30 June 2010


aLa bELuM aDa KEsEMpaTaN La
NaK upLOaD gaMbaR
uNTuK N3 APC
baNyaK pLaK KeRja KeNa sEtTLe
NaNTi2 Ja LaH.. 

Jadi Ulat Plak?!

He3 mula minat nak jadi ulat plak dah aku ni..
Bukan ulat bulu tau..
Tapi ulat buku.
Sebelum ni aku lah pemalas bab baca2 ni..
Bila baca jer..
Terutama buku ilmiah..
Mata ni berat jer..
Sempat la baca 5 minit..
Pastu dah luuup!
Tapi sejak akhir2nya timbul plak minat membaca..
Mungkin berkawan2 dengan kawan2 yang minat giler membaca ni la..
Terima kasih ya kawan..
Sebab mengubahku menjadi seorang lebih baik
Bagus gak rupanya membaca ni
Boleh tambah ilmu..
Bila kita membaca makin kita rasa banyak lagi yang perlu kita baca
Bila ada boleh sedikit ilmu makin banyak yang perlu kita tahu.
Hubby plak kata nak belikan rak buku untukku
Isk3 bukan perli kot noo..


Rs: Terima kasih atas segalanya..


Syukur ke hadrat Ilahi
Hari ini aku adakan sedikit jamuan di opis
Sempena APC tempoh hari

Alhamdulillah
Ada rezeki lebih lagi nanti
Insyaallah boleh buat lagi


29 June 2010

Kerana Cinta

Cinta itu cahaya sanubari
Kurnian Tuhan fitrah insani
Dan di mana terciptanya cinta
Di situ rindu bermula

Cinta itu tidak pernah meminta
Tetapi memberi sepenuh rela
Rasa bahagia biarpun sengsara
Berkorban segala-gala

Semua kerana cinta
Yang pahit manis dirasa
Menghibur nestapa
Merawat luka damai di jiwa

Terpadam api benci permusuhan
Terjalinlah kasih sayang
Begitulah cinta yang diidamkan
Tanpa nafsu yang mencemarkan

Jangan pula kerana bercinta
Kita pun leka entah ke mana
Dan jangan pula kerana bercinta 
Tergadai semua maruah agama

Cinta yang sejati hanya cintakan Ilahi
Cinta ayah bonda tulus suci selamanya
Cintakan saudara masa berada hanya sementara
Cinta sesama insan suburkan ketaqwaan

Resah Hati 3


Ikatan Ukhwah yang terjalin antara kita
Ibarat air yang di cincang takkan putus
Darah yang mengalir dalam tubuh ku juga sama denganmu

Entah mengapa..
Aku tak mampu untuk cuba mengerti
Sakit hati, sakit kepala bila cuba ku fikirkan

Itukah yang dinamakan cinta
Namun mengapa perlu ada yang terluka
Apa erti sayang
Jika hati tak senang

Inikah yang dinamakan kasih
Andai kau tersalah pilih

Usahlah pejamkan mata hati
Dan bukalah minda
Fikirlah masak2
Fikirlah yang terbaik buatmu

Jangan kerana dia telah hadir
dan telah bertahta di hatimu
Kau lupa semua
Kau buang semua

Adilkah?
Tergamakkah kau buat sebegitu
Melukakan hati insan yang melahirkanmu
Menimbulkan resah di hati insan yang bergelar ibu

Itukan MAK
Dia yang patut kita jaga hatinya
Bukan setakat makan pakainya

Diakan MAK
Dia telah lama merasa susahnya
Untuk membesarkan kita
Tak bolehkah kita senangkan hatinya
Bukan menambah sakit dalam hidupnya

Seorang ibu tak pernah mengharap balasan dari anaknya
Tapi tak bolehkah seorang anak melapangkan dada ibunya
Terutama di usia emas ini

Fikirlah..
Pilihlah dengan mata hati mu
Jangan kerana orang asing itu
Kau buang MAK
Kau buang saudara sedarah sedagingmu ini

Semoga Tuhan beri cahaya petunjuk buatmu
Amin.

28 June 2010

Kembali Bertaut Kasih


Alhamdulillah..
Mama ngan Papa dah balik, sayang..
Rindunya kami kat kamu berdua

Sepanjang terpisah
Mama & Papa rindu sangat kat Abang & Adik

Alhamdulillah..
Segalanya telah selesai
Kini kita kembali bersama

Insyaallah..
Inilah kebahagiaan setelah perpisahan.
Semoga ianya mekar di sinar suria

25 June 2010

Jangan Nakal2...

Please x3
Kamu jangan nakal
Ku pergi sebentar sebab ada kerja,
 Wo…oo please x3
Kamu jangan nakal
Nanti aku datang bawa yang kau pesan
Diriku untukmu…

Malam ni mama nak bertolak ke Putrajaya
atas urusan kerja
lepas habis kerja mama balik la
harap2 adik ngan abang
jangan nakal tau
dengar cakap tok
harap semuanya berjalan lancar

22 June 2010

My Hero is Ultraman?!

Jumaat baru ni Syakir jatuh dari kusyen
takda luka @ darah
tapi dia nangis
sakit katanya
ku pujuk, ku sapu minyak
dia pun diam dan tido
bila sedar, dia cakap tangan Syakir sakit..
aku mula takut
ku dukung Syakir tunjuk kat Pak Njang dia
katanya ok.. kalau patah @ renggang tentu dah bengkak
aku rasa lega skit
tapi tetap sapu minyak kat bahu dia tu
tup2 petang semalam dia cakap sakit
tak bagi sentuh kat bahu dia tu
hubby pujuk2 sampai dia tido
baru dapat pegang tempat sakit tu
hubby terus tepon aku kat opis
ada bengkak kat tulang selangka dia
aku mula risau
ku ajak hubby check klinik dari awal dia kata ok tak da apa2
tapi ni aku minta tolong hubby
bawa Syakir pergi klinik malam semalam
sampai kat klinik, ramainya orang
bila la nak sampai turn ni?
hubby ajak tukar klinik
mula aku bantah sebab doktor klinik tu kasar ngan budak
tapi pk2 dah lewat aku turut la juga
klinik ni tak ramai sangat org
sampai turn Syakir
rasa cam nak nangis ada
bila kasar tangan doktor tu pegang bahu Syakir
kata doktor
kes ni kena refer hospital
dia buat skit surat untuk diserahkan di bahagian kecemasan
alhamdulillah Syakir tak membantah senang plak kena pujuk
mana taknya.. doktor dok melayan cerita ultraman ngan dia
Syakir ni peminat No.1 Ultraman
Hari2 tengok ultraman
Nak ajak pergi klinik pun nak pakai baju Ultraman
masa nak x-ray pun dia pikir nak jadi ultraman
bila dapat result aku terkejut
rupanya tulang selangka dia patah
tapi sedikit jer
kata doktor bagaikan sehelai rambut jer
sebab dah malam kami terpaksa datang pagi esoknya
untuk susulan, jumpa pakar ortopedik
pagi tadi kami ambik surat & x-ray kat bahagian kecemasan
terus ke unit ortopedik


Syakir masih aktif
tak macam orang sakit jer kalau tengok
lama gak menunggu turn
setelah diperiksa dan disoal oleh doktor2 kat dalam tu
doktor cuma kata..
datang 6 minggu lagi untuk x-ray
nak tengok perkembangan tulang tu
itu sahaja..

dalam perjalanan pulang, singgah klinik semalam
ambik ubat aku plak
demam selema dah berjangkit la
dapat 1 hari MC, jimat cuti rehat
aku cerita bab syakir dah doktor tanya
n dia nasihatkan pakai anduh
supaya keadaan tak bertambah teruk
so singgah la farmasi belikan anduh untuk Syakir


kesian plak tengok dia ngan anduh ni
tapi kejap jer
budak2 mana mau ikat2 ni
sekejap je, dia kembali aktif cam biasa
tengok tu dah mula mewarna


hai la anak mama & papa ni
tahan lasak sungguh
sesekali ja mengadu sakit
kuatnya..


"Ya Allah, panjangkanlah umur anak2 kami ini, terangilah hatinya, teguhkanlah imannya, bagusilah amal perbuatannya, lapangkan rezekinya, dekatkanlah menuju kebaikan, jauhkanlah dari keburukan.
Ya Allah, kabulkanlah doa kami ini, agar anak2 kami menjadi anak yang soleh, yang senantiasa taat kepadaMu dan berbakti kepada kedua orang tuanya.
Amin ya rabbal ‘Alamin."

21 June 2010


Baru ja tinggal kejap
Hubby dah demam plak
Aku pun dah mula rasa cam tak sihat ni
tiba2 selesema
Rafiq ok!
Syakir?!
Semoga malam ini akan menjelaskan segalanya
Ya Allah Ya Tuhan
Permudahkanlah urusan kami
Amin..
Cepatnya hari berlalu..
Hari ni dah Isnin.
Persekolahan pun telah bermula kembali.
Biasalah, 1st day back tu school. Liatnya Rafiq tu nak bangun pagi. Puas pujuk.
Nasibaik papa dia cuti hari ni. Kalau tak lewatlah aku masuk kerja.
Papa cuti hari ni sebab Tok depa p kenduri kat Pahang tak balik lagi.
Pergi dari khamis tapi entah bila la rasa nak balik pun tak tau..
Anak2 selalu dia yang tolong jaga bila kami pergi kerja.
Papa tak nak kasi orang lain ngasuh.
N Tok depa sendiri berkeras nak ngasuh.
Jadi depa xbiasa la ngan orang len.
Jadi camni terpaksa la bergilir2 ambik cuti.
Hujung tahun plak nak guna banyak cuti..
Tapi bila aku yang keluar pergi kerja ni..
sedangkan suami kat umah..
walaupun dengan kerelaan dia..
sekelumit di hati ini tak mampu aku tangkis
rasa bersalah padanya
kesian dia..
walau ucapan maaf bertalu ku lafazkan
namun perasaan ini
tetap bersarang di hati


18 June 2010

Muslimah sejati bagaikan bunga
Harum di taman mekar di jambangan
Wangi ditangan, wangi ditangan..

Muslimah sejati seorang serikandi
Bagaikan Fatimah Az-Zahra'
Yang mejadi lambang cinta suaminya
Mejadi benteng lambang ketabahan
Meruntuh ego kemungkaran...

Muslimah sejati bagaikan mariam
Yang suci dari segala sentuhan
Yang bersih dari kesilapan
Lantasku hirup kesegaran iman
Yang di dambakan setiap insan..

Muslimah sejati..
Seorang teman..
Seorang isteri..
Seorang serikandi..
Setianya pada suami..
Dan jua pada Ilahi..

11 JUN 2010



Dah anak sulung mama & papa ni..
11.06.2010 dah genap Rafiq 5 tahun..

Bukan mama lupa sayang..
Untuk buat n3 pasal birthday anak mama yang sorang ni..
Cuma mama belum berkesempatan
nak upload gambar2 khas untuk n3 birthday abang

Tapi sayang mama..
Sejujurnya mama & papa sentiasa doakan yang terbaik buat anak2 kami

Rafiq sayang..
Sekarang Rafiq dah 5 tahun
Dah besar dah anak mama ni

Dulu kalau tanya Besar nanti nak jadi apa
dia akan jawap
Rafiq nak jadi angkasawan
Wah tingginya cita2 anak mama seorang ni
Mama & Papa pun tak pernah terfikir sampai ke situ


Sekarang ni Rafiq minat sangat nak cerita Detective Conan
Peminat setia ni..
Kalau nak minta suruh watpa pun takleh
Kena tunggu iklan or habis cerita ni
Katanya, "Kalau kita nak jadi polis.. kita kena lah tengok cerita macam ni."
Anak mama nak jadi polis plak ker..?
Tapi pengaruh tv ni memang beri effect pada pemikiran kanak2 terutamanya
Nak tahu tak?!
Masa dalam perjalanan ke Perak tempoh hari
Kami terperangkap dalam traffic jam
Biasalah.. Mama & Papa pikir mesti kat depan tu ada eksiden
sebab ambulan, polis minta laluan
Sekali Rafiq bersuara, "Mama.. Ni mesti kat depan tu ada pembunuhan!"
Tergelak Mama & Papa
Tu la asyik sangat tengok Detective Conan

Walau apapun cita2 abang..
Selagi ia baik, Mama & Papa
Tetap sokong dari belakang
Semoga abang jadi insan yang berguna
juga anak yang soleh

Rafiq..
Maafkan Mama..
kerana tak dapat nak tunaikan segala permintaan Rafiq
Kata Papa, xelok manjakan sangat anak
tapi tak bermakna kami tak sayang abang

Sekarang abang dah besar dan kuat
abang tak leh lagi nangis2
Kan abang ada cakap pada mama & papa
yang abang nak jadi goodboy
so Rafiq kena belajar patuh cakap mama & papa
Kena belajar mengalah ngan adik
Dah tak boleh minum susu dalam botol lagi..
malu kan kalau orang tengok
ee dah besar tapi minum susu dalam botol
N abang kena kontrol makan juga kena rajin exercise

Mama & Papa buat semua ni
sebab nak abang jadi budak yang bijak juga sihat

SeLaMaT HaRi LaHiR RaFiQ
SeMoga ALLAH PeRKeNaNKaN Doa KaMi
SaLaM SayaNg
DaRi MaMa & PaPa

Gambar2 kat bawah ni sempat mama & papa snap sempena Birthday Rafiq Ke-5


17 June 2010

KeNa TaG

Dah lama tak on FaceBook
Hari ni saja2 intai
Banyak plak kena tag ngan kengkawan
Biar saja ku jawab di sini

Siapa Yang Merindui Saya Hari Ini?
Bukan saya hari ini.. Tapi setiap hari..
Rindu sapa?
Rindu My SweetHeart
My Little Heroes
Arwah Ayah
Family
Kadang2 kawan2 lama
yang dah lama tak jumpa
Kadangkala teringat jua

Siapakah Yang Menyimpan Perasaan Cinta Terhadap Anda??
Cinta yang sudah tiada makna buat ku lagi.
Yang cinta darinya.
Buah Hati ku.
Biar jarang ia mengungkap kata cinta.
Tapi ku yakin pada cintanya.
Semoga Cinta Kami sentiasa diberkati olehNya
Hingga ke Syurga.
Siapa yg berpura-pura baik dengan anda..?
Rasa macam ada.
Tapi biarlah.
Ikhlas atau tidak
Allah tetap tahu.
But.. just beware
DON'T SANGKA CLEAR WATER BOYA

Sape Yang Ambil Berat Tentang Kamu?
Alhamdulillah..
Masih ada yang sayang
Masih ada yang mahu mendengar
Masih ada yang mahu berkongsi
Thank You So Much to...
My SweetHeart
My Family
My Friends

16 June 2010


Ni LaH HaSiL KeRja TaNgaN
RaFiQ yaNg TeRbaRu



Dia La yaNg SNap FoTo Ni
Dia yaNg aTuR/aRaH BuDaK2 Ni
SyaKiR N HaZiQ puN  TuRuT SaJa

15 June 2010

Ledakan Amarah Ku

Ya Allah..
Menggigil tubuh ku..
Ketar jemari ku..
Hati ku panas..
Jantung terus berdegup kencang..

Ya Rabbi
Bantulah aku menahan amarah ni

Ya Rabbul Izzati
Hari ni kau hadirkan dia di hadap ku
Menguji iman yang tak sekuat mana

Suara hati ini tak mampu lagi
ku lontarkan sebaiknya
kerana amarah ku padanya
terlalu membara

Kenapa perlu ada manusia yang sebegini
mengapa harus wujud di bumi ini
mengapa perlu menjadi sebahagian daripada hidup ku
Benar kata orang pepatah lama
kuman seberang laut nampak
gajah kat sebelah tak terlihat pulak
sedap mengutuk orang kat belakang
kata berjuzuk2 tapi
bila terdesak
bila susah
bila tersepit
cari sapa?
mana kawan2 yang nak kami hormat?
mana kawan2 yang terlalu percaya?
mana? mana? mana?
ada ka?
hahahhahhaa
tak da la plak noo..
last2 cari sapa?
kami juga!

Ya Allah yang Maha Penyayang
Bantulah aku hadapi semua ini
Ku mohon padaMu
Agar berikanlah kedamaian di hati ini
Amin..



14 June 2010

R.I.N.D.U

aKu RiNdu
RiNdu paDa KaMu..
DaN KaMu.

SayaNg..
MaMa RiNdu
RiNdu paDa aBaNg & aDiK

RiNduNyeR..
RaSa CaM NaK BaLiK Jer..

CuTi 2 HaRi PuN
RaSa CaM TaK PuaS
BeRsaMa HeRo2 Ku

CePaTLaH MaSa BeRLaLu
DaH RaSa TaK SaBaR
NaK BaLiK PeLuK CiuM
aNak2 yaNg Ku RiNdu

10 June 2010

iRas WajaHMu MeNggaMiT RiNduKu

sEMaLaM..
sEoRaNg tEMaN aDa tuNjuK gaMBaR
fiLeM pRiNcE Of pERsia
Dia KaTa BEsT fiLeM ni
tENgoK puNya tENgok
tEERRpaNDaNg gaMBaR hERo
JaKe GyLLeNHaaL


 sEgaK KaN?
aDa sEoRaNg aBaNg
iRas2 WajaH HeRo Ni
KeRja sEBuMBuNg NgaN aKu
Tapi BuKaN sEOpis
aBaNg RTM pERLis Tu La..
bETuL La..
XcaYa?!
cuBa TENgoK gaMBaR Ni
BuKaN cuRi2 caNDiT tau
TERjuMpa DaLam aLBuM gaLERi Opis


BiLa aKu tENgoK
WaJaH KeDua2 LeLaKi KacaK Ni
pasTi aKaN MeNgiNgaTKaN aKu paDaNya
RiNDuNya.. BiLa LeH juMpa Ni..
RiNdu paDaMu
MuHaMMaD HaZiQ



09 June 2010

Lama sungguh tak menjengok kat blog ni..
Rindu plak rasanya..
Kebelakangan ni kesihatan ku agak kureng skit
Asyik sakit2 kepala ni..
Sabtu lepas pergi kenduri umah kak ipar kat Perak
Kenduri kesyukuran sempena
Birthday Ayah mertuaku + Nur Anissa Aqillah (anak sedara) + Rafiq
Renovated rumah dan
Majlis berkhatan Muhammad Najmi (anak sedara)
Alhamdulillah.. semuanya dipermudahkanNya


03 June 2010

Tua or Muda ?

aPa yaNg KORaNg NaMPaK DaRi gaMBaR Di aTas Ni?
Tua aTau MuDa?

aKu Ni MuDa Lagi La..

Teringat pulak masa aku pergi pasar malam semalam. Dalam sibuk2 mencari tudung kat ibu mertuaku, terdengar suara sorang perempuan "Ish! Tak mau la tudung kaler ni.. Macam orang tua la.." Bila ku toleh tengok siapa yang bersuara lantang tu. Tengok2 la leh panggil mak cik la.. baya2 mak2 kita dah..

Teringat plak kisah ni..
Suatu petang seorang wanita berumur lingkungan 50-an berbual2 kat halaman rumah bersama dengan seorang jirannya yang agak sebaya dengannya. Rancak berbual, keluarlah ibunya dari dalam rumah dan menghampiri mereka. Jiran tadi tegurlah, "Makcik, bila sampai.. sihat ka?" "Sihat.." jawabnya acuh tak acuh. Setelah beberapa minit berbual jiran tersebut meminta izin untuk beredar. Tak lama kemudian terdengar rungutan si ibu kepada anaknya "Ish! ada ka panggil aku makcik. Macam la aku ni tua sangat.." Si anak hanya terdiam. Apalah nenek tu kan.. memang dia dah tua pun.. jiran anaknya tu sebaya dengan umur anaknya. Dah kalau si anak panggil mak tentu la logik jirannya panggil makcik kan? Ish3 ada juga orang gini kan..

Peristiwa pagi tadi plak..
Semasa aku tengah tunggu roti canai yang aku order tu siap terdengar plak dialog ni..
A : La kak.. lama tak jumpa... berapa lama lagi ni?
B : Bulan 3 tahun depan.
A : 56 ka 58?
B : 56 la. Tak sabar nak pencen ni. Kamu bila plak?
A : Baru 50. Lagi 6 tahun. Lambat la.. jemu dah nak kerja ni..

Almaklumlah aku ni baru jer dalam servis masih belum jemu berkhidmat lagi. Tapi kadang2 aku terasa malas nak kerja lagi kat opis aku sekarang.. malas dengan kerenah bos.. malas ngan kerenah sesetengah staff kat sini.. Bisa buat aku migrain.

MuDa aTau Tua?
aDa yaNg Tua bERjiWa MuDa
aDa juGa yaNg MuDa bERjiWa Tua

sayaNgiLaH uSia KiTa
KERaNa sEKaLi ia pERgi
TiDaK aKaN aDa pENguLaNgaN KEMbaLi

DaN yaNg PeNTiNg..
jaNgaN Tua sEbELuM uSia

Terlepas sudah...

Lancang mulut aku pagi ni. Bukan apa, actually dah lama aku dok cakap2 dalam hati. Entah macam mana leh tersembur keluar.

Alkisahnya gini.. aku dah lama tak ambik cuti rehat. Aku punya dok pekin cuti sebab hujung tahun ni memang aku kena ambik cuti panjang khas untuk kenduri kahwin adik laki aku. Tapi esok, Rafiq ada program anjuran sekolah dia. Aku apply for standby kot2 hubby takleh cuti, aku kena take over la. Last aku cuti rehat awal bulan 4, tu pun sebab nak uruskan hal2 penting.

Tapi pegawai tu plak tanya aku... " Kenapa? Sekarang ni kalau nak cuti tak payah pengganti ka?" Lancar ja mulut ni berkata " Entahla.. Kalau saya, selama ni saya cuti ka exam ka 3  4 hari pun takda sapa plak yang dok ganti wat kerja.. so apa guna kalau hanya pengganti atas borang cuti jer..?" Dia jawab plak " bukan apa kalau client mai sapa nak layan..?"

Isk geram la.. kalau kami ni macam2.. nak cuti sehari pun kena fire.. yang len cuti lama2 5 6 hari, takda plak aku dengar bunyi2 uk ka ek ka.. yang macam chipsmore kat opis ni pun tak pernah kena tegur.. yang mai lambat balik awai berlagak pegawai pun takpa boleh.. orang len tu nak nga2 nak tido meleleh air liur slurp2 pun takpa.. Kenapa perlu pilih kasih?

Tension aku!! Rasa gini selalu.. buat aku rasa nak cau ja dari opis ni..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...