29 January 2010

Kasihmu Amanahku



Pernikahan menyingkap tabir rahsia
Suami isteri inginkan keluarga yang bahagia
Dan mengharapkan sebuah bahtera indah
Untuk bersama belayar ke muara

Pernikahan, menginsafkan kita
Perlunya iman dan takwa, meniti sabar dan redha
Bila masa senang syukuri nikmat Tuhan
Susah mendatang tempuhi dengan tabah
Isteri janji telah dipateri

Diijab kabulkan dan dirahmati
Detik pertemuan dan pernikahan
Yang dihujani air mata kasih
Demi syurga Ilahi

C/o

Suami jangan menagih setia
Umpama Hajar dan setianya Zulaikha
Terimalah seadanya yang terindah
Di lubuk hatimu
Isteri adalah amanah buatmu

Pernikahan mengajar tanggungjawab bersama suami dan isteri

Isteri hamparan dunia
Suami langit penaungnya
Isteri ladang tanaman
Suamilah pemagarnya

Isteri bagai kejora
Suami menjadi purnama
Tika isteri beri hempedu
Suami tabah menelannya

Tika suami terteguk racun
Isteri carilah penawarnya
Sungguh isteri rusuk yang rapuh
Berhati-hatilah meluruskannya

27 January 2010

Sketsa Cinta



P : Awak.. saya nak tanya sikit boleh?
L : Awak ni.. nak tanya apa? InsyaAllah saya jawab.
P: Jawab dengan jujur ya.. takyah selindung.
L : Ok.. ok. Tanya la..
P : Awak ni ramai kawan. Kawan perempuan pun ramai. Dari dulu sebelum awak kenal saya sampai  la sekarang ni pun awak ramai kawan perempuan. Semuanya cantik, comel, gebu dan pandai bersolek dan bergaya. Anak dara lak tu.. jeles saya, wak..
L : Awak ni.. tu semua kawan jer la. Takda apa-apapun..
P : Betul ker awak? Tapi saya rasa rendah diri la. Ya lah.. siapalah saya ni.. tak cantik, kulit tak putih gebu.. tak pandai make-up dan bergaya lak tu.. siapalah saya kalau nak dibandingkan dengan kawan-kawan perempuan awak tu.
L : Hai.. ke situ pulak..? siapa kata awak tak cantik?
P : Tapi… itu yang saya rasa.
L : Awak.. Macam buah la.. Nampak cantik kat luar..
P : Contoh?! Macam buah pelam ka?
L : Ha.. camtu la.. Nampak cantik tapi makan.. masam.
P : Jadi.. saya ni macam buah apa yerk?
L : Dah la tu, awak.. Jangan fikir yang bukan-bukan. Saya dah pilih awak.
P : Awak sure.. tak tersalah pilih?
L : Awak.. Harus diingat.. Sesuatu pilihan yang kita dah buat, itulah yang terbaik kan.. Jadi awak adalah yang terbaik itu.. luv u..
P : Terima kasih awak.. kerana sayalah pilihan itu. Semoga saya sentiasa berharap untuk kekal menjadi pilihanmu yang terbaik dan agar awak takkan merasa kesal dengan pilihanmu.

26 January 2010

Setia Menanti

Masa..
Waktu..
Sedang berlalu..
Tap.. tap.. tap..
Detik demi detik
Tanpa menunggu
Dan terus berlalu
Tiba-tiba..
Ku rasa bagai ada yang menyapa
Hatikah yang berkata-kata
Atau fikiran yang berbicara
Aku tetap aku
Penunggu bisu tanpa suara
Menanti dan menunggu
Apa saja yang bakal ku terima
Aku redha..

22 January 2010

MY BABY YOU..



as i look into your eyes
i see all the reasons why
my life's worth a thousand skies
you're the simplest love i've known
and the purest one i'll own
know you'll never be alone


[chorus:]


my baby you
are the reason i could fly
and 'cause of you
i don't have to wonder why
baby you
there's no more just getting by
you're the reason i feel so alive
though these words i say are true
they still fail to capture you
as mere words can only do
how do i explain that smile
and how it turns my world around
keeping my feet on the ground

[repeat chorus]

i will soothe you if you fall
i'll be right there if you call
you're my greatest love of all


[repeat chorus]

arianna i feel so alive

21 January 2010

Psikologi Vs Kekerasan

Syukran Ya Allah..
kerana Kau permudahkan jalanku.

Setelah tiga hari, anak sulungku, Rafiq demam malam dan sakit kepala. Tiga hari jugalah dia tak pergi ke sekolah. Aku n suami risau sangat..tapi Alhamdulillah, semalam lepas ja bagi ubat n antibiotik, Rafiq nampak cergas. Tapi bila tanya samada dah ok ka? kalau ok leh la p sekolah esok. Jawapnya " Nanti sakit lagi kepala ni macam mana nak p sekolah.." Tapi dia minta belikan pistol mainan. Aku cakap, "Orang tak sihat, kalu beli mainan pun tak leh nak main lainlah kalau dah sihat. Kalau sihat nanti mama belikan."

Pagi tadi, aku malaslah nak paksa dia pergi sekolah. Kesian la plak.. tapi dalam hati aku taknak pulak dia jadi kaki ponteng sekolah atau sakit sikit tapi buat alasan jer taknak pi sekolah. Walau camna pun sebelum aku keluar pergi kerja.. aku suapkan ubat. Biar cepat sihat.

Masa tengah bersiap Rafiq minta belikan mainan tu. Aku kata " Minta maaf, mama akan beli kat Rafiq tapi bila dah betul-betul sihat dan boleh pergi sekolah macam biasa. sayanglah.. kawan-kawan lain semua dah pandai.. kalau lama sangat tak sekolah nanti macam mana nak pandai, kata nak jadi polis." aku sambung lagi " Hari takpa lah.. kan kata tak sihat, dah tak boleh pi sekolah lagi..rehat ja kat umah tapi ingat jangan keluar main kat luar.. jangan keluar rumah pun.. dok rehat jer kat dalam rumah, k." Emm tengok dia tak cakap apa-apa tapi macam dulu fikirkan sesuatu. Aku tak layan pun sebab dah nak keluar pergi kerja.

Sampai ja depan opis, baru jer park motor, tepon pun bunyi. Adik tepon bagitau Rafiq dah mandi dia cakap nak pergi sekolah. Dia takut nak hantar pergi sekolah takut Rafiq sakit kepala pulak. Aku kata takpa dah Rafiq nak pergi sekolah biarlah tapi minta tolong hantarkanlah.

Alhamdulillah, tengah hari tadi aku tepon tanya keadaan Rafiq. Dah ok. Sihat dah. Syukur padaMu, Ya Allah kerana kau telah sembuhnya. Tapi nampaknya nak kena pergi cari pistol mainan la..dah janji kan..

15 January 2010

Aku Rindu...

Ayah..
aku rasa sunyi..
sejak kehilanganmu di dunia ini..
di saat ku meniti kejaya ini..
Ayah..
aku menjanjungi
jasamu yang terlalu buatku
tak terdaya ku membalas jasamu dan budimu
tanpa kamu hilanglah haluan hidupku
terasa terseksanya di jiwa ini
tak dapat ku balas jasamu di dunia ini
ku doakan agar rohmu
dicucuri rahmat Ilahi
ku merinduimu..

Tetiba ja hati ini rasa teringat..
rasa rindu sangat kat arwah ayah..
Dulu aku lah anak manja ayah..
sampai aku nak kawin..
macam-macam dia pesan..
bagaikan taknak lepaskan aku..
Ayah kata " dah kawin nanti kena taat pada suami..
jangan nak bantah."
Lepas kawin aku tinggal bersama keluarga suami.
Tapi bila cakap nak balik umah dia..
pagi-pagi lagi dia dah siap tunggu depan pintu umah..
tunggu aku balik. Ada kali tu, aku cakap nak balik..
tapi suami ada hal.. malam baru kami sampai..
dan ayah masih tetap di situ..
di depan pintu menunggu anaknya pulang.
Tapi sekarang.. ayah dah takda..
takda sapa yang sambut aku pulang..
tapi aku tetap balik sebulan sekali InsyaAllah..
menjenguk emak dan adik-adik di kampung.
Ayah dah takda..
aku rasa sunyi..
hilang tempat mengadu dan bermanja..
Ayah..aku selalu doakan agar kau damai di sana..
InsyaAllah akan ku hadiahkan Al-Fatihah buatmu
tiap kali ku rindu padamu ayah.

14 January 2010

Saya Budak Baru Belajar..

Assalamulaikum..
Ni la 1st time aku nak tulis Blog plak..
Bukan apa saja syok nak isi masa lapang..
Berkongsi cerita.. berkongsi rasa..
sebab tengok member macam best jer layan blog.
tapi sekarang belum ada idea lah...
tak pa nanti... tunggu jer..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...