30 December 2010

Baik2 Saja..


Kata Fadilah Come To Me, " Buat baik berpada2, buat jahat jangan sekali. Kenapa jangan sekali? Buat banyak kali takpa. Macam aku. Ha3."

Kalau kita nak orang baik ngan kita, kita pun kena rajin2 buat balik dengan orang..
Tak rugi buat berbuat baik ni, orang pun suka kita dan mungkin agak mudah nak minta tolong orang tika kita dalam kesusahan. Itulah resam hidup, buat baik dibalas baik...

Namun tak semua yang kan kita hadapi dalam hidup ini indah belaka. Akan ada pahit manisnya kehidupan. Kadang niat baik juga boleh disalah erti. Semuanya bermula dari hati. Kalau tak suka, buat baik macam mana pun mungkin terselindung dek awan gelap yang melitupi hati tu.

Tapi janganlah kita jemu untuk berbuat baik kerana tak mungkin ianya akan sia2. Insyaallah kejernihan hati yang mulia itu akan terpancar juga memecah litupan awan gelap itu.

Bak pesan arwah ayahku, "Buat baik jangan jemu, buat jahat jangan sekali."

29 December 2010

Resah Hati 5

Adikku sayang.. 
Hanya deraian airmataku yang mampu menjawab pesanaan ringkasmu..
Hati ini terguris dengan sikapmu.. 
Namun aku takpernah menaruh dendam di hati.. 
Adikku, maaf telah ku beri tapi hati ini juga hati ibu terus kau lukai.. 
Kenapa dik? 
Apa yang dapat kami janjikan ialah menyerahkan kebahagian yang kau impikan.. 
Sabarlah adikku, kebahagian itu pasti jadi milikmu.. 
Doa2 kami sentiasa bersamamu.. 
Insyaallah.. Semoga dimakbulkanNya

Kerja lagi..

Dush!Dush! Dush! Nak...! Ambik kau.. Cuti lama sangat.. Mau kerja tak bertimbun2 kat opis.. Ada siapa2 yang mau tolong ker..? No body?! Xpalah.. Relaks.. tarik nafas.. boleh buat punya tapi takleh kalut2.. Kerja mesti mau abih, kualiti mau ada jugak..

28 December 2010

Engkaulah Ratu Hatiku

Salam.. Bersua kita kembali.. lamanya cuti berblogging nii.. rindu sangat..
Selama 1 minggu ini.. macam2 yang ku harungi..
suka + duka + letih + tawa + air mata..
Semua tu mengajarku membawa aku melangkah ke depan dengan lebih matang..
Walaupun statusku adalah isteri orang tapi kasihku tanggungjawabku pada mak, belum terputus. Mak adalah segalanya.. Alhamdulillah, aku diberi peluang memiliki seorang suami yang matang dan bertanggungjawab. Dia beri aku sedikit kebebasan untuk meluangkan masa bersama mak, berkongsi rasa dengan mak. Terima kasih abang kerana izinkan sayang membalas jasa mak selama ini. Walaupun ku tahu, terlalu sukar untuk membalas harga setitis susu ibu namun tak bermakna aku menyerah kalah tanpa berbuat apa2pun untuknya. Mak.. orang sayang mak. Orang takmau mak sedih2.. Kalau boleh orang nak hapus airmata mak tapi sapa lah orang ni.. tapi orang janji, orang akan jaga mak, orang akan doakan mak bahagia di samping semua anak2 mak.. Insyaallah mak, minggu ni orang balik sana. Bukan sebab orang lain tapi sebab mak.. Mak, kita doakanlah agar dia bahagia sebagaimana yang diimpikannya.. Semoga dengan redha mak, doakan kita diperkenankan olehNya.

Oopps! emo plak.. korang semua tolong doakan ketenangan hati mak saya, ya..
Terima kasih banyak2.. luv u all..

"Mak, kaulah Ratu Hatiku.."

Kamal & Ekin

Doakan juga buat dua merpati sejoli ini agar meraih bahagia.. Cinta sampai ke Syurga..

21 December 2010

Boleh aja buat kerja..

Wah... penatnya hari wat kerja opis..
Hari ni plak kena turn jaga kaunter..
Rasa masa tu lambat ja berlalu..
Bosan tau dok situ..
Rasa macam terasing plak ngan kawan2..
But taklah terasa sangat2 bosan giler...
Sebab aku tak dok tunggu orang datang saja kat depan kaunter tu..
Banyak gak kerja yang dapat disiapkan..
Tak best sikit sebab no music la kat situ..
Nanti nak save kat pendrive masukkan lagu kat pc kaunter la..
Baru mood pun fresh kan..
But kena jaga2 juga tak leh pasang kuat2
Nanti kena complain plak.. sendiri yang susah..
2 hari ni bukan nak tunjuk kerajinan sangat
Tapi nak cover nak cuti la..
Ehem3 kalau leh esok nak settle kerja, nak balik awal..
Nak balik Penang.. kenduri.. kenduri..

Kembali pada topik..
Apa yang aku belajar di tempat kerja hari ni:
Kerja kena guna akal..
Plan, make sure n start..
No body perfect but try to all out..
Sapa pun nak kata apa..
Kita dah usaha sedaya mungkin..
So, kita pun puas hati
Betul kan?

Ada suara dari opis ni :
Apa nak kita takut @ risau kalau kita betul..

Ada juga bagaikan cacing kepanasan coz ada kata2 yang terkena tepat atas batang hidung kot..

Tugas hari ni:
Aku dah clear.. Esok sambung lagi kerja..
Selagi ada kudrat kena kerja la..
Jangan tipu2 wat kerja..
Biar orang len tak nampak..
Tapi Tuhan nampak..
Kalau tak betul.. Nt ko jawablah kat sana..
Sendiri mau ingat na..

20 December 2010

Refresh skit my blog..

Seronok baca blog orang..
pandai sungguh mengatur kata2..
Menarik dan seronok bila dibaca..
My blog?!
Saya tak pandailah nak atur kata2..
Saya tak pandai juga nak cari idea..
Ada tips ker?!
Best juga kalau ada yang sudi berkongsi..
Berserilah sedikit blog nii..
Taklah suram jerk..

Anyway, ni gambar bunga tangan yang mengiringi rombongan pengatin lelaki di Majlis Persandingan di Kempas, Johor Bahru baru2 ni. (Adik laki kawen da..).

Kalau korang pandai..
Teka apa isi dalam karung bunga telur tu?
Amacam?! Ada berani..
Ni idea dari my mom..
Special untuk orang Johor..
Cubalah teka..

19 December 2010

Yang Mana Satu?!

Today kita cuti lagi...
Hari ni tak pergi mana2 kot..
Petang semalam dah keluar pergi cari beras pulut hitam nak buat bubur..

Sebelum 2 ada pergi tengok Teratak Kasih RS..
Orang tengah pasangkan tile..
Then terfikir plak bab langsir nii..
Wat pattern apa? Tapi yang penting sekarang ni nak cari kaler matching ngan dinding..
Dinding ruang tamu dah pilih kaler grey..
Cat dah beli tapi belum sempat nak cat lagi..
Rasa2nya warna langsir mana yang sesuai yerk..

Yang mana cantik ekk...
Yang nii?!


kalau nii?
nii?

Nii plak...

ini...
atau yang ni

yang camni ok gak..

16 December 2010

Mama Kembar 3 Buat Giveaway, Yay!

 Harini baru on blog kesayangan ni.. n kena plak tag ngan Alin Marlini.Sempena dengan ulang tahun perkahwinan Mama Kembar 3 yang ke-6, dia telah anjurkan Mama Kembar 3 Buat Giveaway, Yay! (Sticky Post)  hehehe. Camna ekk nak join this contest?! nak Join ni la.. saja suka2..


Now, try nak cukupkan syarat contest..


Syarat2nya:-



1. Terbuka kepada semua yang mempunyai blog, warganegara dan mempunyai alamat di Malaysia - yup! I'm Malaysian blogger

2. Buat entry di blog korang mengenai giveaway ni dengan tajuk: Mama Kembar 3 Buat Giveaway, Yay! tengah wat entry ni la..

3. Jadi follower blog "Mama Kembar 3" DAN "Itsy Bitsy Secrets"dah jd follower ke 1063 Mama Kembar3 (Best blog nii dapat kongsi pengalaman..) n follower ke 337 Itsy Bitsy Secrets ( ada telekung, brooches, barangan victoria's secret)

4. Copy & letak gambar banner giveaway ni di entry dan sidebar blog korang beserta link nya- dah

5. Tag sekurang-kurangnya 3 orang untuk join giveaway ni & maklumkan pada diorang yer - blueCITY, Sue n Lady Dea korang kena tag niii

6. Tinggalkan url link entry and ID follower korang di ruangan komen post ini - ok

7. Hadiah berupa barangan Victoria's Secret & Telekung Travel ditaja oleh Itsy Bitsy Secrets ~ WAJIB sebut tentang hadiah ni dalam entry korang yer

Dan inilah hadiah-hadiahnya:

Hadiah Pertama:
Pure Seduction Midnight Body Lotion + Body Mist + Telekung Travel


Hadiah Kedua:
Island Waters Body Mist + Telekung Travel
  Hadiah Ketiga: Telekung Travel

Pemenang akan dipilih secara cabutan bertuah oleh Mama & Ayah.

8.  Tarikh tutup: 6 Januari 2011

Ps: saya dah cuba, awak plak try tengok...

14 December 2010

Besday Adik hari ni...


14.12.2007 tarikh keramat yang akan ku ingat sampai ke akhir hayat ku.Insyaallah..
Hari ini Razif Syakir dah genap 3 tahun. Saat2 melahirkannya masih tetap segar di ingatan.

Selamat Hari Lahir sayang mama..
Semoga adik cepat belajar... No more nakal2.. Kena banyak makan makanan berkhasiat.. da sihat selalu..

Today papa p kursus.. maybe lepas ni kita celebrate besday adik k..

13 December 2010

Hari Bahagia

Kamal & Ekin

Benarlah kata pepatah, kalaulah jodoh tak ke mana..
Akhirnya, adik ku dah selamat diijabkabulkan...
Semoga meraih bahagia hingga ke syurga..

06 December 2010

Very The Busy Woman La Lately..

Wah! Lamanya tak singgah menconteng kat blog ni..
Akhir2 ni rasa macam super woman pun ada.. Jadual padat sangat..
La ni dah masuk disember, bulan pengabis tahun..
Cepatnya.. rasa macam baru ja x-mas hari tu sibuk ngan majlis tunang adik..
Tup2 dah nak x-mas lagi..
Sebab ni la aku sibuk sikit.. 9hb ni trip Penang to JB..
Majlis akad nikah adik 10hb, kenduri sebelah perempuan 11hb..
Semoga semuanya dirahmati Allah..
And one more reason kenapa aku teramatlah busy..
He3 sibuk menyiapkan Istana Kasih....

03 December 2010

Maafkan aku, sayang...


Bila aku salah
Tolong maafkanlah
Ku tak ingin membuat
Kau menangis

Aku tahu kau marah
Aku tahu kau luka
Tapi jangan paksa
Tuk berpisah

Aku ingin selalu bersamamu
Walau senang walau kita susah
Mungkin aku salah di matamu
Mungkin aku lemah di matamu
Tapi tak pernah terpikir
Kau pergi tinggalkan aku
Bila aku salah di matamu
Bila aku lemah di matamu
Ku hanya bisa memohon
Maaf atas salahku
 

01 December 2010

... :-(


Entah kenapa aku perlu sakit hati denganmu..
Entah mengapa aku tak ingin dekat denganmu..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...