apa kadang tu tak perasan HP bunyi..

Sekarang ni..Masih lagi camtu..
kadang tak perasan HP bunyi bila asyik buat kerja rumah
kadang tak sempat nak jawab..
Nak jawab, nak tepon balik kadang xda kredit..
Jadi siaplah pastu kena teguran berhemah..
Erm terima ja la..

Bila saya..
Mesej dia tak jawab2..
Berkali2 pun tak jawab juga..
Tepon ja.. ingat kot dia tak perasan bunyi sms..
Tapi tak jawab2 juga..
Kadang kita dengan ada line tapi dia tak angkat
kadang HP off terus..

Ermm mula la rasa satu macam pelik ja..
Angin naik atas kepala dah ni.. berderau darah..
Mula dah tak senang nak duduk ka nak berdiri ka
Nak2 pulak waktu malam..

Bukan apa risau la mana tau apa jadi kan dia
Bukan la nak pk yg tak elok memanjang
Tapi itulah aku, mula akan pk macam2..

Itulah rupanya..
Itulah rasanya..
Bila orang yang kita sayang cari kita tak dapat2..
Jadi rasanya kita kena sama2 lebih alert dengan HP kita
Mana tau org nak bagitau benda urgent or emergency ka..

So, orang tak perlu risau sangat pasal kita..
Dan kita pun tak merisaukan org..
Ok kan.. guna jalan selamat..

04 May 2011

Opps terlewat sudah..

Salam kasih bertaut kembali...
Lama tak coret2 kat blog ni..
Ni dah start nak cerita ceriti lah ni..
Insyaallah.. semoga semangat ni terus membara..
Korang doakan ya..

Kejap saja kita dah di bulan Mei..
Berbagai perasaan berbaur melengkapkan warna  hidup kita

Punya lah asyik sangat ngan rumahtangga n kerja kat opis..
Boleh aku lupa nak mohon exam KPSL tahun ni..
Baru ja teringat bila kawan post kat wall dia tapi dah terlambat orang dah nak exam esok lusa ni..
Mungkin bukan rezeki nak ambik exam tahun ni..
Awal tahun depan kena mohon awal2 la..

Tapi ada sorang kawan ni mohon tapi time exam dia lupa tarikh exam
Waktu dia ingat tu orang dok tengah jawab exam.
Ermm macam ni pun ada..

Kena lupakan hasrat aku nak lulus paper ni buat tahun ni..
Semua 3 paper.. aku dah lulus 1.. so, lagi 2 la..
Harap tahun depan aku tak lupa lagi..

03 May 2011

Aku dalam dunia Blog

Rindunya...
Rindu serindu2nya..
Namun apa daya..
Aku tengah busy..

Rindunya kat blog..
Rindunya kat korang..
Maaf ya, takda n3 baru sejak 29hb April lagi
Maaf ya, aku juga tak sempat nak BW kat blog korang.

Dah lama tak jalan kat dunia blog..
Nampaknya aku kena belajar berjalan semula..
Hai bila la nak boleh berlari tanpa henti..

Berangan ja nak jadi maraton dalam blog..
Macam blog korang la
Yang tak henti ada ja bahan nak citer
Ada saja masa nak kongsi..

Rasanya aku tak mampu nak jadi camtu..
Kalau dapat lari pas baton pun dah ok dah..
Hu3 apa da.. yang aku merepek ni..
Cau dulu.. Jumpa lagi..
Opps thanks kat korang2 yang sudi singgah walau aku takda kat dunia blog ni.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...