28 June 2011

Beri salah ubat maut!

Bayi dua bulan diberi salah ubat maut.
Berita penuh klik sini.


Kesian kat baby yang tak berdosa tu.. :(

Setengah budak suka ubat..
Setengah lagi susahnya nak bagi makan ubat..

Masa baby Rafiq & Syakir susah nak bagi makan ubat..
Bila sakit, demam.. mama ngan papa risau sangat..
Macam mana nak bagi baik kalau tak makan ubat..
Bila paksa2, muntah segala isi perut..
Ada yang suggest bubuh dalam susu..
Tapi aku xbuat camtu sebab time sakit anak2 takmau makan apa2
Hanya bergantung pada susu ja nak bagi tenaga
Takut bila dah masukkan dalam susu, len rasanya..
Terus xnak apa2, lagilah parah..
So, memang spare ubat yg leh masukkan ke punggung (ubat demam)
Untuk elak badan terlampau panas, takut lain pulak jadinya..

Tapi sekarang ni dah tak takut dah nak makan ubat
Terutama Syakir..
Boleh pulak dia buat2 demam lah batuk lah.. sebab nak makan ubat
Kadang2 dia buka2 peti sejuk terus dia cakap
"Adik demam la mama.. pegang ni panas ni.." or
"Adik batuk lah..uhuk3"
Bukan dia kira ubat apa, ubat sapa.. dia kira nak belasah ja..
Mujur dia tanya dulu..
Bila xbagi merajuklah...
"Adik takmau kawan ngan mama..hu3"

Ekceli berapa lama leh tahan ubat yang kita simpan dalam peti sejuk tu?
 

Follower ke 100

Tak sangka on ja blog..
Tengok2 dah ada follower ke 100..
Akhirnya cecah juga angka ni..
Orang len dah 1000..
Maknanya aku 10 kali jauh di belakang..
Apapun aku hepi n xsangka ada yg sudi nak follow blog ni
Terima kasih semua sebab sudi follow
Tanpa korang tak berserilah dunia blog ku ini..
Meh aku kenalkan follower ke 100 ku ni

Inilah Leysa..
Seorang yang baru menjejak kaki ke dunia blog.
Selamat datang Leysa n thank you sebab follow akak..
Harap2 Leysa enjoy dalam dunia blog ni.

27 June 2011

Sakit telapak kaki lagi

Hari ni aku kerja..
Pagi tadi try pakai kasut tinggi.. hu3 berair mata ni tahan sakit..
Last2 pakai selipar ja mai kerja. Hu3
Berbaju kurung elok ja tapi part bawah selipar jepun Hu3
Nak wat camna sakit ooo..

Dah pergi cek kat klinik..
Doktor tanya sakit apa.. Sakit tapak kaki..
Lagi2 sakit apa? Sakit telapak kaki sampai sakit kepala sakit perut
Lagi2.. apa lagi yang sakit..
Dalam hati.. Haiya doktor ni nak jual ubat ke apa..? hu3 sabar je la..

5 karung ubat = RM30
Harap2 oklah cepat..
Rasa seksa tu nak jalan
Cam orang dalam pantang ja
Sebab kena langkah cam kura2

26 June 2011

Dunia blog

Tak semudah ABC untuk berada di Dunia Blog.
Entry yg baik juga kekerapan hadir dengan n3 baru akan terlihat kelibat kita di dunia ini.
Blogwalking pun perlu.. itu tanda kewujudan kita.
N3 dan BW.. dua2 penting tapi mana yg patut didahulukan?


Mood aku masih ke laut..
Anak dah sihat tapi aku pulak tak berapa sihat..
Sakit tapak kaki..
Rasa nyilu sampai ke perut bila berjalan or berdiri..
Dah lumur minyak.. dah makin kurang ni..
Dalam umah pun terpaksa pakai selipar..
Taklah sakit sangat.. esok nak pergi kerja..
Terpikir gak nak pakai kasut apa..
Kasut tinggi?! Bolehkah aku melangkah..hu3


Jadi akan kuranglah entry aku..
Ada free aku pergi intai korang ja la...
 

23 June 2011

Excited


"Yea.. yea.. esok dah leh p sekolah.."
Itulah ayat yg terpancul keluar dr mulut Rafiq sesampai ja aku di pintu rumah mertuaku petang semalam setelah abis kerja. Sebenarnya Rafiq kurang sihat dan doktor nasihatkan rehat di rumah ja. Jadi pening2 muntah2 dan demam sikit. Sekarang ni ramai kanak2 yg dilanda sakit sebegini kat area ku. Ini juga penyebab aku cuti dari blog. Hilang semua rasa bila anak jadi camni. Tapi semua dah kembali sediakala.. Alhamdulillah.

19 June 2011

Selamat Hari Bapa

Ketika kejauhan
masihku hangat kasihmu ayah
betapaku rindukan redup wajahmu
hadir menemaniku

Terbayang ketenangan
yang selalu kau pemerkan
bagaikan tiada keresahan

Walau hatimu sering terluka
tika diriku terlanjur kata
tak pernah sekali kau tinggalkan
diriku sendirian

Ketikaku dalam kedukaan
kau mendakap penuh pengertian
disaat diriku kehampaan
kau setia mengajarku
erti kekuatan

Terpancar kebanggaan
dalam senyummu
melihatku berjaya
bilaku kegagalan
tak kau biarkan
aku terus kecewa
dengan kata azimat
engkau nyalakan semangat
restu dan doa kau iringkan

Tak dapatku bayangkan
hidupku ayah
tanpa engkau disisi
semua kasih sayang
yang kau curahkan
tersemat dihati.....

ya..pergorbanan ayah tercinta tidak dapat digambarkan..betapa besarnya pengorbanan ayah..tanpa ayah tiada aku di dunia ini..

airmata mengalir lagi..tak dapat dibendung...

ayah...
aku terlalu merinduimu..bilakah kita dapat bersua..

ayah...
aku sayangkan ayah..Kenapa kita dipisahkan??
Kenapa kita tak dapat bersama seperti mereka2 yang lain..terlalu dalam kerinduan ini pada mu ayah...

ayah...
diri ini ingin mengucup pipimu..mengucup dahimu...
diri ini bersama meluangkan masa denganmu..
tapi...
apakan daya...jarak memisahkan kita..

ayah...
ketahuilah diri ini terlalu merindui diri mu..rindukan belaianmu..kasih sayangmu
setiap malam diri ini berdoa agar dapat bertemu denganmu..

ayah..aku menyanyangi dan merindui mu walau pun engkau tiada lagi di dunia ini!!

SELAMAT HARI BAPA...ingat anak anak pengurbanan ayah dan ibu tanpa mereka siapalah kita...


17 June 2011

Anak2ku dan badminton

Aku baru ja balik dari men badminton
Papa minat badminton, anak2 dah gian nak main
Kalau tak bawa pergi mesti bising
Mula2 tu janji kalau esok tak sekolah boleh ikut
Tapi dah genap sebulan ni
Setiap jumaat malam papa booking 1 court special 
1 jam ja pun...
Untuk train anak2 men badminton
ha3 berangan anak2 nak jadi pemain negara suatu hari nanti
Semangat kesukanan anak2 aku tu memang ada
Sama naik ngan semangat makan..ha3
Mana taknya.. keluar ja dari pintu ja
Terus nampak stall burger
Men 1 jam, pastu bantai burger 2 bijik...
Lepas makan terus tido.. erm letihnya anak2ku


ps : maaf.. hari ni sibuk skit.. n dan lewat ni.. letih sudah.. yg mn saya xsempat singgah, jgn marah.. saya pasti singgah tapi lewat sikit la..

Nak ambik ka duit tu...?!

Ini bukan kes curi tau..
Tapi pernah tak terjumpa duit?

Ingat lagi aku darjah 6..
Biasanya setiap aku n the geng lepak kat Taman Mainan yg tak jauh dari rumah, area kampung tu jugak la.. Selalu kami ronda2 ngan basikal n borak2 ja mengisi waktu lapang. Petang tu ketika tengah kayuh basikal sorang2 nak jumpa geng. Pastu ada sorang apek nek motor lalu tepi aku. Dalam hati lajunya apek ni.. Bila aku panggung kepala tengok apek tu.. tengok2 melayang keluar dari poket dia not RM50, 2 keping. Tunggu apa lagi, line clear la dah takda orang, aku ambik n belanja kawan2 makan minum.. RM100 tu.. macam anak raja la kami petang tu.. beli keropok, air tin, ais krim, coklat.. tapi xlama tu duit aku hilang berganda dari duit org yg aku ambik.. n sejak tu aku xberani dah nak ambik duit orang.

Pernah dengar tak, pesan orang tua2.
Kalau terjumpa duit, jangan ambik duit tu nanti duit hilang hilang berganda dari duit yg kita hilang. Tapi kalau nak ambik jugak.. Letaklah apa2 ganti ditempat duit yg kita jumpa. Contohnya kalau kita jumpa duit RM10, ambillah ganti ngan 10 sen or ranting kayu kat sini. Kalau tak duit kita akan hilang berganda.

Ha3 mungkin juga ada yg nak tergelak..
Leh plak ganti RM10 ngan 10 sen..
Kenapa nak ganti? Takut kat sapa?
Ya ka leh hilang duit kita berganda?
Tak baikkan caya.. benda yg tak sahih.

Kesianlah kat orang yang hilang duit tu..
Mungkin dia orang susah..
Tentu dia susah hati sekarang ni..
Kita pulak suka hati dok joli duit dia..

Teringat kejadian tahun lepas..
Aku ngan Hubby pergi Nat (bahasa org perlis yg maksudnya pasar siang)
Selepas membeli kami pun menuju kat motor, nak balik dah la.
Tiba2 makcik tu tanya, "adik.. adik.. duit adik ka jatuh tu?" sambil tunjuk ke arah RM50 yg berhampiran motor kami. Jadi, teraba2 gak la dalam poket. Kot2 memang hak kami. Tapi memang bukan jadi kata ja bukan. Makcik tu dok tanya2 lagi kat orang2 lalu depan tu.. Tiba2 seorang lelaki dengan slamber lalu terus ambil duit tu tanpa bersuara pun. Tapi dalam hati aku.. aku tak rasa dia empunya duit yg hilang tu.. korang rasa?!

Semalam aku jumpa pulak duit kat depan pintu masuk pasaraya. Tapi aku takut nak ambik. Aku cuma bagitau hubby n dia terus ambik duit tu..
Yang hairannya xda sapa pun dok lalu lalang time tu..
Aku pun mula tak puas hati dok tanya soklan macam peluru..
"Papa, duit sapa lah tu?"
"Ada nampak cam org tengah cari duit hilang tak"
"RM90 tu.. nampak macam dia baru tukar duit ja.." (RM50x1 RM10x4)
"Mesti dia tengah susah hati kan..ermm"
"Entah2 dia tu org susah..ada duit banyak ni ja"

Sekali papa kata..
"Mama ni.. leh tak stop.. adoii orang taulah nak buat apa. Bukan nak ambik tapi xnampak pun kelibat orang yang tercari2 duit hilang. Pastu kalau duit ni kat guard tu mesti lesap la..Takpa kita tolong dia wat amal ngan duit nii.."

Fuhh lega rasa..
Yang pastinya aku taknak bersuka ria di atas kesusahan org len..
 
Korang plak nak wat apa kalau jumpa duit camtu?
 

16 June 2011

Aim and Trick

Tak lama dulu..
Agak2 lebih kurang sebulan sudah la..
Mama tengah bancuhkan susu Omega buat papa..

Mama  : Ok Pa.. dah siap susu ais.
Syakir : Wow! Adik nak jugak...
Mama  : Ni susu Papa.. Adik xleh minum yang ni.
Syakir : Awat plak..?! Adik nak yg tu gak..
Mama  : Susu adik tu untuk bagi kuat. Susu ni untuk orang sakit pinggang.
Syakir : ermm
Mama  : Nt Mama buat len utk adik.



Minggu lepas..
Mama tengah sapu sampah kat luar..
Tiba2 Syakir datang sambil pegang pinggang.

Syakir : Mama.. Mama.. adik sakit pinggang ni..
Mama  : Aik?! Awat plak kena apa?
Syakir : Xtau la.. adik sakit pinggang ni.. (buat dengan muka2 sekali)
Mama  : Kalau camtu, adik ambil botol susu meh mama bancuh.. minum susu nt oklah tu.
Syakir : Takpa adik minum susu papa yg dalam peti ais ni la..
Erm patutlah.. rupanya dia dah aim dah...hu3

Malam tadi..
Mama bancuh Omega kat papa..
Tapi kali ni Omega panas..
Syakir mula menempek..

Syakir : Papa, adik sakit pinggang la..
Mama  : (tersenyum ja.. taktik sama nampak..)
Papa   : Sakit pinggang. Adik watpa sampai sakit2 pinggang?
Syakir : Adik tolong wan angkat baja tadi.

Tergelak kami..
Padahal dia nak minum susu Omega tu..
Takleh nak bagi kat dia sebab xsesuai dgn umur dia tu..
Tapi dok minta2 sgt... bagi gaklah rasa.

15 June 2011

Komen oh komen...

Salam buat blogger2 juga yg gemar blogwalking
Blog tanpa komen rasa macam tak berseri ja kan?
Tapi ada juga jumpa blog untuk read only
Masing2 dgn citarasa sendiri la kan.. :)

Bagi aku, aku suka korang singgah sini n tinggal jejak
Sebab boleh la aku jejak balas kat blog korang
Boleh tambah kenalan
Boleh berkongsi rasa dan pendapat
Tapi bila kena puji tu, senyum meleret.. 
Korang leh nampak ker hah? hi3
Nak sound pun aku terima
Tegurlah sebab dgn teguran tu buat aku juga blog ni bertambah baik

Jadi, tinggal la jejak..
Aku hepi sangat sebab rupa2nya ada juga yg sudi nak singgah
Rupa2nya ada juga yg nak kawan
Rupa2nya ada juga yg alert

Ada ka yang dok tertunggu2 aku komen..?
Perasan saja kan.. ha3

Sejak kenal senyum-senyum ni...
Aku banyak belajar tentang blog dengan dia
Toce sifu.. sebab sudi mengajar menjadi blogger yg agak berhemah
Rajin2 tu pergi la kat blog dia.. 
Banyak info, juga selok-belok blog dia sentuh
Baru2 ni pun dia ada post ni untuk renungan bersama
Tak rugi la.. selain tu aku suka ikut cerita maisara
Ayat kipas la plak.. tapi xbetul xkata la..

Jadi, setiap kali aku pergi bw..
Mesti aku tinggal komen yg beridentiti k..
Maaflah dah lama aku tak beranon (anonymous)
Kan ada nama, watpa nak jadi cik anon plak
Jujur la.. dah kau komen gitu..
Luahan dari hati sanubari..
Watpa plak nak takut org tahu kita yg komen?!

Tak la kisah sangat kalau takda orang nak komen..
Ya ka? Ayat leh caya tak ni.. 
he3 ayat penyedap rasa ja tu..
Ambil hati sendiri..
Tapi yang ada yang marah lak sebab aku tak komen kat blog dia
Ya la kau pun men jalan2 pusing2 tengok blog aku tak komen
Jadi fair la kan..
Sama2 jadi silent reader..
So, takleh nak marah2 la..

Relaks la ikhlas cakap..
Aku tak pernah paksa korang komen
Tapi aku hargai komen korang yg ikhlas tu
Tapi...
Bagi aku..
Cuba renung2kan semula
Mungkin dia jenis sesedap rasa
Mungkin ada part of n3 yg sensitif or yg xsepatutnya kita sebut
Mungkin juga ia sebuah kebenaran atau hakikat yang kita tak nampak
Kadang2 org yang selalu follow n3 kita secara tak langsung..
Kenal kita juga mungkin sayang kita as friend (walaupun hanya di alam maya)
Kenal diri kita melalui cara penulisan kita
Dan dari lubuk hati ini...
Tiada terlintas langsung untuk menyakitkan hati sesiapa..

Setia



Cinta perlukan kesetiaan..
Namun begitu, kesetiaan tak cukup untuk mengharungi percintaan jika hanya sebelah pihak menghargai..
Cinta itu melibatkan rasa dua jiwa yang ikhlas dan tulus..
Bila setia itu harus disandarkan?

Kenali dia.. juga family dia..
Zaman sekarang macam2 boleh jadi..
Tiada yang mustahil..
Saya ni pompuan malu la....
Malu? Balik makan bahulu la..
Perempuan juga ada hak untuk kenal siapa yang bakal menjadi suaminya

Tahi lalat

Bila terpandang iklan cer cerita cinta di tv..
Syakir : Papa, apa benda tu? Bulat2 hitam2 kat pipi dia tu?
Papa   : Oh, tu tahi lalat.
Syakir : Tahi lalat?!
Papa   : Masa di kecik2 dulu, lalat berak kat pipi dia..
Syakir : Ooo
Itulah bila papa layan anak2..

14 June 2011

Adakah dia untukku?

"Mungkin Tuhan menginginkan kita bertemu dan bercinta dengan orang yang salah sebelum bertemu dengan orang yang tepat, kita harus mengerti bagaimana berterima kasih atas kurniaan itu."


Pasti ramainya pernah tahu tentang ini kan..
Dan ramai juga banyak pengalaman bercinta yang berbeza2..
Tapi juga yang bertuah kerana cinta pertama kekal sampai ke alam rumahtangga..

Bercinta bermakna proses mengenali satu sama lain.
Tapi bukan 100% kita akan mengenalinya tika bercinta
Sebab bila kita menjejak kaki ke alam rumahtangga barulah sikap sebenar akan terlihat dgn sendirinya.

Soalnya bagaimana kita tahu dia yang terbaik kita?

13 June 2011

Syakir wif belon

Saja nak wat kenangan kat blog ni
Kisah Syakir ngan belon
Budak mana yg tak minat belon?! Ada ka?! Xda kott
Ini masa Syakir pergi lawan tarik tali hari tu
Ada belon perasmian..
Dari jauh aku tengok ramainya yang minat ngan belon ni..
Bila ditiup angin naik turun..
Ada pulak budak2 yg saja tarik2 macam cubaan nak ambil belon ja..
Dalam hati, " Hai sempat ka tuanku nak rasmi ni"
Tapi nasib baik selamat dirasmikan
Bila dah rasmi ramai pulak yg berebut nak dapatkan belon2 tu..
Termasuklah Syakir..
Walaupun dia duduk jauh dari belon tu..
"Mama, boleh tak adik ngan ambik gak belon tu?"
Mana taknya.. tengok ramai yg dok berebut..
Belum sempat mama nak jawab ya ka tidak..
Syakir dah berlari ke arah belon..
Mama pun follow la..

Belon yg sempat aku capai. Mama offer kat Syakir, tapi dia cakap.. "xpa.. adik ambik sendiri" 

See.. ramaikan yang berebut.. Mak2 budak pun sama naik..ha3
Syakir.. dok tunggu situ ja.. sapa nak bagi..
Last2 ambik gak belon yg mama offer tadi.
Mama ikat kat benang kat jari dia. Mana tau nt terbang, teruklah mama nak cari len.
Hepinya dia dapat men belon walaupun matahari atas kepala.

Beralih hari..

Salam semua..
Hari ini banyak yg berubah..
Yang menang AF9 semalam pun, hari ni dah lain la yerk..
Mungkin akan sibuk menjadi artis..
Tahniah buat Hazama..Kawtim.. juga yg lain2

Hari ni dah habis cuti tau..
Pakat kena pergi sekolah baliklah..
Teruknya Rafiq pagi ni..
Dah siap2 leh plak tertido kat depan tv..
Jalan masuk dalam kereta lepas aku kunci umah tengok2 la la tertido plak..
Sakan sungguh la..
Tapi leh plak buka mata nak singgah kedai beli nasi wat bekal..

Syakir plak..
Nak kejut bangun pagi..
Banyak tempat sungguh dia ubah..
Last2 angkat terus masuk dalam bilik air..
Lepas mandi, dah ok..

Cuti lama sangat... camni la..hu3

12 June 2011

Hari Cuti = Hari Family

Hari2 cuti ni korang pergi mana?
Jalan2 makan2 shopping2...

Saat yg paling best untuk mengisi hari minggu bagiku tentu bersama family tersayang
Tak kira la dok lepak kat umah pun syok sgt..
Tapi kalau dapat jalan2 nikmati keindahan alam bersama family lagi best.
he3 ikut budget la..

Minggu ni kami rest kat umah ja..
Sebab minggu lepas tak lekat kat umah..
Anak2 ada program sempena 
Ulang Tahun Tuanku Raja Perlis yg ke 68 tahun
Letih la kalau tiap kali hari minggu asyik kat luar ja..
Dah la hari2 keluar.. pergi kerja..
Kadang2 sampai rindu nak lepak kat umah..
Bagi aku, aku lebih suka habiskan masa di rumah..
Mana ada boring.. Macam2 leh buat..
Kadang2 rasa tak puas nak dok kat umah..
Korang camna? Sama ka tidak?

Opps ni gambar kenangan anak2ku 
di program Ulang Tahun Tuanku Raja Perlis minggu lepas..
layannnzz

Dok ready nak bertarung ni..
Semangat tul dia tarik tali.. tapi xda rezeki nak menang..
YM Tunku Raja Muda Perlis menjemar duli bergambar kenangan bersama kanak2  yg berkumpul membentuk nombor 68. Syakir tak join budak2 tu.. xmau dah letih dah kot.. tapi time ni sibuk suruh aku snap sambil dukung dia..hu3
YM Tunku bergambar dgn team futsal Rafiq
"Saya sebut 1 Malaysia, semua lompat ke depan, k" "1 Malaysia!!"
YM Tuanku buat lambungan bola penentuan.
Game dah mula.. Rafiq boh gol tapi dalam 3 game main, 1 game ja menang.. so, xdapatlah ke peringkat seterusnya.
Lepas habis program tu..
Syakir : Adik kena makan banyak2 bagi kuat.. nanti tarik tali plak, menangg..
Rafiq : Papa, papa kena tolong Rafiq berlatih lagi bagi lagi terror.. Rafiq nak boh gol banyak2 tu..

10 June 2011

Bangun pagi..

Dari Komik Piza dalam Utusan Malaysia Sabtu 28 Mei 2011

Anak : Abah! Abah! Bangun la.. dah pagi ni..
Abah : Hari ni kan cuti.. biarlah abah bangun lewat skit..
Anak : Tak boleh. Cikgu cakap, kalau malas bangun pagi... nanti rezeki tak masuk...
Abah : Kalau hari bersekolah.. bukan main liat lagi dia nak bangun pagi.. tapi.. waktu cuti, boleh pulak bangun pagi..hrmm..

Semua kanak2 memang dah fesyen ni dah kot..
Anak2ku pun sama..
Hari cuti kita ada kat umah..
Taknak la kejut dia.. tapi senang plak bangun awal...
Bila time kita ada kerja/sekolah or nak ajak pergi mana awal pagi..
Kemain liatnya nak bangun...

Macam la pagi tadi..
Kejut2 tak bangun..
Jadi angkat la dua2 masuk kereta nak antar pergi rumah tok depa
Elok masuk dalam kereta, jaga la..
Rafiq plak siap tanya esok mama kerja tak? Papa kerja tak?
Bila aku jawab, a'ah kerja la..
Terus dia kata, hah! malam ni abang kena tido kat umah tok.
Punyalah sayang ke tido.. sanggup tu nak tido umah tok dia
Tapi kena bangun awal gak.. kena p ngaji...:P

09 June 2011

Gelak ka nangis ni?

Adohaii..
Pernah tergelak sampai tergheyau ka?
Isk3 gelak sampai terkeluar air mata...

Hari ni buat aku jadi camtu..
Alkisahnya aku on fb n saja on9 chat..
Mula aku tak taip apa2 pun..
Pastu bila ja aku taip, pc kat opis terus hang fb
fb ja yang hang yg len ok..
Tu pasai aku leh lepak kat blog korang..
Ingatkan biasalah.. sure tak sampai apa yg aku tulis..
Dok sat tu 1 of members yg tgh chat tadi sms
"awat hang ni dok ulang tulis benda yg sama?"
So, aku bgtau ja yg pc opis aku gelong..
Time out la untuk fb kot..
Rasanya opis aku ja kot yg pelik camni..
Bila sampai kat umah aku terasa teringin plak nak tau apa yg depa dok chat tadi
Bila aku baca...
Korang baca la sendiri..



Adooii sakit perut aku..
Ayat yang aku taip sekali ja
Kat penang hgpa nak wat bulan bila weii?


08 June 2011

Habuan main.. asyik sangat la tu..

Banyak nak story ni..
Tapi ni lagi fresh baru snap ja..


Nampak tak kat kening Syakir..
Terkejut gak bila balik kerja tadi
Tanya dia kenapa muka jadi camtu..
Dia sendiri pun heran..
Punya la dok main..
Sakit pun tak terasa..
erm nasib baik tak kena mata..

Then, masa lepas ja aku snap gambar ni
dan tunjuk kat dia..
Terus dia cakap nak pinjam tudung mama lah..
Nak cover line la tu..


Sapa suruh main sampai camtu..
Kan dah tak hensem...  :P


I'm back

Salam semua..
Maaflah aku dah lama tak on blog..
Sakit kepala ni...
Tapi dah ok skit..
Ada banyak nak kongsi..
Tapi today mood malas nak citer..
Jadi hari ni aku nak terjah blog korang ja...
Tungggu.... aku datang ni...

02 June 2011

Duit di mata dia..

Ada yang tak kenal duit ka?
Rasanya zaman sekarang ni budak2 kecik, boleh2 ja cakap dah kenal duit..
Ada tu duit kenal dulu dari boleh cakap..

Dulu.. kata orang tua2, " ish! budak2 takleh pegang duit banyak2.."
Sekarang.. ada kanak2 yang dah ada wallet sendiri.

Macam anak2ku..
Duit2 yang orang bagi semua nak simpan sendiri dalam purse
Bila mama or papa tolong pegang..
"Mama/Papa ambik duit abang tak bagi balik.."
Bila Mama or Papa minta pinjam sebab takda duit kecik..
"Mama/Papa pinjam duit abang tak bagi balik lagi kan..."
Tapi purse depa aku minta simpan alasannya..
"Mai Mama simpan takut nanti hilang, kan susah.."
Kalau xjalan juga..
"Ish! Tak boleh.. nanti kalau orang tengok abang ka adik pegang duit banyak nanti org ambik.. Takpun orang jahat culik mcm dlm cerita GBS tu sebab dia ingat abang ngan adik orang kaya... erm nak ka camtu?"
Jadi mam ja yang simpan.. tapi selalu minta nak tengok kot2 mama ambik duit depa..haru tul la..

Duit tu kenal tapi nilainya?
Belum kenal pun... sebabnya
Bila Mama or Papa minta tukar RM10 sekeping ngan RM1
Jadi 10 keping la RM1 kan..
Tapinya..
"Mama/Papa mana aci.. habis la duit abang"
La sama ja kan..
"Mama/Papa ambik banyak tapi bagi sekeping ja..hu3"

Start umur berapa kena ajar nilai duit ringgit ni?
Aku pun tak pasti bila waktunya
Tapi aku kena ajar Rafiq tentang duit..
Tahun depan dah darjah 1
Nanti kat kantin sure nak beli2
Masalahnya dia sekarang ni cuma tau bagi duit
Tapi taktau berapa duit baki
Susahkan camtu?!

Jadi aku start ajar dgn guna kaedah ni..


Setakat ni alhamdulillah Rafiq mau ikut
Katanya seronok..
Dan siap pesan nanti mama buat yang susah2 plak..

Korang ada pendekatan lain tak?! 
Jom Kongsi..


01 June 2011

Driver baru

Amacam ada berani ka nak naik kereta dengan driver ni?


Nak start kereta pun kena org tolong nih?

Kita tengak plak aksi dia bila nak tekan break ngan minyak...?


Selamat ka nak sampai ke destinasi ni..? he3

Ayat hari ni..

"Orang sudah tutup cerita, u bukak balik... apa pasai...?"

Ayat pembuka n3 untuk hari ini..
Pernah jadi orang yang sebut ayat di atas?
Or pernah jadi orang kena tuju ayat ni?

Kenapa jadi camni...

Terlepas keretapi kot..
Maksudnya orang dah habis bincang dia baru muncul diri di saat2 akhir
Or
Pick up slow..
Mungkin ada yang tak berapa nak faham/ memang tak faham2
Or
Panas enjin ni..
Hah! Mau cari gaduh ka?

He3 biarlah kat depa..
Kalau aku bukan orang yang bertanya atau ditanya..
Malas nak ambik port..
Dengar2 kot jauh ja la..
Mulut zip.. Nanti kecoh plak..
"Naik motor pakai helmet dulu wei.."
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...