29 July 2010

Kasihmu Membawa Ke Syurga


Kasih ibu sampai ke syurga
Tanpa ibu, kita tidak akan wujud di dunia yang fana ini.
Ibu adalah insan yang tinggi kedudukan dan martabatnya di sisi Islam sehingga Rasulullah SAW pernah menegaskan bahawa syurga itu berada di bawah telapak kaki ibu.
Ia bermakna seseorang anak sudah pasti tidak dapat masuk syurga tanpa keredaan ibunya walaupun sebaik mana sekalipun amal salih yang dilakukannya.

Pernah berlaku pada zaman Rasulullah SAW, seorang pemuda bernama Alqamah tidak dapat mengucap dua kalimah syahadah kerana ibunya, perlu menjadi bahan renungan setia anak pada zaman moden ini.

Alqamah adalah seorang pemuda yang baik dan taat, rajin mendirikan solat, banyak berpuasa dan bersedekah. Tetapi, Alqamah dikatakan lebih mengutamakan isterinya berbanding ibunya lalu ibunya makan hati berulam jantung dan tersinggung dengan perbuatan anaknya. Akibatnya, Alqamah tidak mampu mengucapkan dua kalimah syahadah pada penghujung hayatnya.

Akhirnya Rasulullah SAW bertindak untuk membakar Alqamah hidup-hidup di hadapan ibunya jika ibunya tidak memaafkannya. Akhirnya tindakan Rasulullah SAW itu menyebabkan ibunya segera memaafkannya dan Alqamah dengan mudah mengucapkan dua kalimah syahadah.

Selepas dimandi, dikafan, disolat dan dikebumikan, Rasulullah SAW berdiri di tepi kuburnya lalu bersabda bermaksud: "Wahai kaum Muhajirin dan Ansar! Sesiapa yang lebih mengutamakan isterinya daripada ibunya, nescaya akan ditimpa kepadanya laknat Allah dan juga tidak akan diterima daripadanya taubat dan tebusannya." (Hadis riwayat Abu al-Laith)

Kisah Alqamah dengan ibunya mengajar kita betapa seorang ibu sanggup berkorban apa saja dalam dunia demi keselamatan dan kesejahteraan anaknya. Oleh sebab itulah, Islam mewajibkan anak menunaikan segala hak ibu dan melayani ibunya dengan sebaik mungkin.

Rasulullah SAW pernah ditanya seorang lelaki seperti hadis bermaksud: "Ya Rasulullah! Siapakah yang lebih berhak saya berbuat baik? Jawab Rasulullah SAW: Ibumu. Lelaki itu bertanya lagi: Kemudian siapa lagi? Ujar Baginda: Ibumu. Lelaki itu bertanya sekali lagi: Kemudian siapa lagi? Jawab Baginda: Ibumu. Lelaki itu bertanya lagi: Siapa lagi? Baginda menjawab: Bapamu."

Hadis Rasulullah SAW ini mengangkat kedudukan istimewa ibu sehingga berbakti kepada ibu mengatasi berbakti kepada orang lain, walau kepada bapa sekalipun. Malah, Rasulullah SAW menyebut berbakti kepada ibu sebanyak tiga kali berturut-turut dalam hadis itu, barulah Baginda menyebut berbakti kepada bapa, sekali gus menunjukkan betapa besarnya jasa dan pengorbanan ibu terhadap anak.

Walau bagaimanapun, kita tidak seharusnya melupakan peranan bapa bagi menjamin keselesaan dan kebahagiaan hidup sesebuah keluarga. Justeru, kita seharusnya menghormati dan menyayangi ibu kita tanpa mengabaikan tanggungjawab dan kasih sayang terhadap bapa. Begitu juga sebaliknya, kita memberikan penghormatan dan kasih sayang kepada bapa tanpa mengabaikan tanggungjawab dan kasih sayang terhadap ibu.



Ujian dan dugaan tidak pernah asing selagi nyawa di kandung badan.
Setiap manusia di bumi Allah tidak akan terlepas dari dugaan.
Tuhan nak duga samada ingat tak kat Dia.
Sebab tu di saat kita rasa bahagia,
Dia bagi ujian pada kita agar kita tak lupa padaNya.
Dan ingat.. ujian yang kita hadapi adalah mengikut kemampuan kita.
Allah takkan duga dengan ujian yang berat kecuali pada hambaNya yang mampu menempuhi ujian itu.
Mohon dan berserahlah padaNya agar ditunjukkan jalan yang terbaik.

Bila ujian datang menerpa
Janganlah cepat melatah
Jangan pula cepat mengalah
Berusahalah untuk menempuh ujian itu
Dan mohon diberi petunjuk Illahi

Andai kita telah berusaha dan sedang menunggu petunjuk dariNya
Bersabarlah dan terus berusaha dan berdoa
Jangan sesekali marah kenapa Tuhan tak beri kita petunjuk
Kita hanya memohon, Dia yang menentukan yang terbaik untuk kita
Jangan sesekali putus asa dan kecewa
Andai belum ada sebarang petunjuk dari Illahi
Kerana Dia Maha Mengetahui
Bila saat dan ketikanya
Cepat atau lambat itu bukan kerja atau hak kita
Yang penting berusaha, berdoa, bertawakkal dan bersabar
Insyaallah hidayah itu ada untuk kita

"Ya Allah... Tunjukkan kepada kami yang benar dan jadikan pilihan kami mengikuti yang benar itu. Dan juga tunjukkan kepada kami yang tidak benar dan permudahkan kami meninggalkannya."

27 July 2010


Semalam saya 2 kali mimpikan awak...

Mulanya saya mimpi awak tengok lawan bola kat astro
Sebab itu kesukaan awak, walaupun saya tak minat saya relakan diri teman awak
Tapi ada tetamu yang saya tak undang tiba2 hadir
Rasa macam tak nak sangat dia join sekali
Tapi awak larang..
Kata awak tetamu tu, tak baik buat camtu..
Jemput dia masuk
Lagipun awak bertegas menyatakan yang awak dengan dia tiada apa2
Alhamdulillah..
Lepas saya percaya cakap awak itu benar jujur
Walaupun mulanya saya sangsi
Akhirnya berkat Tuhan
Saya dapat atasi perasaan cemburu itu

Kemudian saya mimpikan awak lagi
Saya join awak santai ngan kawan2 awak
Sampai kat pantai..
Awak cakap seluar awak kotor
Oleh kerana tempat kita menginap tu dekat jer
Saya balik ambik seluar baru untuk awak
Tapi bila saya call cari awak,
Awak cakap yang awak dah takda kat tempat tadi
Awak ngan kawan2 awak pergi tengok pameran tanpa saya
Sampai hati awak tinggal saya
Sampai hati awak terlupa pada saya
Kecil hati saya

Terus saya terjaga dan dapatkan awak
Terima kasih sebab tenangkan saya
Terima kasih atas janji2 awak pada saya
Saya harap sangat.. Bait2 kata itu menjadi doa yang dimakbulkan Allah

Awak..
Saya sayang awak..
Saya sayang awak sangat2..
Awak janji ya..?
Janji jangan tinggal saya tau..!


Alhamdulillah...
Awan hitam itu kian berarak lalu..
Moga kelibat mentari jingga kan menjelma..

Maafkan ku sayang..
Telah lama ku pendam hasrat hati
Ingin ku benam jauh ke dalam lubuk hati
Tak ingin lagi ada sangsi di hati
Tak ingin lagi ada ragu di jiwa

Alhamdulillah..
Syukur padaNya..
Atas pemberian firasat yang kuat kepada ku yang bergelar isteri
Akhirnya segalanya terungkai jua

Suamiku..
Ku harap kata2 yang kau lafazkan itu menjadi suatu doa
Ku harap jua doa2 itu dimakbulkanNya

Alhamdulillah..
Kita masih diberi peluang olehNya
Untuk memperbaiki kesilapan kita
Moga kita terus tabah untuk menghadapi dugaan mendatang


Izinkan cinta ku
Berbunga di hatimu
Biar terus mekar
Jadi kenyataan

Telah lama ku dahaga
Belaian seorang insan
Semoga bersama mu
Ceria hidup ku

Ku tak akan bersuara
Walau diri mu kekurangan
Hanya setiamu itu ku harapkan
Ku tak akan menduakan
Walau kilauan menggoda
Kasih dan sayang ku
Tetap utuh untuk mu

Hanya ku pinta darimu
Terimalah selamanya
Sehingga abadi
Cinta ini sayang
Itu ku doakan

Tak mungkin kan terjadi
Kehancuran cinta kita
Andainya hati mu
Seperti hati ku

25 July 2010

Padamu Ku Bersujud


Ku menatap dalam kelam
Tiada yang bisa ku lihat
Selain hanya nama-Mu ya Allah
Esok ataukah nanti
Ampuni semua salahku
Lindungi aku dari segala fitnah
Kau tempatku meminta
Kau beriku bahagia
Jadikan aku selamanya
Hamba-Mu yang slalu bertakwa
Ampuniku ya Allah
Yang sering melupakan-Mu..

Saat Kau limpahkan kurnia-Mu
Dalam sunyi aku bersujud
Hati yang gembira boleh diwajahkan dengan wajah yang
gembira tetapi wajah yang gembira tidak semestinya mempunyai hati yang gembira
Hati yang sedih tak mampu nak diselindung.. 
Walau diukir secebis senyuman.. 
Manisnya langsung tak kelihatan.
Segalanya tawar dan pudar.

24 July 2010

Aku menyayangimu dengan tulus dan jujur
tapi ku rasa.. kau tidak..!
Cukup... jangan tambah lagi luka ku di dalam hati
biarkan aku sendiri, kasih..
cukup jangan dusta lagi...!


22 July 2010


Awak..
Terima kasih ya..
Terima kasih banyak2..
Kerana sudi luangkan masa mendengar segala rintihan saya..
Kerana  sudi menyapu air mata yang mengalir di pipi..
Terima kasih sayang..

Buat kawan2 ku..
Terima kasih ya..
Kerana masih lagi sisi ku
Kerana sudi menegur ku
Kerana masih menemani ku
Terima kasih kawan2..

Ingin sekali andai dapat ku tiup awan hitam itu..
Biar berarak lalu, pergi biar tak kembali..

:-( I'm Sad

Hidup ini sudah ditentukan oleh Tuhan yang Esa
Manusia yang dilantik sebagai khalifah di dunia fana ini tak lekang dari melakukan kesilapan
Dugaan tu tak sangka2 akan tiba jua
Waktu kita beringat, tak pula terjadi
Waktu kita terlelap, masa tu la ujian tu datang..

Aku akur..
Aku bukanlah insan yang sempurna
Dan tiada siapa yang sempurna di dalam dunia ini
Kesilapan itu atas sebab kelalaian aku sendiri
Aku dihimpit rasa bersalah
Tak sepatutnya ini terjadi

Salah aku kerana cuai!
Aku mengaku aku yang silap dalam tugas yang menjadi amanah ku
Terfikir bagaimana dapat ku tebus khilafku

Aku gembira bila diberi peluang untukku perbetulkan kesilapan
Aku tekad untuk lebih berhati2 dalam tugas ku

Namun begitu...
Tiba2 aku kecewa sebab dia
Dia yang buat aku rasa nak menangis
Dia yang menarik peluang keinsafanku

Kenapa?!
Kesilapan ku lakukan biarlah aku yang perbetulkan
Kenapa?!
Aku tak boleh silap kah?
Aku juga manusia biasa bukan maksum
Kenapa?!
Kesilapan aku ini membuka pekung dia ka?
Aku telah conteng arang ke muka dia?
Kesilapan aku ini tak layak dapat pengampunan kah?

Aku sedih! Hati ini menangis lagi..
Kerana alpha kali ini..
Rasa percaya pada ku ditarik
Tiada lagi harapan untuk ku pikul amanah

Aku sedih! Aku sedih! Aku sedih!

21 July 2010

Kini Isabella...

Isabella adalah
Kisah cinta dua dunia
Mengapa kita berjumpa
Namun akhirnya terpisah

Siang jadi hilang
Ditelan kegelapan malam
Alam yang terpisah
Melenyapkan sebuah kisah...

Terbayang lambaianmu
Salju terbakar kehangatan
Dunia di penuhi
Warna berseri bunga cinta

Kita yang terlena
Hingga musim berubah
Mentari menyepi
Bernyalalah api cinta

Dia Isabella
Lambang cinta yang lara
Terpisah kerana
Adat yang berbeza

Cinta gugur bersama
Daun-daun kekeringan...
Haluan hidupku
Terpisah dengan Isabella

Tapi aku terpaksa
Demi cintaku Isabella

Moga dibukakan
Pintu hatimu untukku
Akan terbentang jalan
Andainya kau setia
Oh! Isabella....

Dah lama tak bersantai depan Tv, melayan drama di Tv bersama My SoulMate..
Secara kebetulan, malam tadi kerja rumah pun awal2 lagi dah settle n Hubby pun tak ke mana2. Penat main futsal lepas waktu kerja jadi malam dok umah jer la..

Ingat lagi malam ahad baru ni masa balik kampung..
Aku tak dapat nak lelap mata tak tau la kenapa.. On tv kisah Isabella. Dalam hati best ker cerita ni? Tapi layan gak la dah tak leh nak tido. Hero n Heroin best ni.. Tul la kata orang tak kenal maka tak cinta, kan?
Syok la plak kisah ni. Malam tadi, tup2 kat tekan jer remote astro ni ada Drama Isabella. Sukanya...
Lagi best layan kisah ni sama2 ngan buah hati..he3..

Isabella adalah suatu lagi drama terbitan Suhan Movies.
Gandingan lakonan Rosyam Nor & Vanida Imran sebagai hero & heroin
Ditayangkan di Astro Prima setiap selasa jam 9.30 malam mulai 13.07.2010.
Isabella ni hasil arahan Amie Maziah yang menyingkap kisah cinta isabella (vanida Imran) yang mengalami gangguan emosi selepas kehilangan bakal suami dalam satu kemalangan. Di rawat di hospital sakit jiwa dan bertemu dengan Nazman (Rosyam Nor) yang mengalami trauma kerana kematian isteri yang sarat mengandung dalam satu kemalangan jalanraya.

Hubby kata, " Pandailah dok ajak layan cerita ni.. nanti jadi peminat setia la.."
Aku jawap, " Ala takpalah sesekali.. Dah lama kita tak follow drama sama2 kan?"

Waktu dulu masa mula2 kenal ngan hubby..
Kami sama2 minat tengok drama korea "WINTER SONATA"..
Sungguh tak dirancang dan diduga..
Sejak itu hubungan kami semakin rapat

Kini, kalaulah diizinkanNya
Aku ingin berkongsi cerita
Malah menonton bersamanya
Kisah "ISABELLA" ni
Moga ikatan yang sedia terjalin
Bertambah erat dan mesra
Insyaallah.....

20 July 2010

Maafkan saya, awak..
Walaupun hari ini, ulangtahun kelahiran awak ke dunia ni
Walaupun hari ini, hari yang bermakna dalam hidup awak
Maafkan saya, awak..

Saya ingin awak gembira di hari ni lebih dari hari2 lalu
Alhamdulillah.. rasanya saya masih yang pertama ucapkan kata keramat itu pada awak, kan?
Saya memang ingin selalu jadi yang pertama dalam setiap kata dan laku awak
Tapi sejak akhir2 ini saya sudah sedar
Insyaallah saya akan rela sekiranya tidak menjadi yang pertama
Kerana yang pertama adalah ibu awak
Ucaplah terima kasih padanya kerana telah berkorban nyawa melahirkan awak ke dunia ini
Saya akan ingat selalu dan cuba mengambil hatinya
Kerana dia telah lahirkan raja di hati saya ini

Tapi harapnya saya bukanlah yang terakhir dalam setiap kata dan laku awak
Mungkin saya tidak layak untuk jadi yang pertama
Tapi awak masih boleh jadikan saya dalam senarai utama awak, kan?

Maafkan saya, awak..
Hari ini awak hanya terima ucapan biasa yang tiada puitis langsung dari saya
Ucapan itu ikhlas yang terzahir dari bibir ini
Namun doa2 di hati yang pernah putus buat awak tak mampu saya lafazkan satu persatu
Biarlah hanya Tuhan yang tahu..
Moga Dia makbulkan doa2 itu.. Amin..

Maafkan saya, awak..
Tiada hadiah yang ku hulurkan padamu
Cuma belanja makan tengah hari yang biasa saja
Bukan aku tak ingin hadiahkan sesuatu
Tapi awak... mintak postpone dulu ekk

Insyaallah..
Ada sesuatu untuk awak
Tapi jangan mengharap sangat
Ianya taklah seberapa
Tapi harap awak boleh terima seadanya..
Maafkan saya ye awak...

19 July 2010

Besday

Hari Besday Abang..
Satu2 abang kandungku..
Selamat Hari Lahir Ke-32, Abang..
Semoga panjang umur,
Murah rezeki,
Dan sihat selalu.

Esok plak..
Besday My SweetHeart..
Tapi nak bagi hadiah apa?
Dia tak pernah lagi lupa nak hadiahkan sesuatu untuk aku
Aku pun ada pasang niat nak bagi hadiah kat si dia
Tapi belum tau la nak bagi apa..

Syukur Alhamdulillah....

Alhamdulillah...
Akhirnya hati CikLi cair juga dengan pujuk rayu seorang anak..
Dah lama ku pujuk2 tapi tak makan juga..
Hati ni rasa dah malas nak bersuara..
Yang ku mampu hanya pendamkan rindu ini, kawalkan resah hati ni
Dan berserah sajalah padaNya..

Alhamdulillah...
Suara kecil si anak itu mampu menusuk masuk ke hati seorang bapa
Tiba2 ja balik opis hari jumaat lepas
Terus ajak balik Penang.
Yes! Yes! Sukanya aku n anak2..
Dapat balik kampung, jumpa mak..
Sempat lagi bawa ole2..
Kuih tepung bungkus + lepat + pelam + nyiur jadi buah tangan

Alhamdulillah..
Kesihatan mak stabil..
Darah dah ok.. pi check kat klinik, doktor kata ok
Cuma ada asma sikit jer..

Alhamdulillah..
Balik ni dapat lepas rindu kat mak
Mak pun boleh luahkan yang terbuku di hati tu
Yang selalu dipendam sebab takda orang nak dengar
Takpa aku rela jadi pendengar setia segala rintihanmu, mak..

Syukur..
Mak cakap dah lama nak makan ayam,
Suruh adik beli sampai sudah tak beli2 pun
Menu sabtu ayam masak ros + ikan kembung belah belakang + sayur sawi
Menu ahad tom yam + ayam goreng bwg putih
Lega rasa dapat adakan apa yang mak nak makan

Syukur padaNya..
Terima kasih Ya Allah,
Kerana beri peluang kepada kami
Bagi mengecap nikmat semanis ni..

16 July 2010

Ayuh mari kita cuba tersenyum...

Cukup manis tak senyum ni..
Kata orang senyum selalu muka pun cantik...
Walau tak daya nak senyum tapi ku gagah gak la senyum..
Nanti cepat tua lak.. Hehheehee
Lagipun senyum itu kan sedekah..

Buat apa nak muram..
Buat apa nak sedih..
Buat apa nak tension..
Baik la cuba tersenyum..
Sekurang2nya hati pun tak sakit..
Jom kita cuba2 tersenyum ngan gambar2 kat bawah ni..


 Askar comel

Kesian la xda duit nak beli seluar

Hebat! Bela ayam sampai lagi besar pada tuan..

Comel tak?

Isk3 pelik la plak noo..

Wah! Ni main masak2 ker masak sungguh ni..?

Wah! Kes berat ni..

Erm nak ker? Kalau tak nak, kena exercise.
Cam nenek kat bawah nii..
Hehehe gurau2 jer..
Pengubat duka..
Keep smile, k..
Semoga ceria selalu

15 July 2010

Counfius Ni..

Isk3! Confius la plak aku.. menyatakan @ melafazkan @ meluahkan perihal yang terjadi tu.. MENGUMPAT KA? MENGATA KA? JADI BATU API? FITNAH ka namanya?

Apa yang aku buat..? Aku rasa tak salah. Aku bukannya seperti talam dua muka. Aku tak pulak cakap sini len sana len..

Bagitau @ cerita apa yang terjadi kepada kawan2 semasa ketiadaan mereka di tempat kejadian yang berlaku depan mata aku dan berkaitan dengan kawan2 ku. Apakah ini suatu tindakan yang tak sepatutnya?

BATU API?! Siapakah yang sebenarnya BATU API tu? Aku kah? Atau dia kah? Atau siapa?

Nak post kat wall apa yang ada dalam kotak fikiran tu. Tak salah... Itu hak masing2.. tapi kerana post tu buat ku terfikir... AKUKAH YANG BERSALAH?

Ish3.. Aku tak nak la.. tak suka, tak suka..

Ada plak kuman seberang sungai nampak, gajah tepi hidung tak nampak..

14 July 2010

Belajarlah menulis di atas pasir...

Semalam semasa jengok fb kejap..
Nampak kawan tulis kan wall dia..
"Mampukah memaaf, melupa dan menyayangi Orang yang pernah melukai kita..? Itulah kehebatan Allah..."

Ish! Macam terasa lak.. sebab aku pernah gak isu perkara sebegini sebelum ni "Bisakah yang benci disayangi..?" Dah kini aku rasa nak jawab plak.. "Memberi maaf adalah baik dari berdendam. Hati tak lagi sakit malah rasa tenteram tapi untuk memaafkan dengan rela hati.. biarlah masa yang tentukan.. dan mohon padaNya diberi kekuatan untuk memaafkan orang itu."

Masa tengah search kat internet ni jumpalah kisah yang berkaitan ni. Semoga jadi tauladan buat kita semua.. Jom Layan...

Ini sebuah kisah tentang dua orang sahabat karib yang sedang berjalan melintasi gurun pasir. Ditengah perjalanan, mereka bertengkar, dan salah seorang menampar temannya. Orang yang kena tampar, merasa sakit hati, tapi dengan tanpa berkata-kata, dia menulis di atas pasir : HARI INI, SAHABAT TERBAIK KU MENAMPAR PIPIKU.  

Mereka terus berjalan, sampai menemukan sebuah oasis, di mana mereka memutuskan untuk mandi. Orang yang pipinya kena tampar dan terluka hatinya, mencuba berenang namun nyaris tenggelam, dan berhasil diselamatkan oleh sahabatnya. Ketika dia mulai sedar dan rasa takutnya sudah hilang, dia menulis di sebuat batu : HARI INI, SAHABAT TERBAIK KU MENYELAMATKAN NYAWAKU.

Orang yang menolong dan menampar sahabatnya, bertanya, "Kenapa setelah saya melukai hatimu, kau menulisnya di atas pasir, dan sekarang kamu menulis di batu?" Temannya sambil tersenyum menjawab, "Ketika seorang sahabat melukai kita, kita harus menulisnya di atas pasir agar angin maaf datang berhembus dan menghapus tulisan tersebut. Dan bila sesuatu yang luar biasa terjadi, kita harus memahatnya di atas batu hati kita, agar tidak bisa hilang tertiup angin."

Dalam hidup ini sering timbul perbezaan pendapat dan konflik kerana sudut pandang yang berbeza. Oleh itu, cubalah untuk saling memaafkan dan lupakan masalah lalu. Belajarlah menulis di atas pasir.

Airmata Seorang Isteri

Wahai lelaki yang bernama suami,

Jika seorang isteri menangis di hadapanmu..
itu bererti dia tidak dapat menahannya lagi

Jika kau memegang tangannya saat dia menangis..
dia akan tinggal bersamamu sepanjang hidupmu

Jika kau membiarkan dia pergi,
dia tidak akan kembali menjadi dirinya yang dulu, selamanya!

Seorang isteri tidak akan menangis dengan mudah,
kecuali di depan orang yang sangat disayangi, dia akan menjadi lemah!

Seorang isteri tidak akan menangis dengan mudah,
hanya jika dia sangat menyayangimu,
Dia akan menurunkan EGOnya.

Wahai lelaki yang bernama suami,
jika seorang isteri pernah menangis keranamu,
tolong pegangnya dengan penuh pengertian
kerana dia adalah orang yang akan tetap bersamamu
sepanjang hidupmu di saat kau terperuk terlalu dalam.

Wahai lelaki yang bernama suami,
jika seorang isteri menangis keranamu..
tolong jangan mensia2kannya
Mungkin kerana keputusanmu,
kau merosakkan hidupnya.

Saat dia menangis depanmu..
saat dia menangis keranamu..
Lihatlah jauh ke dalam matanya
Dapatkah kau lihat dan kau rasakan..
SAKIT yang dirasakannya keranamu?

Apakah keistimewaan perempuan ini?
Disebalik KELEMBUTANNYA..
dia memiliki kekuatan yang begitu dahsyat
TUTUR katanya merupakan KEBENARAN
SENYUMnya adalah SEMANGAT bagi orang yang dicintainya
PELUK & CIUMnya bisa memberi KEHANGATAN bagi anak2nya
Dia TERSENYUM bila melihat temannya tertawa
Dia TERHARU, MENANGIS bila melihat KESENGSARAAN pada orang yang dikasihinya
Dia mampu TERSENYUM disebalik KESEDIHANnya
Dia sangat GEMBIRA melihat KELAHIRAN
Dia begitu sedih melihat KEMATIAN
TITISAN airmatanya bisa membawa PENDAMAIAN

Tetapi dia sering dilupakan oleh lelaki yang bernama suami kerana satu hal..
Bahawa "Betapa BERHARGAnya dia".

13 July 2010

ADAB-ADAB DAN CARA MAKAN YANG BAIK UNTUK KESIHATAN MENURUT PANDANGAN AHLI-AHLI PERUBATAN ISLAM

~> Makan hanya bila terasa lapar 

~> Basuh tangan dan kuku sehingga bersih dengan air dan seboleh-bolehnya dengan sabun

~> Sebelum makan hendaklah membaca 'Bismillah..."

~> Makan dengan tangan sebagai ganti sudu dan garpu. Rasionalnya makan dengan tangan ialah kerana ia dapat membantu penghadaman disebabkan terdapat aliran yang dipanggil 'bio-current' yang apabila tersentuh dengan makanan , ia bertindak sebagai enzim untuk menghadamkan makanan dengan cepat di dalam perut. Ini adalah sebab mengapa makanan yang disentuh dengan tangan cepat rosak atau basi.

~> Tinggalkan kerja-kerja otak seperti berfikiran lain-lain apabila hendak makan. Badan dan fikiran perlu girang dan tenang

~> Seboleh-bolehnya dinding bilik makna hendaklah berwarna merah jambu kerana ini boleh mendatangkan rasa girang dan membantu pencernaan

~> Berhenti makan sebelum kenyang. Kekenyangan yang berlebihan memudaratkan jantung, mengganggu penghadaman dan menyukarkan tidur.

~> Berehat sekejap selepas makan dan jangan tergesa-gesa membuat sesuatu

~> Jangan makan makanan lama. Perbanyakkan makan makanan segar. Suri rumah adalah dinasihatkan supaya menyediakan makanan yang segar, sedap, berbau lazat, menarik pandangan dan berlainan jenis setiap kali waktu makan.

~> Suri rumah hendaklah bermanis muka ketika menghidang makannan, memakai pakaian yang bersih dan berwarna indah.

~> Pastikan dapur bersih dari pembiakan kuman dan menutup makanan dari terdedah.

~> Berpegang pada prinsip 'makan untuk hidup dan beribadah, bukan hidup untuk makan'.

12 July 2010

Hujung minggu bersama family

Rasa agak penat tapi rasa bahagia bila dapat luangkan masa bersama keluarga tersayang..

Pagi sabtu 10.07.2010
Bersama Rafiq..
Ada program sekolah kat Kuala Perlis, Program Larian Untaian Kasih
Ada senamrobik, ada lumba larian 4 kategori : Jiran Muda (20-40 tahun), Jiran Tunas(<20 tahun), Jiran Veteren(40 tahun ke atas) dan juga Tadika (Lari bersama ibu atau bapa). Kena la lari2 bersama Rafiq. Papa tak mai sebab ditugaskan jaga pameran.
Sebelum lari, Rafiq bukan main lagi bersemangat. Oleh kerana badan dia yang gempal tu (bukan gemuk tau! Dia cukup marah kalau orang cakap dia gemuk) mama suruh dia jangan pulun sangat takut mama tengok dia sebab terbatuk2 macam nak muntah jer.
Dia memang agak kurang exercise tapi kalu bab makan no.1.. Mama pun kalah.
Jauh gak la trek tu.. sampai half way, Rafiq mula wat hal.. tak larat la.. asyik langgah air mineral jer. Peluh dia?! Hai dah rupa macam mandi dah.. Yang paling aku tak leh lupa.. ada ka tengah2 lari tu ada ka dia kata nak tido.. Rafiq2.. Macam2 la peel..
Mama taknak paksa dia lari. Bukan nak menang. Nak suka2 exercise jer n meramaikan majlis. Mama cukup risau sepanjang larian tu. Mama takut Rafiq pengsan. Kalau pengsan macam mana la mama nak angkat.Hadoii dah tak larat la nak angkat. Anak mama ni dah besar. Tak terangkat nak dukung dah.
Nasib baik la.. walau pun banyak jalan dari lari tapi berjaya gak sampai ke garisan penamat. Nak tau dapat nombor berapa? Tentu la No.1.. No.1 dari belakang. Takpalah boleh cuma len kali, kan? Tapi pastu Rafiq cover balik titisan peluh yang keluar tu dengan  sebungkus nasi lauk ayam. Camna nak slim camni...? :) Ada juga cabutan bertuah tapi tak dapat pun.. Takpa tak dapat bukan bermakna kita ni tak bertuah. Kita cuma tiada rezeki untuk itu. Insyaallah, Allah lebih tahu rezeki kita di mana tetapi kita tak boleh duduk dan berserah sahaja.. kena la usaha.



Pagi Ahad 11.07.2010
Papa bawa Rafiq n Syakir teman mama pergi beli sayur n udang n daging untuk makan tengahhari juga barang2 dapur.
Lepas tu kami pergi kat tambak umah. Tok Wan depa la dok suruh p tanam pokok2 nyiur nak tengok tangan sapa yang ringan katanya. Ya ka? Ni la 1st time aku dengar. Adat org perlis kot.. Tapi best gak walaupun kaki kami penuh lumpur sebab tanah lembut sikit semalam hujan.


09 July 2010

Menjadi jugak jer...

Alhamdulillah semua yang dirancang dimakbulkan Tuhan Yang Esa
Actually aku & kawan2 opis plan nak pakat bawa bekal makan kat opis ramai
Ada yang bawa nasi putih, telur dadar & sambal belacan.
Ada yang bawa sayur buncis ngan telur dadar special
Ada yang bawa sambal sardin & buah rambutan
Ada yang bawa kuih karipap gulung
Aku? Aku hanya bawa ayam masam kicap jer
Opps!! Lupa ibu mertuaku kirim suruh bawa tepung bungkus bagi kat kawan opis
Alhamdulillah semua kenyang..
Tapi sayang, kawan yg preggy tu tak dapat join sekali sebab anak dia kurang sihat
Takpalah nak kalau ada rezeki kita buat lagi
Harap anaknya sihat kembali

Kesian plak kat Hubby..
Jadi aku juga bagi dia bawa bekal hari ni
Mood rajin kot, he3..
Aku masakkan nasi putih+ayam masak kicap+ikan sepat masak cabai

Aku ada gak tinggal untuk orang2 kat umah tu
Mak mertua cakap, tengah hari ni tak payah nak masak dah la

Ingat pasal ikan sepat tu..
Semalam, elok ja aku selesai mandi
Hubby kata dia bawa balik ikan sepat
Sangkut kat bilai (macam bubu tu)
Katanya dia lama tak makan
Hubby punya pasal kena la buat, kan?

Ikan tu taklah banyak sangat
Tapi bila tengok, ikan puyu pun ada
Aku yang dah agak lama tak siang ikan spesis ni, start operasi
1 jam gak ler aku kat luar tu siang ikan
Nyamuk plak banyak..
Rasa macam nak surrender ja
Tapi tak baik buat kerja separuh jalan
Berjaya juga akhirnya..YES!!

Bermain2 ngan ikan tadi
Eee rasa busuk hangir ikan2 tu lekat kat tangan & kaki ku
So kena mandi sekali lagi la..
N bubuh losyen biar wangi..
Biar dah tak ingat kat ikan tadi..
Rupanya habis bengkak tangan kaki
Kena gigit nyamuk tadi

Apapun aku puas hati sebab aku dah cuba buat yang terbaik dengan seikhlas hati buat orang2 yang ku sayang

07 July 2010

Merasa Jua.. Emm Masam la..

Aku bukanlah penggemar asam, buah2 asam juga jeruk..
Kadangkala teringin gak nak makan terutama time preggy..
Tapi entah la.. bila kawan sebut pasal kat umah dia ada pokok buah nam2
Teringin lak nak makan..
Bukan ada baby kat dalam perut ni
Cuma aku teringin nak sebab dah lama tak makan
Rasanya dah 10 tahun lebih kot..

 Ni la buah Namnam tu..
Atau nama saintifiknya Cynometra cauliflora
Rasanya masam tapi ada gak yang masam manis
Buahnya hanya berbuah dipohonnya sahaja
Cam gambar kat bawah ni..
Terima kasih Lia, lepas kempunanku nak makan buah namnam..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...