30 August 2010

Azimat Cinta DariMu


"Sabarlah sayang... Insyallah semuanya kan berakhir tak lama lagi."

Tiap kali hati terasa sakit
Mula terdetik rasa ketidak-ikhlasan dalam hati
Kata2mu itu sering menyapa di kotak fikiranku
Alhamdulillah.. kata2 itu masih segar
dan sering berlegar dikotak pemikiran ku
Kata2mu itu bagaikan azimat di hati ku
Dengan mudah ia mengangkis rasa sakit segala
Hati ini terasa sejuk kembali
Hati ini kian pulih
Terima kasih sayang..
Kaulah penguat semangatku
Kaulah pengubat luka laraku
Terima Kasih Ya Allah
Kerana kurniakan dia sebagai suamiku..

Everytime you feel like you cannot go on
You feel so lost
That your so alone
All you is see is night
And darkness all around

You feel so helpless
You can`t see which way to go
Don`t despair and never loose hope
Cause Allah is always by your side

Insya Allah
Insya Allah you`ll find your way

Everytime you can make one more mistake
You feel you can`t repent
And that its way too late
Your`re so confused,wrong decisions you have made
Haunt your mind and your heart is full of shame

Don`t despair and never loose hope
Cause Allah is always by your side

Insya Allah
Insya Allah you`ll find your way

Insya Allah
Insya Allah you`ll find your way

Turn to Allah
He`s never far away
Put your trust in Him
Raise your hands and pray

OOO Ya Allah
Guide my steps don`t let me go astray
You`re the only one that showed me the way,
Showed me the way
Insya Allah
Insya Allah we`ll find the way
Hidup ini unik dan sukar diduga. Kadangkala apa yang kita rancangkan tak seperti yang kita tempuhi. Kadang kita berdebar dan takut atas sesuatu yang kita rasa akan menjadi beban kita tapi sebenarnya tiada apa yang berlaku. Itulah yang dikatakan segala yang berlaku atas kehendak Tuhan yang Maha Mengetahui.

Pagi tadi, aku tengah naik motor pegi opis. Dah nak sampai sangat2 dah. Bangunan opis pun dah nampak dah. Ada sorang minah ni, bawa motor gak. Ada ka potong orang terus cross masuk parking. Nasib baik aku tak sempat press minyak kalau tak... BAAMM la. Mujur tak jadi apa2.. syukur padaNya.

Masuk opis plak, aku jangka hari ni ramai yang tak masuk opis. Rupanya tak.. ramai gak lah yang hadir. Baguslah camtu kan? Ada semangat nak mai kerja, buat kerja, siapkan kerja2 yang tertunggak. Harap2 semangat tu dapat bertahan sampai abih waktu kerja la. Dan 1 lagi, harap2 hati ini tak disakiti...

28 August 2010

Dia sudah mari...


Dia sudah mari la...
Musim tuai padi dah kembali..
Saat2 yang ditunggu para petani..
Harap2 hasilnya menjadi..
Raya pun tak lama lagi..
Elok sangat la tu..
Boleh beli keperluan keluarga dan diri..

DETIK KELAHIRAN

27 August 2010

Syukur padaNya


Syukur padamu Ya Rabbi
Kerana Kau masih lagi beri peluang untukku
Menghirup udara segar ini
Juga kudrat untuk teruskan hidup ini
Alhamdulillah..

Alhamdulillah..
Kerja rumah telah ku selesaikan
Bolehlah berehat kejap
Line Streamyx kat rumah pun dah ok
Dapatlah luangkan lebih masa menitip rasa hati

<3 <3 <3

Hari ini cuti sempena Nuzul Quran
Cepatnya masa berlalu
Rasanya baru ja kita sambut 1 Ramadhan

Nuzul Al-Quran 
Peristiwa Nuzul Al-Quran merupakan peristiwa turunnya ayat al-Qur'an yang pertama kepada Nabi Muhammad s.a.w. hingga seterusnya berperingkat-peringkat menjadi lengkap sebagaimana kitab al-Quran yang ada pada hari ini. Peristiwa Nuzul Al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhammad s.a.w. ketika baginda sedang beribadat di Gua Hira, bersamaan dengan tanggal 6 Ogos 610M. Perkataan "Nuzul" bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah. Bila disebut bahawa Al-Quran adalah mukjizat terbesar Nabi SAW maka ianya memberi makna terlalu besar kepada umat Islam terutamanya yang serius memikirkan rahsia al-Quran.

‘Al-Quran’ bererti bacaan atau himpunan. Di dalamnya terhimpun ayat yang menjelaskan pelbagai perkara meliputi soal tauhid, ibadat, jinayat, muamalat, sains, teknologi dan sebagainya. Kalimah al-Quran, sering dicantumkan dengan rangkai kata ‘al-Quran mukjizat akhir zaman’ atau ‘al-Quran yang mempunyai mukjizat’. Malah inilah sebenarnya kelebihan al-Quran tidak ada satu perkara pun yang dicuaikan atau tertinggal di dalam al-Quran. Dengan lain perkataan segalanya terdapat di dalam al-Quran. 

Ayat al-Quran yang mula-mula diturunkan Allah kepada Nabi Muhammad s.a.w. melalui perantaraan Malaikat Jibril ialah lima ayat pertama daripada Surah Al-Alaq.

Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhan mu yang menciptakan (sekalian makhluk), Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku; Bacalah, dan Tuhan mu Yang Maha Pemurah, -Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, -Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya.
(Al-‘Alaq:1-5)

25 August 2010

Bukan Cinta Biasa

Kali ini kusadari
Aku telah jatuh cinta
Dari hatiku terdalam
Sungguh aku cinta padamu
Cintaku bukanlah cinta biasa
Jika kamu yang memiliki
Dan kamu yang temaniku seumur hidupku
Terimalah pengakuanku
Percayalah kepadaku
Semua ini kulakukan
Kerana kamu memang untukku
Cinta ku bukanlah cinta biasa
Jika kamu yang memiliki
Dan kamu yang temaniku seumur hidupku
Cinta ku bukanlah cinta biasa
Jika kamu yang memiliki
Dan kamu yang temaniku seumur hidupku
Terimalah pengakuanku

Happy 6th Wedding Anniversary


Selamat Ulang Tahun Perkahwinan ke-6
Semoga kita saling mencintai hanya kerana Allah,
Saling menyayangi kerana Allah,
Saling membahagiakan hanya kerana Allah,
Kerana hanya Allah lah yang dapat menimbulkan rasa cinta,
kasih sayang dan kebahagian tersebut di antara kita.
Insyaallah Sweetheart,
Selagi ada kudrat yang diberikan Illahi
Akan ku tunaikan kewajipanku sebagai isterimu
Ingin ku sentiasa berada di sisimu
Kerana ku tak ingin sesekali mengabaimu
Bukankah tempat isteri itu di sisi suaminya
Insyaallah..
Semoga dipermudahkanNya.

24 August 2010

Selamat Ulang Tahun SweetHeart

Kini genap 6 tahun usia berkahwinan kita...
Terima kasih awak kerana sudi menerima diri ini sebagai isterimu..
Terima kasih awak kerana masih setia di sini di sampingku jua anak2 sebagai penyeri..
Awak..
Pejam celik masa itu cepat berlalu..
Dalam usia perkahwinan ini sungguh banyak yang telah kita lalui..
Pahit manis masam suka duka pelbagai rasa kita telah lalui bersama
Alhamdulillah..
Dengan berkat keizinanNya kita telah berjaya mengharungi onak jua badai yang menerpa
Terima kasih awak kerana sabar dengan kerenah saya juga anak2
Terima kasih yang tak terhingga buatmu
Tiada yang mampu ku balas pengorbanan juga kasih sayangmu
Melainkan mendoakan kesejahteraan ke atasmu
Insyaallah.. cintaku padamu akan terus bersemi dan berbunga mekar selagi hati ini kau cintai.

I praise Allah for sending me my love
You found me home and sail with me
And I'm here with you
Now let me let you know
You've opened my heart
I always thinking that love was wrong
But everything was changed when you came along
And theres a couple a words I want to say
For the rest of my life
I'll be with you
I'll stay by your side
honest and true
Till the end of my time
I'll be loving you
For the rest of my life
Thru days and night
I'll thank Allah for open my eyes
Now and forever I'll be there for you
I know the deep in my heart
I feel so blessed when i think of you
And I ask Allah to bless all we do
You're my husband and my friend and my strength
And I pray we're together eternally
Now I find myself so strong
Everything changed when you came along
And theres a couple a words I want to say
For the rest of my life
I'll be with you
I'll stay by your side
honest and true
Till the end of my time
I'll be loving you
For the rest of my life
Thru days and night
I'll thank Allah for open my eyes
Now and forever I'll be there for you
I know that deep in my heart now that you're here
Infront of me I strongly feel love
And I have no doubt
And I'm singing loud that I'll love you eternally
For the rest of my life
I'll be with you
I'll stay by your side
Honest and true
Till the end of my time
I'll be loving you
For the rest of my life
Thru days and night
I'll thank Allah for open my eyes
Now and forever I'll be there for you
I know the deep in my heart...

Ujian itu tetap ada

Alhamdulillah..
Seronoknya balik kampung..
Dapat meluahkan rasa rindu yang terpendam
Dapat berkongsi apa yang terbuku

Alhamdulillah..
Seronok dapat buka puasa ramai2 dengan emak dan adik2
Seronok dapat bersahur ramai2
Sampai bila balik sini CikLi pun teringat2 sahur kat sana
Tak terasa ngatuk plak waktu sahur
Makan ramai2 borak2 sampai tak sedar hari dah cerah

Budak2 pun seronok dapat berjumpa bermain
Tapi biasalah budak2 kejap gelak kejap nangis

Tapi teringat plak abang sekeluarga
Tak dapat nak jumpa depa balik kali ni
Insyaallah semoga ada jodoh di lain masa

Dalam seronok ada pula ujian yang menerpa
Rafiq dah lega demam hari ni dah mula pergi sekolah
Syakir plak demam panas
Semalam aku ngan hubby tak masuk opis
Ambik cuti kecemasan la
Bawa dia pergi klinik ambik ubat
Alhamdulillah dah beransur pulih..

20 August 2010

Jom kita ...


Sukanya...
Jom balik Penang..
Tak sabar nak jumpa mak..
dan abang dan adik2..

19 August 2010

Rindu padanya...

Semalam dapat sms dari Kamen. Dia ajak balik kampung, buka posa sama2 ngan mak. Best gak.. Memang best la. Tapi.. cadang nak balik posa terus raya sana. Pitis pun kurang tapi hati ni rasa nak balik sangat jengok mak kat kampung. Best dapat buka posa sama2 makan masakan mak yang memang power tu...perghh!

Ada bagitau hubby tentang sms kamen tu, dia pun memang ada rasa nak balik sana tapi taktau lagi bila. Rafiq plak demam. dah makin kurang panas badan tu. Doakan rafiq cepat sembuh ya..

Terkejut aku k 2 pagi.. tengah sedap tido tiba2 hubby kejut. Katanya dia mimpi jatuh dalam air pastu gigi bawah tercabut. Bertalu2 soalan macam peluru berpandu ja. Aku yang bengong2 lali ni blur ja dengar. Sampai naik cerah biji mata aku. Bila aku start pikir mimpi dia tu dia plak kata dah la tido la.. tak da apa2 kot mimpi tu kan mainan tido.. Eemm elokla ye. Tinggal aku sorang ligat dok pikir kata2 dia tadi.

Tiba2 aku terfikir mak kat kampung. Ya Allah.. rindunya kat dia. Semoga mak sihat dan tiada apa2 yang tak diingini terjadi ke atasnya. Semoga mak sentiasa dalam lindunganNya. Semoga dipermudahkan Allah untuk menjalani segala ibadah.

Subur tadi masa jelum ( sapu ubun2 dengan air ) Rafiq. Dia tersedar minta nak minum air. Sempat lagi aku tanya Rafiq, "Nak balik kampung tak?" "Nak..."  "Kalau nak balik kampung kena rajin makan ubat, baik demam leh la balik kampung" "Takpa demam pun boleh balik kampung..". Syoknya kalau hubby ajak balik kampung minggu ni.

17 August 2010

Ais...Hu3


Salam Ramadhan ketujuh. Sekejap saja masa berlalu. Dah seminggu kita menjalani ibadah puasa. Dalam seminggu ni, semalamlah hari yang paling mencabar bagiku. Rasa badan ni terlalu lemah. Bagai tak terdaya rasanya macam nak terbuka ja puasa. Tapi Alhamdulillah berjaya juga bertahan sampai azan maghrib.

Bila difikirkan semula baru ku tahu.. aku minum ais..Tengok orang minum ais, takpa saja.. Tapi aku?! Jerit sikit ja. Ingat dulu, arwah ayah selalu larang aku minum ais. Katanya nanti badan jadi lemah. Kalau tak caya cubalah.. Hu3 taknaklah minum ais lagi.. Nanti tak da kudrat nak buat kerja dalam posa..hu3 Tu la taknak dengar cakap orang tua.. Depa dulu makan garam dari kita.


12 August 2010

Risau

Semalam dapat result darah yang ambik tempoh hari. Darah semua ok cuma tinggal satu ja masalah. Kolestrol agak tinggi. Result tahun lepasnya result 6.0 tapi sekarang dah kurang sikit tinggal 5.8. Hai banyak lagi tu nak kena turun sampai 5.2 ke bawah baru la tahap selamat. Huaaa macam mana nak kurangkan kolestrol ngan cepat ni.. Ada sapa2 leh tolong... mana tau ada pengalaman or petua leh kongsi sama?

Pagi tadi hubby plak bagitau mimpi yang bukan2.. Kata orang kalau mimpi bukan2 tu gangguan syaitan. Tapi ni kan bulan ramadhan.. iblis & syaitan semua kena tambat, kena rantai. Mungkinkah ini satu pertanda akan terjadinya sesuatu. Tak baik percayakan mimpi. Itu aku tahu.. tapi risau la juga bila sesekali teringat tu.

Apa awak rasa kalau tiba2 ada orang tegur kat awak ni bau mayat?
Think positive... Gurau jelah tu..

11 August 2010

Salam Ramadhan

" Salam.. Nama saya Syaaban. Saya ingin ingatkan anda bahawa jiran saya iaitu Ramadhan telah datang mengunjungi anda bersama isterinya iaitu rezeki & kedua anaknya iaitu sahur & Iftaar. Mereka akan ditemanni oleh ketiga2 cucunya iaitu Rahmat, Barakah & Keampuanan. Mereka akan pulang selepas 30 hari dengan menaiki pesawat penerbangan Eidul Airlines. Mohon mereka dihargai & anda akan mendapat hadiah pemberian dari Tuan yang empunya. Jadi gandaka usaha untuk meraikan tamu tersebut. Insyaallah.. Amin.. Kemaafan jua dipinta.."

Kejap ja dah 1 Ramadhan...
Hari ni semua umat islam seluruh dunia mula berpuasa.
Alhamdulillah.. Masih diberi kesempatan olehNya untuk menunaikan ibadah puasa pada kali ini.

Semalam Mak Inson berangkat ke KL pergi rumah kak ipar semata2 nak lepas rindu kat cucu yang tersayang. Siapa lagi kalu bukan Fatin Insyirah yang dia jaga sejak lahir yang kini belajar kat CyberJaya. Rafiq ngan Aiman tekad nak posa. Niat posa pun berkali2. Jadi kena paksa tido awal takut tak terjaga untuk sahur.

Lawak la... Ha3 Rafiq la. Puas pujuk bangun sahur. Memang liat nak bangun. Sayangkan tidur. Lagipun ni lah 1st time dia nak bangun sahur. Last2 terpaksa aku dukung bawa ke meja makan. Dah plak silau tak mau lampu. Jenuh plak ajak dok kat ruang tamu. Makan la dalam samar, tu pun kena suap. Kalau tak buat camtu kesian plak esok nak puasa. Harap dia mampu bertahan. Berjaya atau tidak?! Tunggu..

Tapi ada satu berita yang tak best di dengar.
Malam tadi, hubby bagitau ada couple kena tangkap khalwat kat belakang sekolah cina Kun Aik, Kangar. Hari ini terus ada pertuduhan ke atas kes ni. Couple tu memang dah lama wat kerja tu kat situ cuma tunggu untuk tangkapan ja. Ish3 malu saja.. Orang semua tengah sibuk tengah prepare nak sambut puasa, ada yang kalut dok tengok anak bulan ramadhan.. depa plak wat maksiat. Bini orang ngan laki orang lak tu.. Astagfirullah.. Sedih dengar berita ni.. Semoga terbuka pintu taubat buat mereka juga keinsafan buat kita.

" Peluklah RAMADHAN ini seerat mungkin kerana tiba masanya kita terpaksa melepaskannya. Andai RAMADHAN ini yang terakhir moga ini yang terbaik disisiNya.. SELAMAT BERPUASA.."

10 August 2010

Ahlan Ya Ramadhan


Petang ni tengok anak bulan ramadhan..
Rasanya esok dah puasa..
Ada juga la yang melepas kata2 yang tak sepatutnya hari ni
Ada juga yang melepas kata2 amarah hari ni
Macam2 la
Takpa harap esok tak sama seperti hari ini
Harap mulai esok, lebih baik dari hari2 yang lepas
Aku ada tekad
Tapi aku ada malu
Macam mana nak atasi malu pada insan?
Sepatutnya aku lebih rasa malu padaNya
Mampukah aku mengorak langkah setapak dua
Menjadi insan yang lebih baik dari hari2 yang lepas?
Semoga dipermudahkanNya
Semoga kalian jua dipermudahkanNya
Dalam menjalankan segala ibadah.
Tolong doa untukku juga dirimu
agar kita sama2 berjaya.

09 August 2010

Pecah Rekod

Mmuaahhs3 Rindunya kat sayangku " Bila Hati Berbicara". Lama tak dapat nak bersama meluah bicara. Bukan takdak apa yang nak dikongsi bersama tapi... kabel telefon kat kampungku kena curi la.. Ish3 hua3 Sedih la. Hari ni masuk opis, leh la ambik kesempatan skit meluah rasa.

Minggu ni minggu aku tak masak.
Sabtu ada kenduri kat kampung. Mak pesan takyah masak. Apa lagi, kemas2 rumah pastu pagi tu kami 4 beranak pergi makan nasi gulai ayam kat Kuala Sanglang. Petang plak pergi teman cikli main bola kat Stadium Utama Kangar. Balik pada tu terus singgah kedai makan.

Ahad plak, Rafiq ada program sekolah kat Dewan Kolej Matrukulasi, Arau. Sambutan Hari Lahir. Ramainya oang.. Tak sangka kek tu panjangnya 50m dan masuk Malaysian Book of Records.


06 August 2010

Hari ni 2 kali aku kena tegur ngan orang.
First, masa aku dalam lift dia cakap aku nampak letih dan pucat.
Second, dalam pejabat bos plak kata aku gemuk?!

?! Terfikir sekejap..
Betul ker apa yang depa2 tu cakap?
Mata silap menilai atau aku yang tak perasan ni?

10hb ni ada appointment ngan doktor
Dapatlah tau result nyer
Harap result tu bisa buat aku masih mampu tersenyum la..
Kalau berat badan naik sikit tu normal la
Tapi yang paling penting bebas dari masalah kesihatan.

Tak sabar rasanya nak tunggu result tu...

05 August 2010

Adat atau Adab?


Malam tadi hubby tak jadi pergi main badminton. Sukanya aku ngan anak2. Mana taknya jaranglah dia takda mood nak main badminton ni. Malam tadi sibuk me'repair' netbook dia tu..

Tiba2 dia nak makan nasi goreng.. Special for him, aku pun masak nasi goreng + ayam masak kunyit. Masak tak banyak tapi cukup la 2 or 3 orang makan. Mak Inson ngan Ayah Din pun join sekali.

Tengah makan sambil borak2 kosong.
Alhamdulillah.. ada rasa kemesraan terjalin semula dalam ikatan ini.
Kenapa selama ni dah tiada kemesraankah?
Bukan tak mesra tapi agak pudar. Mungkin keadaan sekeliling juga perbezaan pendapat or sikap semulajadi. Apapun ku harap diberi peluang olehNya untuk mengekalkan ikatan murni ini. Insyaallah...

Rancak berbual, timbul plak topik ni..
"Wanita yang baru kematian suami (dalam iddah) tak boleh keluar rumah. Adat atau adab?"
Biasa la kita orang melayu ni kuat pegang adat, kan? Sampai ada pepatah melayu berbunyi "Biar Mati Anak Jangan Mati Adat". Tapi cuba fikirkan, kalau anak mati sapa nak ikut adat.

Berbalik pada persoalan tadi.
"Wanita yang baru kematian suami (dalam eddah) tak boleh keluar rumah. Adat atau adab?"
Aku kata ADAB la. Nak kata pandai pun tak tapi rasa2nya dalam Islam ada garis panduan mengenainya.


So hari ni, aku search juga kes ni..
Alhamdulillah.. Akhirnya dah jelas la yang Islam telah menggariskan panduan untuk kita terus menyelusuri hidup ini.

Jom singgah sini untuk penjelasan lebih lanjut ...





04 August 2010

Augustus kini tiba..

Cepat sungguh masa berlalu..
Sekarang ni dah masuk bulan Ogos dan tak lama lagi semua umat islam akan menyambut Ramadhan al-Mubarak.

Semalam bawa Syakir ke Hospital, apalagi appointment ngan Unit Ortopedik la.
Lama betul dok kat situ. Pukul 11 baru panggil nama untuk buat x-ray.
Tapi Alhamdulillah, result x-ray tu menunjukkan ada perkembangan pada tulang Syakir yang crack tu. Tulang tu dah bercantum tapi nampak timbul skit la. Ada pun dah discharge la.
Takpayah wat rawatan susulan lagi..

Syakir sekarang dah banyak akal + aktif tersangat
Kalau nak minum susu mesti nak suruh tambah milo.
Last2 best susu perisa coklat la..
Kalau main ngan abang pasti nak menang.
Macam semalam main lawan2 ala ultraman.
Sekali dia flying kick kena betul2 kat mulut abang dia.
Berdarah2.. cuak gak tengok..
Rupanya 2 batang gigi bawah yang beberapa hari selepas Rafiq bagitau kata macam jongkang-jongkit tu dah nak tercabut.
Aku ambil towel lap, ambik ketul ais tuamkan tapi darah masih banyak..
Last panggil papa dia..
Apa lagi papa dia cabut 2 batang gigi tu.

Rafiq plak ingat dah tercabut 2 batang gigi tu takutlah nak makan..
Ish! Takdalah.. Lagi kuat makan..
Baru ja makan kteow goreng sebungkus tup2 nak rasa kteow sup pastu nak makan nasi plak.
Haish kurus semangat aku tengok dia makan, berselera sungguh.

Satu yang penting dalam RS Family kini sudah bermula..
Tak sabar rasanya nak tunggu saat itu.
<3 <3 <3

02 August 2010


Ketawa dalam duka,
Senyum dalam tangisan...
Maknanya cuba gembirakan hati orang lain,
Orang yang kita tau dia sayangkan kita,
Mungkin juga kita taknak berkongsi kisah hidup kita dengannya.
Sebab ini juga timbul ayat,
"Hati menangis siapa tahu..."

Tapi agak pelik bunyinya
Agak janggal lakunya
Mungkin ini terjadi?

Di saat hati kita riang gembira
Tapi bibir tak mampu mengukir walau secebis senyuman
Selalu menggambarkan luka lara bergelodah di jiwa..
Kenapa tidak ingin berkongsi bahagia
Bersama orang lain

Entahlah.. sehingga hari ini,
Belum ketemui orang sebegini
Yang rela menangis di hadapan orang
Tapi yang sebenar2nya hati sedang melonjak riang


Rs: Ingin ku kongsi rasa bahagia bersamamu jua anak2 kita.. Semoga kau sudi setia bersamaku.

Sakit Kepala plak

Aduh.. Sakit kepala mula menyerang!!
Semalam, k 12 tengah hari baru masak. Tu pun yang simple jer. Telor goreng kicap + ayam masak kunyit jer..

Lepas bagi anak2 makan, sambung letak kepala kejap. Si adik pun tertidur kat tepi. Si abang ajak teman main games kat pc. Sori la mama teman ja, mama sakit kepala..
Mujurlah papa balik, dia la yang tolong tengok anak2 pastu. Mama yang dah mabuk ubat ni tidur la tapi kepala ni ngap2 macam ada benda dok gigit ja dalam kepala ni..

Bila kepala sakit, badan pun rasa lemah jer..
Malas nak wat kerja tapi kena wat gak..
Kalau tak buat sapa nak tolong..
Kena gagahkan diri gak wat pelan2.
Akhirnya siap jua walaupun macam siput ja..

Lemas la ngat sakit kepala ni...?
Camna nak hilangkan, yer?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...