31 March 2010

Hangatnya Cinta - Lyana

Sering aku merindu
Rindu pada dirimu
Sering aku teringat
Teringatkan dirimu

Walau waktu berlalu
Kau masih di hati
Sentiasa wajahmu
Bermain di mata

Betapa indahnya cinta
Engkau dan aku
Tak mungkin ku lupakan

Engkau masih ku sayang
Sayang seperti dulu
Cinta mu di hati ku
Masih seharum dulu

Bersama kita rasa
Suka dukanya bercinta
Sedang hangatnya cinta
Kita pun berjanji setia

Di antara kita
Tidak rela berpisah
Demi kerana cinta

Apapun terjadi
Kau tetap ku cinta
Kerana cintamu abadi di hatiku

Apa pun terjadi
Pulanglah padaku
Kerana kau kekasihku

Adat orang bercinta
Semuanya indah saja
Bila sudah kecewa
Sungguh pahit terasa

Alangkah indahnya
Jika kau dan aku
Saling memahami dan
Saling setia
Betapa indahnya
Di dalam hatiku
Kasih dan sayang

30 March 2010

Ketaatan Seorang Dan Kesabaran Seorang Ibu

Semalam dalam perjalanan pulang dari kerja. CikLi cerita satu kisah kebetulan dia teringat katanya. Gini kisahnya lebih kuranglah..

Pada zaman dahulu, ada sepasang suami isteri tinggal di sebuah rumah di hujung kampung. Si suami seorang pendakwah dan si isteri pula surirumah sepenuh masa. Hidup mereka bertambah bahagia apabila dikurniakan seorang anak.

Pada suatu hari, si suami terpaksa keluar menjalankan tugasnya. Genap seminggu, pulanglah si suami. Si isteri menyambut dengan penuh rasa cinta dan kasih walaupun waktu itu telah larut malam. Pada malam si isteri tiada merungut walaupun letih dia tetap menjalankan tanggungjawabnya sebagai isteri.

Keesokan pagi, apabila si suami bangun.. sarapan telah tersedia untuk dijamah. Selesai bersarapan si isteri bertanya pada si suami " Wahai suamiku.. Bolehkah aku bertanyakan satu soalan padamu?" Si suami pun menjawab " Ya isteriku, apakah persoalan yang bermain di benakmu.. katakanlah." "Wahai suamiku. Suatu yang dipinjamkan kepada kita dan kita telah selesai menggunakannya. Perlukah kita kembalikan kepada pemiliknya yang sebenar?" " Ya isteriku, pulangkanlah ia setelah selesai kepada pemiliknya yang sebenar" " Ya suamiku, semasa ketiadaanmu, aku telah kembalikannya kepada pemilik sebenarnya" " Baguslah kalau begitu isteriku. Tetapi di manakah anak kita? Sejak aku pulang aku belum melihat kelibatnya.." Dengan tenang si isteri menjawab "Ya suamiku, sesungguhnya kelmarin aku telah memulangkannya pada pemiliknya yang sebenar" Maka terkejut besarlah si suami..

Ya Allah, sungguh kuat hati isterinya.. Walau dalam kesedihan hati seorang ibu kehilangan anak dia masih tabah untuk menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang isteri yang solehah. Sungguh tenang menghadapi dugaanNya.. Sungguh kental hati menahan sebak di dada..

Rasanya aku tak mampu untuk menjadi isteri sehebat itu.. Aku pula jenis tak tahu nak sembunyi rasa hati.. Tetapi kita kena belajar untuk menghadapi dugaan..

Rs: Tegur dan didiklah aku agar aku menjadi isteri yang taat dan ibu yang sabar.

29 March 2010

Inginku Pujuk Hati Yang Rajuk


Bagaimana harus ku pujuk hati yang rawan?
Bagaimana harus ku tenang hati yang gundah?

Serba salah untuk menuturkan kata
Takut tersilap kata
Takut juga tersalah faham

Ya Allah..
Berikanlah aku kekuatan itu
Tetapkanlah pendirianku dan pendiriannya
Kembalikanlah semula semangatnya yang hilang


Korban Rasa ..

Sesuatu kejayaan itu memerlukan sebuah pengorbanan. Untuk mencapai kejayaan, umpama kita sedang meniti jambatan gantung untuk ke seberang. Mungkin jua ibarat menaiki rakit buatan sendiri untuk tanah seberang. Bagaimana persiapan kita? Adakah rakit itu sangat cantik? Adakah ia cukup elok untuk selamat sampai ke destinasi? Dengan pelbagai rasa di jiwa.. bagai semangkuk rojak, ada manis.. ada masam.. ada masin.. ada pedas digaul mesra.

Bagaimana pula nasib ku di pertengahan jalan? Mungkinkah ada sesuatu yang menjadi penghalang? Atau ada sesuatu yang membantutkan niat awal ku? Mampukah ku tempuh semua itu? Tidak! Aku mesti sampai ke destinasi impianku. Aku mesti berjaya. Tentu semua orang akan berbangga dengan kejayaanku. Tapi bagaimana? Entah kenapa.. aku rasa semangat ku semakin pudar hari demi hari.. aku rasa sunyi berjuang sendirian. Aku rindukan semua, keluarga jua teman.

Adakala ku terasa penat untuk mendayung rakit buatanku. Terasa cukuplah sampai di sini. Aku tak mahu ke sana lagi. Datanglah sini menjemputku.. tapi permintaanku tidak pernah ada yang kisah. Nampaknya aku perlu terus mendayung hingga ke destinasi. Aku tak mahu tersungkur sendirian di sini. Mungkin ada rahmat sebalik dugaan ini. . Mungkin ada nikmat atas derita ku.. Kini ku akur dan redha atas kehendakNya.

Titisan Hujan Yang Jatuh Ke Bumi

Setujukah korang...
Jika ku ibaratkan duit itu laksana titisan hujan yang turun dari langit..

Di saat bumi ini kering kontang.. ia hadir membasah bumi..
Di saat bumi kehausan.. ia turun menyiram..

Kadang kala.. bumi teramat rindukan titis hujan
Namun hujan tidak hadir.. bukan kerna ego
Tetapi menuntut sebuah kepastian..
Benarkah bumi rindukan hujan?


Sebenar hujan juga amat rindukan bumi..
Dik tak terbendung rindu di dada
Akhirnya menitis jua airmata hujan


Bila bumi mula rajuk
Kekasih yang ditunggu lewat tiba
Puas jua hujan memujuk
Melimpah air matanya
Tak tertakung bumi


Mujur ada sang mentari
Dipujuk dirayu
Sepasang kekasih ceria kembali.
For The Rest Of my Life - Maher Zain
I praise Allah for sending me you my love
You found your home and sail with me
And I`m here with you
Now let me let you know
You`ve opened my heart
I was always thinking that love was wrong
But everything was changed when you came along
OOOOO
And there is a couple words I want to say
Chorus:
For the rest of my life
I`ll be with you
I`ll stay by your side honest and true
Till the end of my time
I`ll be loving you...loving you
For the rest of my life
Thru days and night
I`ll thank Allah for open my eyes
Now and forever I…I`ll be there for you

I know it deep in my heart
I feel so blessed when I think of you
And I ask Allah to bless all we do
You`re my wife and my friend and my strength
And I pray we`re together in Jannah
Now I find myself so strong
Everything changed when you came along
OOOO
And theres a couple word I want to say

*Repeat Chorus
I know that deep in my heart now that you`re here
Infront of me I strongly feel love
And I have no doubt
And I`m singing loud that I`ll love you eternally

Repeat Chorus
I know that deep in my heart..

28 March 2010

Mana Yg Kau Mahu...

Tidakkah kejujuran dan keikhlasan itu perkara di dalam setiap hubungan? Tak kiralah samada hubungan itu antara kawan2, pekerja-majikan, suami-isteri, murid-guru dll. Mampukah hubungan ini bertahan andai tiada kejujuran dan keikhlasan? Mungkinkah terputus di tengah? Mungkinkah terlerai sebuah ikatan? Mana yang kau mahu.. tentukanlah pilihanmu.

My Memory








My Memory
I remember everything
I can see even a little thing
When i close my eyes

You far away
Somewhere that I can't reach
I didn't say I love you
Or I will wait for you

I really didn't imagine
meeting you again
I still love you

I confess to you now
I wanna love you forever
If it is not late
Forever with me

Even though
My heart lived without you for a long time
You still were in my heart

26 March 2010

Dapur.. Lambang Cinta Kita.

Kata2 Chef Wan dipetik daripada di sebuah majalah tempatan :-
  1. Kenapa ramai wanita hari ini tidak menggunakan kelebihan memasak untuk memikat hati keluarga?
  2. Memasak itu sebenarnya mudah dah seronok.
  3. Kesibukan bukan alasan kerana banyak cara boleh dilakukan agar orang2 yang disayangi dapat menikmati resepi sajian sendiri.
Memang betul pun.. Entahlah mungkin sebab sibuk dengan kerjaya masing2. Lepas kerja dah penat, banyak lagi kerja yang nak kena settle kat umah tu.. kalau ada yang sudi tolong takpalah, kan? Ni semua kena wat sendiri.. terasalah penatnya.. Kadang2 tu beli nasi ayam, or nasi bungkus jer or keluar makan kat luar. Pemalas ke namanya tu? Terpaksalah.. kalu terlalu letih.. Tapi hujung minggu InsyaAllah sehingga ke hari ini aku masih mampu untuk masak masakan kesukaan orang2 yang ku sayang..

Seronok rasa bila kita masak untuk yang tersayang ni... tambah pulak tengok diorang sampai bertambah2 makanan yang kita sediakan tu.. dan bertambah kembanglah pulak kalau kena puji yang masakan kita perrhhh sedap... bahagia rasanya.

Entah bila aku suka masak ni tak tahulah nak cakap.. Tapi aku mula serius minat nak masak ni sejak aku kenal  si dia. he3 si dia suka makan.. so kena belajarlah pikat hati si dia.. Mak lah my sifu.

Ingat lagi 1st time aku masak..
Waktu tu aku tinggal ngan tok ngan wan sebab rumah diorang lebih dekat ngan sekolah aku. Masa tu dah form 2 tapi tak pernah masak sendiri pun.. selalu jer curi tulang bila time masak.. Kebetulan suatu hari tok sakit, kena tahan kat wad beberapa hari sebab asma. Tinggallah aku ngan wan. Pagi tu wan letak sayur ngan telur atas meja dan dia suruh aku masak nanti dia nak makan. Hah! mahu tak gelabahnya.. camna ni aku belasah jer lah.. masak nasi, buat sayur sawi n goreng telur tapi aku tak makan pun.. entah aku tengok semacam jer.. macam pelik jer.. kesian kat wan terpaksa makan makanan yang aku rasa mesti tak sedap.. wan aku tukang masak sebenarnya tapi dia taknak masak.. emm mesti nak kenakan aku ni.. yalah anak dara apa tak tahu masak.. lepas pada hari tu aku agar rajin la sikit nak tolong tok kat dapur tu.

Tapi setakat tolong manalah nak tahu masak sendiri.. resipi sendiri... Ingat pulak masa mula2 kawin.. aku dok sekali ngan mertua.. Mentang2lah dapat menantu.. dia tak masuk dapur dah.. tinggal aku terkulat2 hua3 nak buat camna ni.. cukup time orang nak makan.. Nak tahu tak apa yang aku buat? He3 hampir setiap hari aku curi2 tepon mak camna nak buat.. ada kot sebulan.. Diorang kata sedap.. Orang tak tahu aku tak reti masak.. Nasib baik ada mak jadi penyelamat.. Toce mak... Jasamu tetap ku kenang..

Tapi sekarang ni dah pandai sikit dah.. bolehlah nak makan.. nak cuba2 resepi baru.. Demi orang yang tersayang aku sanggup belajar. Sekarang ni taklah rasa gugup di dapur walau seorang diri. Lagipun kata orang2 tua dulu.. air tangan isteri tu penambat hati suami.. air tangan ibu itu mengeratkan kasih sayang anak2.

Kalau dia makan masakan kita, dia selalu teringatkan kita..
Kalau dia makan kat kedai mamak... tu yg dok teringat kat mamak..
Kalau dia makan kat kedai indon.. hai.. mau biar ka? Sendiri mau ingat, naa..


Rs : Aku rela menjadi tukang masakmu buat selamanya.

"......Do you remember the time when little things made you happy

Do you remember the time when simple things made you smile

Life can be wonderful if you let it be

Life can be simple if you try...."

Kawan..

Kawan..
hidup ini umpama langit yang tidak selalu cerah
Kawan..
hidup ini bagaikan awan yang tidak selalu putih
Ingatlah bintang-bintang di langit
Takkan terus berkelipan
Ingatlah pelangi yang indah
Pasti akan hilang

Kawan..
jangan biarkan dirimu
Umpama rama-rama
Cantik namun akhirnya menjadi perhiasan di dinding
Kawan..
jangan biarkan dirimu
Seperti lipan dan kala
Berbisa namun akhirnya
Menjadi perhiasan di meja tulis

Oh! Kawan..
jadilah seperti si matahari
Membakar diri demi insan sejagat
Oh! Kawan..
jadilah seperti bulan purnama
Menerangi malam yang gelap gelita
Menunjukkan jalan demi ummat semesta

Namun kita jauh di dunia sendiri
Bekalan sendiri
semangat sendiri
Impian sendiri

Meski pun jauh namun kita tetap bersama

Dek ruang yang memisahkan kita

25 March 2010

Pilihlah dengan mata hatimu...

Kisah ini so cute.. aku terbaca dalam laman sesawang Kurakusrakus.. Jom layan..

 Gambar Hanya Hiasan..

Pada suatu hari di sekolah, seorang murid bertanya pada gurunya. Ketika itu guru tersebut sedang mengajar mengenai kasih sayang...



MURID : "Cikgu, mcm mana kita nk pilih seorang yang terbaik sbg org yg paling kita syg? Mcm mana juga kasih syg itu nk berkekalan?"



CIKGU : "Ok, kamu ikut ape yg sy suruh. Kamu pergi ke padang, kamu berjalan di atas rumput sambil memandang rumput di depan kamu. Pilih yg PALING cantik tanpa menoleh ke belakang lagi walau sekali. Dah petik rumput yang PALING cantik, bawa ke kelas."



Apabila murid tersebut pulang, tiada sehelai rumput pun di tangannya. Cikgu bertanya "kenapa tiada rumput yg dipilih?"



MURID : "Tadi masa saya berjalan, saya carilah rumput yg paling cantik, mmg ada byk yg cantik tp cikgu kata petik yg PALING cantik, maka saya pun terus berjalan ke depan sambil mencari yg paling cantik tanpa menoleh ke belakang lg. Tapi, sampai dipenghujung padang, saya tak jumpa pun paling cantik. Mungkin ada di antara yg belakang saya tadi rumput yg paling cantik tapi cikgu dh ckp jgn menoleh ke belakang semula, jadi tiadalah rumput yg boleh saya petik..."



CIKGU : "Ya, itulah jawapannya. Maknanya apabila kita telah berjumpa dgn seorang yg kita syg, jgnlah kita mencari lg yg lebih baik dari itu. Kita patut hargai org yg berada di depan kita sebaik²nya. Jgn kita menoleh ke belakang lg kerana yg dh berlaku tetap dh berlaku. Semoga yg berlalu takkan berulang lg. Dan ingatlah, org yg paling kita syg itulah yg paling baik dan paling cantik. Maupun jika nk di ikutkan ramai lg yg cantik dan baik seperti rumput tadi...."

Rs : Aku pilihanmu dan kau jua pilihanku.. InsyaAllah ini adalah pilihan yang terbaik untuk selamanya.

Dua Tahun Sudah...

Kini genaplah 2 tahun aku ditempatkan di jabatan ni sebagai pembantu tadbir. Pejam celik masa berlalu tanpa menunggu. Aku masih lagi di sini.

1st time aku melangkah masuk opis ni.
Aku rasa pelik... opis ker ni? Lengang jer.. Maklumlah opis lama dulu sibuk, ramai staff, ramai orang.. sampai kekadang tu xmenang tangan nak handle kja.. Kadang tepon bunyi pun, siap pesan kat member kata takda kat tempat sebab xlarat nak melayan karenah pegawai2 yang tepon bertanya pelbagai persoalan.. kadang2 tu benda kecil jer tapi diorang tu tak tau nak solve sendiri walau berkali2 ajar dah.. But dalam busy tu aku enjoy kerja kat sana. Kawan2 pun best gak. Tapi terpaksa pindah ikut suami ke Perlis ni.. Kata orang tak elok suami isteri dok asing2. Lagipun, bukankah tempat isteri tu di sisi suaminya.

1st time masuk opis ni..
ada orang bagitau jangan risau kat sini xbanyak kerja.. siap bleh main game lagi tapi rupanya baru ku tahu banyak kerja yang kena buat termasuk kerja2 yang kebelakang. tu lah kerja yang aku paling malas nak buat tapi nak buat camna? Dah tanggungjawab kita xleh nak ikut orang.. kita kena jadi diri kita sendiri..

1st time masuk sini..
Awal2 dah kena warning.. beware dengan this minah.. tapi bagi aku, tak salah berkawan.. tak boleh menilai atau menghukum seseorang tu hanya dengan kata2. Telinga yang mendengar tapi mata belum terlihat dan hati juga belum terluka.. jadi mengapa mahu di anggap lawan?! Fikir2lah yerk..

1st time aku masuk sini..
Aku respect pada pegawai. Aku anggap mereka tempat aku menimba ilmu dan beri tunjuk ajar. Sedangkan hari ini rasa hormat tu entah ke mana2.. masih ada tapi mungkin tinggal secubit jer..

Dalam tempoh 2 tahun ni..
Ada kata2 yang tak dapat aku kulupakan, antaranya "Hang sapa? Pegawai pun tak berani tegur aku!" Niat ikhlas aku disalah ertikan. Niat tegur sebagai kawan.. minta maaflah.. dan aku dah tekad takkan tegur dia lagi sesejak hari itu.

Hatiku aku pernah sakit.. sakit sangat.. Apa taknya.. kita yang berusaha perah otak, tiba2 orang yang boh nama.. orang lain yang dapat nama.. kita ni umpama tak buat apa2. Bengang rasa!

Apapun banyak yang aku belajar dalam 2 tahun ni..
Andai ada rezeki lebih diberikan Tuhan, jika aku menjadi seorang pegawai suatu hari nanti..aku ingin jadi ketua yang berintegriti..yang adil, perihatin pada staff bawah, bertanggunjawab pada tugas dan peka pada keadaan sekeliling. InsyaAllah..




24 March 2010

Sepi Sekeping Hati


Sunyinya petang ini..
Sesunyinya hatiku..
Sepi tanpa teman..
Hanya deruan ombak menghempas pantai..
Yang setia menemani..
Di manakah dikau permata hatiku..
Rindu ini makin berlagu..
Resah hati ingin bertemu..
Hadirlah sayang..
Hanya dirimu pengubat rindu..
Hadirlah kasih
Usahlah terus menyisih
Hadirlah cinta
Usaikanlah rantai rinduku


Setiap insan memiliki hati dan setiap hati itu memiliki cinta. Hati adalah tempat bersemayamnya cinta dan bersemayamnya cinta di hati itu menjadikan kita sebagai insan. Begitulah eratnya antara Insan, Hati & Cinta. Tidak dapat dan tidak mungkin dapat dipisahkan.

23 March 2010


Dikala ku gembira dengan suatu perkhabaran.. senyum girang baru saja nak ku ukir namun dugaan dariNya menyebabkan airmataku tak mampu menahan tangis. Ya Allah berikanlah aku kekuatan untuk tempuhi semua ini. Ku tahu, ku sedar ini semua terjadi kehendakMu agar aku tidak hanyut dalam ria dan ini semua membuatkan aku diberganjak di sisiMu.

Tika ini aku terlalu rindu kan arwah ayah.. teringat satu pesannya.. dan merupakan suatu amanah buatku.. suatu ungkapan kata yang mudah didengar tetapi tidak semudah itu untuk aku tunaikan.. kadang2 aku rasa terlalu berat dan bagai tak mampu untuk aku pikul.. Ya Allah, Kau permudahkanlah semua ini..

Manusia bukan semuanya sama.. lain yang kita fikirkan lain pula cara dia berfikir.. masing2 dengan cara sendiri untuk mengapai impian hidup di dunia yang sementara buat bekalan kita di akhirat sana. Berfikiran terbuka, berbincang bersama mungkin cara ini mampu memberi suatu kata putus InsyaAllah yang terbaik.

Kepala mula terasa sakit bila aku mula memikirkan semua ini.. Ada sesuatu dihujung sana yang memerlukan jalan penyelesaian, tegarkah aku menjadi tunggul yang tak bernyawa? 

Terima kasih pada yang sudi mendengar, berkongsi rasa dan meyakinkan aku untuk terus yakin melontar bicara. Walau apapun aku harap lembutlah hatinya untuk menerima pakai apa yang bakal aku bicarakan nanti..

Coretan Hari Ini

Alhamdulillah anak2 ku beransur lega dari sakit.. cuma bab makan tak ok lagi.. Si abg sakit mulut, si adik tak lalu makan.. petang tadi aku masakkan mee suah. makanan orang sakit mak aku cakap.. emm kadang2 tu tak lalu makan aku masak gak.. syukur anak2 mau makan.. taklah masuk angin perut tu..

Em bila tengok diorang dah leh bangun bermain, bercakap semua lega lah sikit.. kalu tak sayu ja hati bila dengar diorang mengerang kesakitan.. sekali ngan kita terasa sakitnya.

Lawaknya waktu magrib tadi, tika nak nak solat, si adik pun sibuk jer nak solat.. dia hampar sejadah sendiri.. oh eh oh eh tengok dia dok betulkan sejadah.. dia pun solat lah cara dia.. Allahu Akhbar!  Bismillahirahman nirahim.. Allahumma bariklana.. Aik! lah budak ni baca doa makanlah pulak.. Budak2.. apa dia tau kan?

Jam dah pukul 11.30 malam, dua hero aku ni tak tidur.. harap dia dapatlah tidur yang berkualiti malam ni.. semoga cepat sembuh ... Big Hero mana? Tak balik rumah lagi.. Papa dia sejak akhir2 ni sibuk skit.. ada urusan yang perlu dia selesaikan.. Entah pukul berapalah baru leh balik... So, mama bertemankan laptoplah sampai mata rasa ngantuk..

Alamak! Dah lupa.. bekalan air terputus sejak pukul 6 petang tadi.. esok kena bangun awal.. harap2 ada lah air untuk mandi ke pejabat.. kalu tak.. takkan nak p kerja tak mandi kot.. oh! tidak.. terpaksa cuti lagi lah..

22 March 2010

Kata2 Buat Semua..

"Kadang-kadang ALLAH sembunyikan matahari,

DIA datangkan hujan petir.
  
Kita bersedih dan tertanya-tanya kemana hilangnya matahari ,

 rupa-rupanya, ALLAH nak hadiahkan kita pelangi yang indah.

  ALLAH berikan kita kesusahan sebab DIA nak berikan kesenangan sekiranya kita tabah dan terus berusaha."


~~~@ @~~~


Kita minta kepada Tuhan setangkai bunga segar...Ia beri kaktus berduri,

Kita minta kupu-kupu...diberinya ulat berbulu,

Kita sedih dan kecewa...

Namun kemudian, kaktus itu berbunga sungguh indah sekali,

dan ulat itupun menjadi kupu-kupu yang sungguh cantik,

Itu lah jalan Tuhan, indah pada masaNYa.

Tuhan tidak akan memberi apa yang kita harapkan tetapi..

Dia memberi apa yang kita perlukan...

Kadang-kadang kita sedih, kecewa, terluka tetapi jauh di atas segalanya...

Dia telah mengatur yang terbaik dalam kehidupan kita...

Bukan Ku Pinta Lahir Ke Dunia

Dalam akhbar Mingguan Malaysia Ahad 21.03.2010.  Tersentuh aku bila baca puisi nukilan Solihin Osman ni...

PUTIH YANG HITAM

Anak siapa yang terdampar itu
dihempas gelombang nasib
sebuah botol merah di sisi
sehelai kain lampin lara
lalat2 datang mencium neraka
bayang2nya menjadi api puaka

Di mana2 tumpah tangisan
dihanyutkan kezaliman mesteri
seekor anjing malam mengukir dosa
di kukunya ada sebilah kejahatan
dan hujan yang turun menjadi pasir
menimbulkan kesedihan bumi.

Dalam samar2 kehidupan
mereka aku lihat menghirup dusta
burung2 sesat terkandas
di daerah sempit yang ungu

Siapakah mereka di antara sampah2 ngeri
menternak kejahatan serta memberi airmata
kepada sebuah kematian

Anak2 siapa yang kami kutip
setelah dimaklumkan oleh anjing gila
dan lalat2 malam
yang tak mampu menahan sebak
dan kesedihan.

Sedih.. sebak.. terasa pabila melihat saban hari makin ramai anak2 kecil menjadi mangsa.. sungguh kecil.. sungguh suci.. mengapa dia pula yang menjadi mangsa kekejaman org tuanya.. kenapa dibuang? kenapa dihukum demikian rupa.. insan kerdil yang tak pernah meminta untuk dilahirkan di dunia ini. Sungguh kejam..!


Deritamu Deritaku - Irene & Helen

Garis senyum di bibirmu
Ada bayang luka
Tak perlu kau berdusta
Tentang hatimu
Aku dapat merasakan
Sejak mula lagi
Derita yang kau simpan
Telah ku alami

Mengapa masih merahsiakan
Pengalamanmu di masa lalu
Tak percayakah kau padaku
Teman yang karib juga senasib
Izinkan jejariku menyembuhkan lukamu
Jangan sampai airmata tertumpah lagi

Detik-detik mengharukan
Usahlah dikenang
Agar nada ria
Menggantikan duka
Deritamu deritaku
Biar jadi debu
Sama-sama meniti hidup yang baru


Anak2 Permata HatiKu

Dah Tido dah anak2 ku.. Lega rasa bila diorang dah tido setelah seharian bermain. Si abg selalunya tido awal.. lepas magrib bagi dia makan malam.. tak lama pukul 8 lebih tido lah.. mudah! tapi kekadang tu wat hal gak.. jenuh kena paksa tdo.. Esok kena pergi tadika.. kalu dia lambat, maknanya aku masuk opis macam pencuri dah rupanya.. mana taknya.. masuk lewat rasa bersalah ler.. biarpun tak pernah lagi kena tengking ngan bos tapi sendiri mau ingatlah kan? Si adik pulak, selalunya lewat sikit tdo.. kalu dia tido siang tadi.. hah! malam ni siaplah.. ibarat mata kena tongkat ngan batang mancis..tapi malam ni.. 10.30 dah lentok dah.. penatlah tu.. 

Waktu depa tengah2 lali nak tdo, aku suka tanya soalan2 or bagi nasihat sikit or bercerita kisah binatang kat depa.. ikut yang terlintaslah..

Malam ni, aku cakap pada si abg.. " abg, esok abg bangun awal tau..esok sekolah. abg nak jadi budak pandai, kan? Orang nak pandai kena p sekolah awai.." " emm ok mama.. esok mama kejut abg na.. anak nak jadi pandai.. abg nak p sekolah macam papa.. pastu nanti abg besar abg nak jadi polis nak tangkap orang jahat.. macam papa.." sejuk hati dengar.. harap dia ikut jejak papa dia lah sampai ke menara gading..

Dengan si adik plak.. "adik.. esok mama kerja.. papa pun kerja.. abg p sekolah.. adik dok ngan tok na.." teresak2 dia kata " tak nak.. adik nak p gak.." kesian dia kecil2 kena tinggal.. terpaksa sayang.. mama kena kerja nak bantu papa cari duit untuk keperluaan dan keselesaan kita satu family. tersentuh rasa bila anak rasa tak nak pisah ngan kita. Sayang jua anak2 kat aku.. walaupun aku kerja, waktu cuti or balik kerja.. full time aku hanya untuk depa.. aku tak nak ada jurang antara kami, aku tak ingin ada yang lain bertahta di hati mereka.. tak mahu tempat ku sebagai ibu mereka di ambil alih orang lain.

Emm macam manala ada segelintir ibu kat luar sana tu mampu membuang anak.. ada yang baru lahir, ada yang banyak bulan dah.. ada pulak sanggup mendera... yg sanggup membunuh.. agaknya orang camni tak ada sifat perikemanusiaan langsung! inikan pula sifat keibubapaan.. kejam! Sungguh kejam!

Bagiku, anak itu amanah Allah buat diriku.. tanggungjawab yang berat harus dipikul bagi seorang yang bergelar ibu atau bapa.. bermula sejak dalam rahim lagi hinggalah dia dewasa. tanggungjawab ibu bapa terhadap anaknya tak pernah putus melainkan ajal yang memanggil. Susu yang diberi tanda betapa kasihnya ibu sampai bila.. didikan n pengorbanan yang diberi tanda sayangnya ayah. Yang nyata.. apabila seseorang itu bergelar dan memikul tanggungjawab seorang ibu barulah dia mengerti kasih suci seorang ibu. dan apabila seseorang itu bergelar dan memikul tanggungjawab seorang bapa barulah dia sedar akan perngorbanan seorang bapa.

Rs : Ku impikan menjadi seorang ibu tak terbaik buat anak2 ku. Kasih sayang mama tak pernah pudar untuk kamu berdua. Mama tak sanggup.. walau berjauhan dengan kamu berdua. Kamu berdualah Permata Hati mama buat selamanya.

19 March 2010

Bukan sekadar sayang
Kata kau sungguh kau cinta dia
Hingga tak sanggup berjauhan
Kerana seksanya rindu bukan kepalang

Aku juga dalam cinta
Sepenuh hati ku cinta dia
Biar resah rindu terus membara
Biar pedih terpercik api baran
Ku anggap itu ujian dariNya
Ku yakin akan ganjaran sabar
Akhirnya pelangi cinta hadiah dariNya

Namun
Cara kita amat berbeza
Ikhtiar kita tak sama
Jalan singkat belum tentu ketemu syurga
Mungkin azab menanti masa

Biarlah
Jangan hatiku kau pujuk
Jangan tangan ku kau tarik
Ke jalan yang kau pilih

Aku yakin pada dia
Cinta di hatinya hanya untukku
Aku yakin pada restuNya
Kerana Dia kami kan terus bersatu


Petang ni plak ....


Menunggang motor Wave 125s merah sorang2... tak berteman.. teman  xda.. teman pergi men bola..

Hari ni mood melayan perasaan lah plak. ntah la... Pagi tadi pun masa nak pergi kerja dah camtu.. Nasib baik aku tersedar tapi takut jugakla.. terpaksalah ku kejap jam punch card.Memang sharplah aku masuk kerja hari niii. Tepat pukul 8.30 pagi. Tulah... syok berangan... (apa punya orang da.. atas motor pun leh berangan..he3)

Petang ni plak tak berangan tapi melayan perasaan.. sama ka? Eh! tak samalah.. Sambil nyanyi lagu exist.. ah! merawat luka di hati...isk3 pedih tau! Nyanyi sambil bawa motor best giler! Bukan suara akulah.. Best layan perasaan..He3 Sora aku tu biar aku jerk yang dengar... wat malu jer.. kuat jugak rasanya aku nyanyi tapi rasanya takda org dengar kot.. dengan pakai helmat.. angin kuat lagi.. mesti aku sorang yerk yang dengar, kan? Biarlah bukan kacau orang pun..

"...andainya kau jauh dariku, dekat di hatiku..andainya kau pergi dulu..hampalah cintaku.. jangan tinggal daku..jangan persiakan.. cinta yang murni.."

alamak! lupa lirik la plak.. Confirm tak layak masuk Jangan Lupa Lirik ni.. aku pun tak hingin la.. malu jerk.. Suara aku... ehem! biar aku jer yang dengar lunaknya..he3 lagu lain lah...

" oh sayangku..hulurkan tanganmu.." 

 Opps! Astagfirullah Hal Azim..3x Terkedu aku!!! Mata yang agak sepet ni tiba2 ja jadi bulat. Mau tau ka? Serius wa cakap lu.. Superman lalu sebelah gua.. fuhhh lajunya dia... macam tak caya ja kat perlis ni ada superman.. tapi cayalah.. aku cakap betul! Tak tipu.. sorilah tak sempat nak snap a foto.. handphone kat dalam beg nii.. Terkedu tadi! Nilah 1st time superman lalu tepi aku..Live! Cayalah  lu mamat rempit kat selekoh pun lu still jadi superman.. Agak confius aku.. apa lu ni memang takda punggung ke nak bawa motor leklok or... kaki lu tu panjang sangat..? Teruskanlah usaha lu tu tuk jadi superman.. Insyaallah suatu hari nanti lu dapat terbang betul.. silap hari bulan.. dengan nyawa2 lu sekali terbang.. Masa tu, barulah lu nak nyesal.. takda maknanya dah..

Hish! mamat nii kacau aku tengah feeling jerk.. Hhmm dah takda mood la nak sambung nyanyi.. :-p

Monolog Sekeping Hati


Hai lah hati.. kenapa lah makin hari makin sakit pulak terasa..

Sabar lah hati.. Ini semua dugaan buat kau..

Memanglah dugaan.. tapi aku takut dah tak dapat nak tahan sakit nii..

Sakit memang sakit.. Nak tak nak, kau kena tahan juga..

Hai.. rasa nak bersembur dah rasanya ni.. pedih sangat rasa.. rasa macam diperguna2kan.. aku bukannya robot.. ingat aku nii tak tahu letih ker..

Sabarlah.. orang tolong kita, jadi kita kena tolong orang balik.

Emmm memanglah.. kalau boleh aku tak nak menyusahkan orang.. buat prinsip aku lah.

Aku tahu kau memang baik.. so kenapa plak nak sakit hati segala?

Tu lah masalah aku nii... kau pun tahu. Bila aku tak suka orang tu.. matilah aku akan suka balik. tapi aku dah cuma buang ego aku tu jauh2 demi kebahagian orang2 yang aku sayang. Aku tengah cuba untuk tanam suka tu semula tapi...

Tapi..?

Dalam aku tengah mencuba ni.. kenapa dia betul2 nak duga aku? Duga kemampuan aku untuk rela berkorban?

Yang berjaya itu sebelumnya ia diuji..

Hati ni sakit... pedih sangat terasa.. hati ini lemah.. lemah untuk menolak permintaan orang..

Menolong orang tu baik.. dapat pahala..

Pahala kebendanya... kalau hati dah tak ikhlas...?

Tolong dengan ikhlas.. Biar Tuhan saja yang membalasnya.

Mampukah hati ini kembali ikhlas.. itulah yang ku harapkan sangat.. Moga hati ini tidak terus pedih menahan sakit.
Awak..
Andai satu hari nanti..
Mungkin waktu tu.. saya dah tua dah tak cantik lagi...
Tiba2 ada seorang gadis yang cantik.. yang lawa.. comel.. lembut.. lemah gemalai..
Dia datang pada awak...
dan dia mengaku sayangkan awak.. tak boleh hidup tanpa awak.. dia benar2 sukakan awak..
Apa awak nak buat? Apa yang akan awak cakap pada dia?
Mungkinkah awak terima dia? sebab..mungkin awak fikir dia mungkin best..jadi awak lupakan saya buat seketika...?
Atau awak akan kata... Maaf! Saya tak boleh terima awak kerana saya sudah memiliki yang ter'best'."

Rs: ku amatlah berharap agar cintamu padaku tetap utuh walau apa jua dugaan mendatang... Ini janjiku.. aku kan terus berusaha menjadi yang ter'best' di hatimu..
Jangan berputus asa menghadapi kesusahan kerana titisan hujan yang jernih juga berasal dari awan yang gelap....

Hidup ini tidak sempurna kalau tidak diuji. Sesungguhnya, disebalik sesuatu yang berlaku itu tersingkap pelbagai hikmah disebaliknya. Cuma, manusia sahaja yang kadangkala tidak perasan hikmah yang terjelma itu.

Janji Pada Mu - Exist

Tiada kusangka sejak detik itu
Kau membuka pintu kamar dihatiku
Cinta yang terhampar satu tika dulu
Bersinar kembali
Pandainya dikau mencuri hatiku
Dengan kejujuran dan tingkah lakumu
Memberikan aku satu keyakinan
Mendungkan berlalu

Akan kupertahankan cinta ini
Demi kesetiaan kupadamu
Akan kutempuhi onak duri
Demi untukmu bidadari
Percayalah janjiku ini

Andainya kau jauh dariku
Dekat dihatiku
Andainya kau yang pergi dulu
Hampalah cintaku
Jangan tinggalkan ku
Jangan persiakan cinta yang murni

Akan kupertahankan cinta ini
Demi kesetiaan kupadamu
Akan kutempuhi onak duri
Demi untukmu bidadari
Percayalah janjiku ini

Andainya kau jauh dariku
Dekat dihatiku
Andainya kau yang pergi dulu
Hampalah cintaku
Jangan tinggalkan ku
Jangan persiakan cinta yang murni

Andainya kau jauh dariku
Dekat dihatiku
Andainya kau yang pergi dulu
Hampalah cintaku
Jangan tinggalkan ku
Jangan persiakan cinta yang murni

18 March 2010

Petang Yang ...............


Jam sudah menunjukkan 5.35 ptg, mesin punch card pun dah berbunyi. Cepat2 ku shut down pc kat depan ni. Alamak!! Kenapa skrg? tadi tak terasa plak... Isk3 terasa nak buang air kecil la plak... emm leh tahan lagi kot.. Rasa takut plak nak g bilik air. Mana tau.. diorang ingat aku dah balik tapi sebenarnya belum lagi.. tak pasal2 la nangis kat luar opis. apa taknya..beg tangan, telefon kat dalam opis tu.. Keluar opis.. turun lift dari tingkat 7.. sampai kat bawah..ehem terasa la plak nak..tut! aku pn pergi tiolet kat paras tu..alamak! ada org lah... dok repair.. emm tak leh jadik ni... hai rasa dah tak tahan ni... sebenarnya setiap level ada toilet..dari level 0 sampai level 11. Entah kenapa lah aku pilih level 2.. masuk jer dalam tu.. hai apasal aku rasa pelik semacam jerk? tengok pada bilik 1..rosak! ok lah..mana nak leh guna, kan? bilik 2? perghh! korang tau tak? cuba teka? ala teka la... korang niii? i think korang dah boleh agak dah niii.. uuuwwweekkkkk!!! nak muntah aku... apasal lah hidung aku nii kayu.. tak terhidu plak.. tapi syukur lah mata aku ni masih clear lagi.. mau kalu tidak?! Hai..tak tau nak cakap.. bukannya sikit..tu dia ahh.. selambak.. macam sebulan punya bekalan..hahhh!! so.. apa tunggu lagi.. blah la beb.. sambil menutup mulut menahan muntah.. cepat2 aku keluar macam lipas kudung dah rupanya. terpaksa naik tingakat 7 gak lah..sebelah opis aku.. Ceh! korang gelak yerk.. gelak lah.. sampai hati.. Isk3 sungguh tak best tau.. selama ni aku gelak kan kengkawan aku yang kerap ngadu bab2 ni.. hish! Malang nasib aku petang ni.. tu lah selalu gelakkan orang padan muka aku kan? tapi orang yang buat tu memang tak bermaruah langsung! Dah besar panjang nii tak reti2 ke lagi... mengusahkan orang sungguh.. niii vandalisme terlampau nihhh!!! sapa terkena... sure bengang tahan gaban ahh...

Diam?!

Diam?!
Kadang kala lebih afdal
dari membuka mulut melontar kata
Diam?!
Bukan bererti aku salah
bukan tanda aku kalah
Andai berbicara itu lebih menyakitkan
Biar saja aku diam
Tapi bukan bermakna aku akan terus membisu
mungkin jua gunung berapi ini
akan meletuskan lavanya
hanya masa dan keadaan yang menentukannya


Yang Mana Satu..?

Apa korang buat bila dihukum BERSALAH? Mungkinkah....??
  • Buat biasa jerk
       "Ala macam orang len tak pernah wat salah... ala normal lah tu"
  • Tak boleh jadi ni
       " Isk! Mana boleh camni? Takkan aku nak tanggung sorang... orang len kena rasa apa yang aku rasa."
  • Mana boleh
       " Aku tak salah..Apa nak takut? Berani kerana benar. "
  • Dah nasib kot
       " Asyik2 aku yang kena.. nak wat camna? Terima je lah.."
  • Siapalah aku ni
       " Salahkah aku? Tapi...aku rasa aku betul. Nak cakap takut.. yelah siapalah aku nii..."


Rs: Harapanku agar kau masih mampu menilai sepertimana jauhari yang mengenal manikam.
Ku Percaya Ada Cinta - Siti Nurhaliza

Mereka meragui wujudnya cinta yang sejati
Tidak hati ini
Semenjak dari mula
Ku yakin ada cinta
Cintalah yang memungkinkan segala
Ku rela biar betapa pun perit tertusuk duri
Jalan berliku tiada bertepi
Ku percaya tidak sia-sia aku diuji
Demi cinta tersembunyi hikmahNya…pasti
Pandang-pandang alam ini
Sambil pandang difikiri
Mana bumbung langit tinggi
Mana lantai bumi
Tidak satu yang terjadi
Tidak mungkin tersendiri
Cuba cari jawapannya andai meragui
Mereka meragui wujudnya cinta yang sejati
Tidak hati ini
Semenjak dari mula
Ku yakin ada cinta
Cintalah yang memungkinkan segala
Pandang-pandang alam ini
Sambil pandang difikiri
Mana bumbung langit tinggi
Mana lantai bumi
Tidak satu yang terjadi
Tidak mungkin tersendiri
Cuba cari jawapannya andai meragui
Ku rela biar betapa pun perit tertusuk duri
Jalan berliku tiada bertepi
Ku percaya tidak sia-sia aku diuji
Tidak sia-sia aku diuji..
Ada hikmah yang pasti..
Sejak mula ku percaya ada cinta
Cinta itu memungkinkan segalanya
Cinta suci yang abadi

17 March 2010

Entahlah..
aku sendiri pun tak faham
asyik mengeluh jer...
tak baik, kan?
tapi aku rasa letih..
terlalu letih untuk ku tanggung semua ini
terlalu letih untuk melayan karenah orang
aku juga takut
kerana terlalu letih..
otak aku mungkin tak dapat nak fikir dengan baik
aku takut
kalau mulut ini tak mampu ku tutup lagi
ada hati yang terluka
aku tak nak sakitkan hati orang
aku juga tak nak sakit hati lagi..
bagaimana caranya
untuk aku terus bersabar
bagaimana harusnya
aku melembutkan kata2 ku
bagaimana caranya aku 
untuk aku menepis semua ini?
aku takut
terasa semakin lemah diri ini
di manakah kan ku peroleh kekuatan
untuk bangkit semula
dan terus meniti hari mendatang..

:: Mutiara Kata Zaaba ::

Kalau kamu menjadi pohon kayu, jadilah pohon kayu yang tumbuh gagah di rimba, di mana hidupnya sentiasa bersaing dan berjuang dengan pohon-pohon lain untuk mendapat tempat yang kukuh dan terjamin… sebaliknya janganlah menjadi pohon bunga yang ditanam di dalam pasu yang sentiasa mengharapkan supaya sentiasa disiram dan dibajai. Jika tidak, ia akan menjadi layu dan seterusnya akan mati. Kalau kita ingin menjadi rumput, biarlah menjadi rumput yang boleh menghiasi sebatang jalan yang indah. Kalau kita menjadi sekuntum bunga, biarlah dapat menghiasi sanggul gadis remaja. Kalau ingin menjadi sebutir bintang, jadilah sebutir bintang timur yang boleh menentu arah perjalanan. (ZAABA)

16 March 2010

"Doa memberikan kekuatan pada orang yang lemah, membuat orang tidak percaya menjadi percaya dan memberikan keberanian pada orang yang ketakutan"
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...