30 October 2010

Akrab Persahabatan

Sesegar hijau daunan
Begitulah kita diibaratkan
Tiada siapa yang bisa memisahkan kita
Antara kita semua

Seerat simpulan yang tidak terbuka

Seteguh langit tinggi menongkah dunia
Kita mengharung badai atas nama
Kasih insan bersaudara

Buang yang keruh ambil yang jernih

Dendam hasad dengki mestilah dijauhi
Marilah contohilah Rasullulah
Di dalam bersahabat
Ukhuwah dan mahabbah kita jalinkan
Bina keharmonian

Sesegar hijau daunan

Begitulah kita diibaratkan
Tiada siapa yang bisa memisahkan kita
Antara kita semua
 




Ya Allah.. 
Sungguh ku terharu dengan kurniaanMu padaku..
Mengalir airmataku tanda syukur padaMu, Ya Allah..

Ya Allah... 
Kau telah bukakan mata hatiku untuk untuk melihat juga menilai sucinya sebuah persahabatan yang terbina ikhlas atas redhaMu

Ya Allah..
Ku panjatkan syukur padaMu kerana anugerah sahabat sejati untukku
Walaupun sekejap saja kami Kau satukan, Kau temukan
MasyaAllah ikatan ukhwah yang terjalin atas redhaMu
Masih utuh hingga ke saat ni

Setiap detik kami bersama, tetap segar diingatannya..
Tapi kenapa aku tak dapat bayangan waktu dulu
Aku tak ingat sedikitpun walau berkali2 cuba
Bagaikan aku hilang ingatan
Sayangnya aku tak mampu terbias kenangan lalu
Tapi aku masih kenal dan ingat dia sahabat baik ku sewaktu dulu hingga ke saat ini.

Sahabat... 
Maafkan aku kerana menyakiti hatimu, insan yang sungguh mulia juga istimewa
Saya sayang awak..
Saya rindu awak..
Berilah saya peluang untuk kali ini..
InsyaAllah, ikatan ukhwah antara kita kekal selamanya dengan redha Tuhan Yang Esa.
Terima kasih atas kasihmu sahabatku..


Ya Allah..
Hanya padaMu tempat aku meminta dan memohon
Redhailah ikatan ukhwah yang terbina atas keranaMu
Biarlah kami saling menyayangi keranaMu
Lindungilah kami dari fitnah dan badai yang mampu memisahkan kami




29 October 2010

Kenapa Abang Cintakan Sayang ek???


Dalam satu kisah percintaan yang menarik. Sepasang suami isteri berjalan di tepi sebuah tasik yang indah. Kemudian mereka berhenti di sebuah bangku yang disediakan di tepi tasik. Kemudian si isteri bertanya kepada si suami. Ini dialog mereka

Isteri : Mengapa abang menyukai saya? Mengapa abang cintakan saya?

Suami : Abang tidak boleh menerangkan sebabnya, namun begitu abang memang menyayangi dan mencintai Sayang!

Isteri : Abang tak boleh terangkan sebabnya? Bagaimana abang boleh katakan abang sayang dan cintakan saya sedangkan abang tidak boleh menerangkannya.


Suami : Betul! Abang tak tahu sebabnya tetapi abang boleh buktikan bahawa abang memang cintakan Sayang!

Isteri : Tak boleh beri bukti! Tidak! Saya hendak abang terangkan kepada saya sebabnya. Kawan-kawan saya yang lain yang mempunyai suami dan teman lelaki, semuanya tahu menerangkan mengapa mereka mencintai. Dalam bentuk puisi dan syair lagi. Namun begitu abang tidak boleh terangkan sebabnya.

Si suami menarik nafas panjang dan dia berkata, “Baiklah! Abang mencintai Sayang sebab sayang cantik, mempunyai suara yang merdu, penyayang dan mengingati abang selalu. Abang juga sukakan senyuman manis dan setiap tapak Sayang melangkah, di situlah cinta Abang bersama Sayang!”

Si isteri tersenyum dan berpuas hati dengan penerangan suaminya. Namun begitu selang beberapa hari si isteri mengalami kemalangan dan koma. Si suami amat bersedih lalu berkata kepada isterinya walaupun isterinya masih dalam keadaan koma kerana si suami tahu bahawa isterinya tetap mendengar,

“Sayang! Jika disebabkan suara aku mencintai mu… sekarang bolehkah engkau bersuara? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintaimu.

Jika disebabkan kasih sayang dan ingatan aku mencintai mu…sekarang bolehkah engkau menunjukkannya? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintaimu.

Jika disebabkan senyuman aku mencintai mu… sekarang bolehkah engkau tersenyum? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.Jika disebabkan setiap langkah aku mencintaimu…. sekarang bolehkah engkau melangkah? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.

Jika cinta memerlukan sebabnya, seperti sekarang. Aku tidak mempunyai sebab mencintai mu lagi. Adakah cinta memerlukan sebab? Tidak! Aku masih mencintai mu dulu, kini, selamanya dan cinta tidak perlu ada sebab. Kadangkala perkara tercantik dan terbaik di dunia tidak boleh dilihat, dipegang. Namun begitu… ia boleh dirasai dalam hati.”

Maka menitis lah air mata si isteri yang masih dalam keadaan koma itu…..

28 October 2010

Kisah Kekasih Sejati


Kasih telah terbina sebuah mahligai
Menjadi tanda Agungnya cinta kita
Kasih telah ku binakan sebuah istana

Menjadi tanda cinta sejati

Megah menghiasi taman kasih kita
Dan diringi haruman firdausi
Dikaulah permaisuri di hati suami
Penyejuk mata penenang di hati

Tapi angin yang mendatang
Bagaikan badai yang melanda
Kau pergi dulu tanpa menunggu ku
Kerna takdir ku relakan jua

Kekasih akan ku pahatkan doa ku
Di dalam lena dan jua jagaku
Kekasih akan ku sirami pusaramu
Dengan cinta sejati

Andai takdir kita bersama lagi
Ku ingin hidup bahgia bersama mu



26 October 2010

Pedih menikam di hatiku


Lumrah hidup insan di dunia ini..
Di lahir dan ditempatkan di dunia fana ini..
Tidak sunyi dengan dugaan
Tidak berseri tanpa ujian

Walau setitis ujian
Walau secebis dugaan
Yakinkah kita untuk mengatasinya
Kuatkan kita untuk menepisnya

Kadang kala terasa mampu ku tempuhi
Kadang pula terasa lemah sungguh diri ini
Bagaimana mahu ku himpun kekuatan untuk menangkis semua ini
Di manakah permulaan sebuah keyakinan

Ya Allah..
Hanya padaMu ku mohon sebuah kekuatan hati
Hanya padaMu ku mohon ketenangan hati
Hanya padaMu penyejuk hatiku
 

Hargai Bila Berdua,
Sayangi Bila bersama,
Ingati Bila Terasa Sunyi.
Dan Saling Memaafkan Saat Terluka..

by Iman Al-Haya'

25 October 2010

Penat tapi berbaloi2...

Dah lama tak update blog kesayangku ini..
Banyak story yang nak ku kongsi bersama tapi kesibukan dengan memikul tugas2 harian tanpa suami di sisi (pergi kursus) membuatkan badan ni letih2 dan sakit2. Sebagai seorang isteri + ibu + anak menantu dalam sebuah rumah, memanglah suatu yang bukan mudah untuk dilakukan seorang diri tanpa bantuan insan2 lain yang prihatin. Namun alhamdulillah.. masih ada yang berhati mulia menghulur tangan membantu meringankan beban. Atas rasa tanggungjawab, walaupun adakala sesuatu itu aku sendiri tak pasti akan kemampuanku tapi semangat anak2 juga erti tanggungjawab itu sendiri membuatkan aku terpaksa menggalas sebuah keyakinan. Alhamdulillah.. di mana ada kemahuan di situ ada jalan.

~~ Rafiq dah selamat buat persembahan puppet dgn jayanya untuk Pesta Tadika Rama Perpaduan yang diadakan di Dewan Warisan semalam.
~~ Aku boleh drive keta manual.. (he3 lepas dapat lesen tak pernah pun dapat peluang bawa keta manual.)
~~ Hari ni hubby balik.. dah tamat kursus..

21 October 2010

Ku Tunggu Engkau Datang...



Teringat selalu wajah kekasihku
Ini surga kita tiada yang menguasainya
Tempat kita bersandar dan bertahta
Tenang sayang, ku tepati janjiku
Tenang sayang, ku sambut engkau datang
Ku yakin engkau menjemputku
Yakinkan ku tetap milikmu 

20 October 2010

Pesanan Buatmu


Selamat jalan sayang..
Doaku sentiasa mengiringmu..
Semoga cepat kembali..
Aku mula merinduimu..

Secebis Nota Dari Mak


Kadang2 tu terfikir sejenak..
Ya Allah..
Betapa sabarnya mak ngan ayah mendidik dan membesarku
Bagaimana nakalnya aku diwaktu kecil
Dengan sikapku yang agak degil
Mak ngan ayah tak pernah putus asa
Mendoakan kesejahteraan, kesenangan juga kebahagiaan buatku

Bila kini aku telah bergelar seorang isteri juga ibu
Aku juga tak pernah lupa yang aku tetap seorang anak
Anak mak dan ayah sampai bila2
Walau ayah sudah tiada tapi kasih sayangnya tak pernah lekang di sudut sanubariku

Pada ayah, hanya doa kebahagiaan di sana selalu ku kirimkan
Pada mak, Insyaallah selagi terdaya takkan ku biarkan mak merasa susah

Bila dah ada anak sendiri
Baru ku tahu betapa susahnya nak melahirkan seorang bayi ke muka bumi ini
Tak mudah juga nak membesar dan mendidik mereka menjadi insan yang berguna

Ya Allah..
Permudahkanlah jalan bagi kami untuk membesar dan mendidik anak2 kami agar menjadi insan yang soleh juga insan yang kamil. Amin..


Rs: Sama2 kita berusaha ya...


19 October 2010

Bila Isteri Membalas Puisi Suami Tercinta ...


*** Puisi Si Suami Kepada Si Isteri ***

Isteriku
Jika engkau bumi
Akulah matahari
Aku akan menyinari mu kerana engkau mengharapkan sinaran dari ku..
Ingatlah bahtera yg kita kayuh, begitu penuh riak gelombang.
Aku pasti akan tetap menyinari bumi, hingga kadang-kadang bumi terasa akan silauan ku.
Lantas aku ingat satu hal bahawa Tuhan mencipta bukan hanya bumi,
Malah ada planet lain yang juga mengharapkan sinaranku.
Lalu...
Relakanlah aku menyinari planet lain,
Menyampaikan faedah adanya aku,
Kerana sudah takdir Illahi sinaranku diperlukan di planet lain...


*** Balasan Puisi si isteri***


Suamiku,
Andai kau memang mentari,
Sang suria yang memberi cahaya,
Aku merelakan engkau berikan sinaranmu kepada segala planet yang telah TUHAN ciptakan kerana mereka juga seperti aku perlukan cahayamu
dan...
Akupun juga tidak akan merasa kekurangan dengan sinaranmu...

AKAN TETAPIIIIIIII. .
Bila kau hanya sejengkal lilin yang berkekuatan 5 watt sahaja,
Jangan lah bermimpi untuk menyinari planet lain!!!
Kerana bilik tidur kita yang kecil pun belum sanggup kau terangi.
Lihatlah diri mu pada cermin kaca di sudut kamar kita, di tengah remang-remang pancaran cahaya mu yang telah aku mengerti...
Cuba lihat siapa dirimu...
MATAHARI atau lilin ?
Atau jangan-jangan cuma mancis saja!!!!!

Rs: Jangan Marah Ye.. He3

13 October 2010

Mimpi Indah

Bestnya... Semalam aku mimpikan member2 kolej dulu. Semacam ada reunion plak.. Tapi best sangat aku dapat jumpa teman2 rapatku masa kat Terengganu. Dah lama kami terpisah. Cuma berhubung dikejauhan. Alhamdulillah.. Kita dipertemukan olehNya dalam mimpi. Inilah antara mimpi terindahku kerana aku berkesempatan bersalam dan memeluk kalian. Wannz n Aini.. Aku rindu kat korang.. Entah bila kita kan bersua di dunia realiti. Harap diizinkan Tuhan dipertemukan kita sekali lagi.. Ku doakan korang berdua sentiasa dalam lindungan dan kerberkatanNya. Amin...

12 October 2010

Puisi untuk sahabat

sahabatku………
seberat apapun masalahmu
sekelam apapun beban hidupmu
jangan pernah berlari darinya
ataupun bersembunyi
agar kau tak akan bertemu dengannya
atau agar kau bisa menghindar darinya
karena sahabat…..
seberapa jauhpun kau berlari
dan sedalam apapun kau bersembunyi
dia pasti akan menemuimu
dalam sebuah episod kehidupanmu
sahabatku……
alangkah indahnya bila kau temui ia dengan dada yang lapang
persilahkan ia masuk dalam bersihnya rumah hati
dan mengkilapnya lantai nuranimu
hadapi ia dengan senyum seterang mentari pagi
ajak ia untuk menikmati hangatnya teh kesabaran
ditambah sedikit penganan keteguhan
sahabat…….
dengan begitu
sepulangnya ia dari rumahmu
akan kau dapati
dirimu menjadi sosok yang tegar
dalam semua keadaan
dan kau pun akan mampu dan lebih berani
untuk melewati lagi deraan kehidupan
dan yakinlah sahabat……..
kaupun akan semakin bisa bertahan
kala badai cobaan itu menghantam

11 October 2010

I Want NoBody But You


You know I still love you baby,
And It'll never change.

I want nobody, nobody but you!

I want nobody, nobody but you!
I dont want anyone else
I cant have anyone but you
I want nobody, nobody, nobody, nobody.

Why are you trying, to push me away? I really hate it, you ignore what Im saying.

Why are you trying to send me to other guys?
Why are you doing this to me?

Saying that this is for my own good,

Saying that you are just not enough,
Stop it right now, you know me well enough.
Why are you forcing things that you know I dont like?

I want nobody, nobody but you!

I want nobody, nobody but you!
I dont want anyone else
I cant have anyone but you
I want nobody, nobody, nobody, nobody.

I want nobody, nobody but you!

I want nobody, nobody but you!
I dont want anyone else
I cant have anyone but you!
I want nobody, nobody, nobody, nobody.

Im satisfied, Im happy.

If I have you, I dont want anything else.
Who do want me to meet and be happy with?
I cant be happy away from your side!

Saying that this is for my own good,

Saying that you are just not enough.
Why cant you understand that it makes no sense?
How can I be happy without you?!

I want nobody, nobody but you!

I want nobody, nobody but you!
I dont want anyone else
I cant have anyone but you
I want nobody, nobody, nobody, nobody.

I want nobody, nobody but you!

I want nobody, nobody but you!
I dont want anyone else
I cant have anyone but you
I want nobody, nobody, nobody, nobody.

I dont want nobody, body.

I dont want nobody, body.

Really, if its not you, I hate it!


I want nobody, nobody but you!

I want nobody, nobody but you!
I dont want anyone else
I cant have anyone but you
I want nobody, nobody, nobody, nobody.

I want nobody, nobody but you!

I want nobody, nobody but you!
I dont want anyone else
I cant have anyone but you
I want nobody, nobody, nobody, nobody.

Back to the days when we were so young and wild and free

Everything was like a dream
I want to go back to those times
Why do you keep on pushing me away?
Why do you push me away
I dont want nobody, nobody, nobody, nobody but you. 


Rs: Rafiq tengah hafal lagu nii..

07 October 2010

Kasi Emo Saja...

Langsung tak puas hati ngan bos...
Ngaku ja bos..
Merata alam mengaku dia pengarah...
Padahal... HAMPESS
Baru ja tegur orang bawah pasai Punch Card tapi dia sendiri tak ikut.. leh balik suka hati dia..
Tak kira lah lagi 5 ka 10 minit pun leh balik....
Oppps lupa...BOS..

Camni ka nak suruh orang respek?
Takda tokoh langsung...
Orang semua takleh itu tak leh ini tak leh...
Tapi dia.. segala boleh plak...

Bukan salah nak tegur kami..
Memang kami saja nak suruh tegur..
Sebab selama ni depa2 tu dok buat dia dok cover..
Siap tolong buat kerja dia tu lagi..
Yang kami nii saja protest nampak sangat plak kami engkar.. tak respek

Nak jadi bos biarlah adil..
Nak perbetul orang biarlah kita tu betul dulu..

Panas telinga > panas hati > ringan ja mulut aku nak panas telinga depa2 tu...

Tak puas hati sungguh2
Ada ka meeting 1 jam?! tak dan nak cakap apa2 pun..
Ada ka meeting memo pun tak pakai..
Bukan ada urgent pun.. kalau urgent leh ahh buat mesyuarat tergempar..
Minit pun takda... hishhh... dah la aku kena siap report nak hantar hari ni gak..
Kalau tak memang aku nak masuk..
Tapi dari luar aku dah panas dah sebab terdengar sikit2
Ada plak mulut mai bagi panas tenga ngan hati aku..
Hah! dah la nak cepat2 siapkan report...gangguan la plak...
Kalau tak mesti lagi panas nii
Elok aku siap report nak masuk join..
Meeting pun tamat..
Laa tadi baru panas
Aku baru nak langkah masuk..
Rupanya... Bos nak keluar ambik kawan kat jeti..
Ada ka pulak meeting lagu niii
Sembur2 pastu blah
Bagi kami panas sebab tak da peluang nak defend diri
Hish tak puas hati sungguh la..
Dah tau nak pi ambik kawan, wat la meeting esok ka..
Bada urgent pun...

BENGANG!!!

Bahagia Bila Dapat Bersama

Alhamdulillah...
Sekali lagi aku diizinkanNya merasa nikmat bahagia bersama orang2 yang ku sayang..
Thank You Allah...
Rasa hepi sangat..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...