30 July 2011

Cuba jangan tak cuba...

Ehem.. Testing3..
He3 cuba jangan tak cuba..
Tak rugi pun...


Hari ni saja suka suki nak try benda baru....
1st : try wat ayam panggang..
Bukan nak wat jual kat pasar ramadhan nanti..
Tapi saja2 suka..
Alkisahnya semalam ada org wat ayam golek kat opis hubby untuk jamuan..
Hubby yang rajin plak tanya resipi ayam golek tu..
Dia la semangat berkobar2 nak wat tu..
Kebetulan hari ni cuti n xpergi mana2..
Jadi pergi pasar tangkap ayam sekor la..
Oven la yg tolong golekkan..he3



Oklah untuk cubaan pertama.. Cuma garam tu kurang skit.. Kalau perap lama sikit mungkin lebih terasa sampai ke tulang sum2 kot.. he3
Resepi yang mudah.. Bawang merah + Bawang putih (2 ulas ja) + Halia + Lengkuas + Serai + Kunyit + Garam + Gula. Semua blend sekali then perap ayam tu.. kurang 1/2 jam.


2nd : Try cara moden ni plak.. dah lama teringin nak wat tapi rajin tu tak mai lagi he3 teruknya.. bini sapa la ni..:P ni plak dapat resepi dari sini => Blog IzahDaut 
Izah buat nampak cantik dan menarik.. Aku punya plak.. ;) kira jadi ka kalau camni?!





29 July 2011

Anak minat.. Mama pun minat

Selepas kejadian kabel TM kena curi kat area rumah.. Ni lah baru ada mood nak stori mori skit.. Biasalah.. aku bukanlah blogger tegar yang penuh dengan idea serta mood blogger yang sentiasa ada.

Hari ni last day sarapan or lunch kat opis. Pasni kalau yang uzur tu.. pandai2lah cover skit hormat org yang berpuasa kan... Selamat berpuasa buat semua.

Kali ni cuma kongsi minat anak sulungku, Rafiq (6 tahun)

Subjek yang paling dia suka kat sekolah matematik. Ada juga yang turut mama.. matematik itu mudah.. xperlu nak baca2..he3 nampak sangat masa sekolah dulu aku ni malas membaca.. he3 memang pun..

Tapi Rafiq pun dah pandai baca dan makin rajin baca tapi ikut kerelaan hati la.. he3 kalau suruh, xla disentuhnya.. Katanya lepas ni dia nak masuk peraduan membaca.. Oh! Tu pasai la rajin sangat.. xsakit tekak mama nak suruh2 ambik buku, baca..

Program tv plak sekarang ni suka sangat3..

Syoknya Sains!
Sains Comot
Anda berani? Cubalah..
Backyard Science
Semalam, sekolah Rafiq ada wat lawatan ke Taman Ular Perlis, Muzium Padi dan Pusat Sains Wilayah Utara kat Gunung Keriang, Kedah. Bila tanya Rafiq, mana satu antara 3 tempat ni yang paling best.. Rafiq pilih Pusat Sains.. Kalau boleh nak pergi lagi.. Boleh tak nanti Papa bawa pi sana lagi?!

He3 nampaknya minat pada sains mula berkembang.. 
Baguslah.. Mama pun suka ngan minat Rafiq ni..

14 July 2011

Cucu Pak Tani

Hari ni balik kerja...
Cam biasa, pergi ambik anak2 kat umah mertua..
Sampai sana..
Abang atas mesin padi..
Adik plak atas traktor..
Hermm cucu tokwan..



13 July 2011

Istikhamah Cinta


Bersaksi cinta di atas cinta
Dalam alunan tasbihku ini
Menerka hati yang tersembunyi
Berteman di malam sunyi penuh doa
Sebut nama-Mu terukir merdu
Tertulis dalam sajadah cinta
Tetapkan pilihan sebagai teman
Kekal abadi hingga akhir zaman

Istikharah cinta memanggilku
Memohon petunjuk-Mu
Satu nama teman setia
Naluriku berkata
Di penantian luahan rasa
Teguh satu pilihan
Memenuh separuh nafasku
Dalam mahabbah rindu
Di istikharah cinta

Wordless Wednesday

Bunga Forget Me Not

11 July 2011

Kenapa perkara baik perlu sembunyi?!

Kalau padi katakan padi
Tidak kami tertampi-tampi
Kalau jadi katakan jadi
Tidak kami ternanti-nanti

Kenapa perkara baik perlu sembunyi?!
Taknak kongsi or tak berani nak kongsi?

Peliklah..
Tunang diam2 tu biasalah sebab biasa pun org xheboh
Majlis pun sedara mara rapat ja..
Tapi orang tanya xngaku pulak..
Tapi ko publish kat blog kat fb

Peliklah..
Nikah kawin pun diam2 ja..
Biasa dengar golongan artis ja
Tapi sekarang ni bukan artis pun banyak yang wat camni
Kenapa ekk?! Kenapa nak sorok2..
Budget xcukup ka? Buat ala kadar pun ok dah..
Bukankah walimatulurus tu perlu supaya tidak timbulnya fitnah

Peliklah
Pregnant tapi malu
Bukan xkawin.. Bukan xnikah
Tapi kenapa plak nak malu bila pregnant
Bukan tak berlaki..
Tapi sampai bila nak sorok..
Nanti2 orang nampak jugak..
Terboyot perut tu.. nak sorok sampai bila..

Pelik bagi aku..
Mungkin xpelik bagi dia..
Mugkin dia punya alasan yang tak tercapai akal kita..

08 July 2011

Berbunga di hati... ;)

Semalam..
Lepas balik kerja singgah ushar pokok2 bunga..
Kedai area Kangar..
Pergi situ buat hatiku cair..
Rasa semuanya cantik2 sangat..
Rasa semuanya nak ambik letak kat umah aku..
Sapa plak nak bagi free..
He3 kena beli la..

Hepinya tengok bunga2 cantik lagi segar..
Sempat lagi aku curi2 snap bunga..










Cantik2 kan bunga2 ni..
Tapi yg ni semua belum beli lagi..
Aku tak pandai bab bunga..
Mana yang suka panas
Mana yang xsuka panas
Mana yang suka air banyak
Mana xsuka air banyak

Ni hah baru2 nak belajar minat tanam pokok bunga
Dah ada rumah sendiri
Rasa xseri pun xda bunga2an ni
Sebelum ni aku xpernah pun peduli bab pokok bunga
Orang suruh siram baru la nak siram..

Permulaan ada try tanam pokok2 yang senang2 dijaga..
Tapi sejak hubby bawa round2 cari pokok bunga..
Hati ku dah terpikat..
Leh plak aku kata kat hubby
"Awak, awak memang xpernah bagi saya bunga ros kan..
Erm xpalah.. apa kata awak beli pokok bunga ros kat saya.. hi3"
Tapi dia hanya senyum.. xbeli pun.. hu3


Aku candid Rafiq tika leka kat kedai bunga hujung minggu lepas


07 July 2011

Azam baru..


Azam.. tanam azam baru..
Bila masanya kita tanya orang..
"Apa azam baru?"

Selalu bila nak masuk tahun baru (masehi or hijrah)
Takpun bila nak masuk bulan Ramadhan ni pun ada gak org set azam

Tapi hari ni..
Tersenyum aku sebentar sebab..he3
Orang tu wish happy besday kat orang satu lagi
Then boleh plak dia tanya "Apa azam baru?"
Kawan tu pun balas "Eh! Itu untuk tahun baru.."

Selalu org wish n doa yg terbaik untuk birthday person tu
or ada juga yg tanya gurau nak celebrate kat na? he3

Korang plak bila pasang azam? Aku?!
Azam aku kadang setahun berpuluh2 kali..ha3
Apa taknya.. setiap kali aku buat silap..
Setiap kali lepas aku baik dari gaduh2 manja ngan cik abg..
Setiap kali ada masalah..
Ada set my azam..
Target xnak ulang..
Budget nak jadi yg lebih baguslah..
Sempoikan.. Jadi aku memang xleh nak bgtau berapa azam aku..

06 July 2011

Kesihatan Mu Adalah Kecantikan Mu

Aci bet la sapa tak suka cantik..
Terutama kaum Hawa.. :)
Cantik bukan masa anak dara ja kena jaga..
Yang bergelar isteri plus ibu..
Lagi la nak kena jaga..
Cantik nak sihat pun nak..
Kalau tak sihat.. nampak cantik ka?! ermm

Dulu guna produk len..
Memang ok n xda masalah..
Tapi ongkosnya pun berbaloi2 la
Nak sihat kan.. kena la berkorban sikit

Tapi tiba2 terfikir nak try produk len plak
Dah pergi beli dah..
Mana tau kalau ok lagilah berbaloi2
Cantik + Sihat + Jimat
Pakej kan.. i try dulu k..
Erm ada yang dah try ka yg niii

05 July 2011

Dalam bayangan



Kenapa perlu bayang itu terus mengejar dan menghantui diri ini?
Inginku lari jauh meninggalkan ia
Tapi setiap kali julai kembali
Tiap kali diri ini mengusuri lorong itu tika rintik hujan
Pasti bayang itu cuba menghampiri
Menggangu hati ini
Mungkinkah itu hanya bayangan gurauan
Tapi ia bisa menggoncang cintaku terhadap dia
Dari mana harusku himpunkan kekuatan
Agar tiada lagi bayang yang merosak hati..

04 July 2011

Ungkapan janji

Ungkapan Insyaallah selalu terlafaz dari mulut kita. Bukan kata tak bagus ucapan itu tapi biarlah faham maksudnya sebelum melafazkan kata2 mulia itu. Insyaallah bermaksud Dengan Izin Allah.

Aku bukanlah pandai untuk mengajar korang.
Tapi sekadar renungan buat aku juga kamu.
Mari fikir2kan..

Ungkapan keramat Insyaallah jika diucapkan memberi pengharapan tinggi buat yang menerimanya. Janganlah mengungkapkan kata itu sekira kamu tidak mampu menunaikannya. Insyaallah umpama ikatan sebuah janji yang perlu dikotakan melainkan aral dariNya

Biasa berlaku bilamana kita dijemput untuk menghadirkan diri dalam sebuah majlis. Tak kiralah majlis kenduri kahwin, jamuan teh dsb.

Adakala kita memang ada urusan di hari majlis akan diadakan. Sebab xnak sedara/teman yg menjemput tu kecil hati.. Kita kata insyaallah.. Padahal terang2 kita dah tau xleh nak pergi..

Terus terang je lah perkara yang sebenarnya..Tahu tak? Bila kita cakap camtu... Sedara/teman tu dah menaruh harap tinggi kita akan hadir. Seolah2 kita beri harapan palsu kan...?!

Bagi aku, Insyaallah tu sepatutnya diucapkan bila kita boleh/mampu tunai permintaan tu melainkan ketentuan Ilahi.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...