29 November 2011

Cuti Sekolah

Salam..
Cuti sekolah bermula.. kehidupan ku agak relax sikit sebab pagi2 taklah nak gaduh2 ngan anak2 sebab nak kejut pagi tuk pergi sekolah. Camna pun kena kejut gak la.. nak keluar umah baru kejutkan. Dengan air liur basi tu la pergi umah tok dia.. silap2 haribulan leh plak sambung tido kat sana..ha3

Cuti sekolah ni banyak sungguh kenduri kan.. kenduri kawin kenduri sunat.. budak2 yang belum sunat mesti takutkan.. banyak betul alasan.. camtu gak Rafiq.. katanya.. huwaaa sakit ooo.. takpa2 kasi can dulu sebab baru 6 tahun..

Cuti sekolah aka Cuti2 Malaysia kan...
Korang pegi bercuti kat mana?!
Abg Ipar n family dia jalan2 sungguh cuti sekolah ni..
Almaklumlah orang baru beli keta baru..
Penang>Cameron Highland>Bukit Merah>Melaka..

Wow jeles plak.. tapi xpalah orang banyak duit kan..
Teringin nak jalan2 ngan family tapi ongkosnya kena pk gak bab yang lain2nya..he3

Rafiq plak skrg dah pandai nak pk nak cuti2 m'sia..
Apa taknya suka sangat program Cutipedia tu..
Sampai terjerit2.. Mama! Papa! Cepat la mai tengok ni... syok oo jom la kita pi situ..

Sebenarnya Mama ngan Papa dah plan ke Tambun..
Insyaallah 22.12.2011 ni.. Ini hadiah buat adik ngan abang sebab tunjuk prestasi yang cemerlang dalam pelajaran..

23 November 2011

Mimpi aneh

Walau ku tahu mimpi itu mainan tidur..
Namun hakikatnya aku ia masih dalam kotak fikiranku..

Mimpi malam tadi yang pelik..
Hingga airmata ku mengalir sampai tersedu sedan..

Sama ada ini tandanya aku rindu..

Mungkinkah ada kesilapan yang belum terampun?

Atau ini salaman ku yang terakhir..

Oh Tuhan..
Kau tunjukkanlah aku jalan..

09 November 2011

Salam AidilAdha buat kawan2..

Aidil Adha kalau xkorban xsah kan..
Korang wat korban ka tahun ni...?
Aku cuma dapat panggil2 kenduri korban..
Selain tu korban nafsu makan juga korban perasaan jer lah..hu3

1st day kak ipar wat korban nun kat Perak..
Aku xpergi, balik penang raya dengan mak..
Lepas asar, pak cik wat kenduri korban kat umah dia di Pinang Tunggal
Kami pergi sana.. mak ngan adik ikut sekali..
Sedapnya makanan.. rasa terliur ja..
Nasi daging berempah, dalcha tulang lembu, bihun sup..
Tapi aku xleh makan daging.. terpaksa nengok jer lah..hu3
Nasib baik ada kuih2 raya n bubur.. makan ja leh la cover line..
Orang semua balik kekenyangan tapi aku plak kelaparan..
Balik singgah kedai nasi kandaq la..

2nd day sebelah umah mak, wat kenduri org masuk meminang..
Ada kambing masak merah.. semua org cakap sedap..
Aku pun cakap sedap gak padahal xleh nak rasa pun..
Hu3 kena pantang maaa..
Nasib baik ada kari ikan bawal..

3rd day.. Ayah mertua wat kenduri korban plak..
Boleh tolong2 wat kerja  n tengok orang dok makan daging la..
Sedapnya sup tulang fresh kan...
Ketuk plak cili padi, hiris bawang, perah air limau.. pergh
Telan air liur dah ni.. ermm sabar2 nanti sihat leh makan dah..
Semalam makan telur rebus ja ngan nasi putih..

Korang punya raya mesti sempoi kan..
Jom nak pergi raya umah korang plak..

03 November 2011

Pedihnya menahan sakit hari ni..
Mood pun jadi tak tentu..
Malas nak bercakap..
Nak cerita pun hilang mood..
Xpalah.. aku jalan2 kat blog korang la..

01 November 2011

Jom nilai diri..

Kenapa perlu iri hati aka dengki pada kebahagian orang lain?
Adakah kerana .......?
  • Kamu sendiri belum rasa bahagia.
  • Kamu dah tak rasa bahagia.
  • Kamu tak bersyukur pada kurniaan Tuhan.
  • Kamu tak yakin dengan sidia.
  • Kamu memang suka dengki kat orang (habit).
  • Kamu seorang yang perasan (ingat orang yg dok dengki).
  • Kamu ada jawab lain. (nyatakan)
Jawab dengan jujur ya... :P
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...